Rekod ini yang
berusia 46 tahun akan diputarkan kembali di atas "meja putar" yang
berusia 35 tahun untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat blogger, semua rakyat Malaysia dan siapa saja.
Semenjak dua menjak ni kita selalu dengar lagu PERAJURIT TANAH AIR (juga dikenali dengan INILAH BARISAN KITA) di kaca tv. Penyanyinya ialah Jamaluddin Alias, yang memang banyak menyanyikan lagu patriotik popular lain seperti MALAYSIA BERJAYA. Jamaluddin Alias banyak menyanyi pada 60an 70an, ketika itu juga sebagai juruhebah radio, pelakon drama radio, pengulas sukan radio/tv di RTM.Dia pernah menjadi pengacara program senaman radio/tv dgn trademark kiraan "satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, lapan lagi" kalau anda masih ingat lah..
Sheikh Hamza Yusuf - 900 years Reviving the Spirit of Andalusia
Aku suka layan lecture. Bila aku dengar lecture (biasanya dari international scholars) aku suka yang ada banyak tentang fakta dan sejarah. Belajar agama dan sejarah. Aku suka Sheikh Hamza Yusuf. Berpuluh-puluh video lecture beliau (biasanya yang full lecture) aku download dari youtube dan aku layan sebelum tido. Lecture dari Sheikh Hamza memang sangat menarik bagi aku. Aku recommend lecture ini bukan hanya pasal Andalusia, tapi juga pasal SEJARAH MUZIK!!!
Karp menyelit di celah-celah zaman kegemilangan grunge. Power trio hebat ini muncul dari Tumwater, Washington. Boleh aku kata style muzik mereka ialah “crushing hard rock hardcore punk heavy sludge metal”. Pengaruh mereka ialah “otai” The Melvins dan “bapak metal” Black Sabbath, cuba anda bayangkan apa yang akan terjadi? Mestilah sesuatu yang marvelous, ya sangat marvelous! Album ke3 mereka ini diberi nama “Self Titled LP”, tidak harus ketinggalan dalam senarai album-album underrate yang marvelous dekad 90an. Jika anda peminat tegar atau sudah tepu dengan Iron Maiden anda diharap dapat meluangkan 30 minit dalam hidup anda untuk menghayati album ini (atau dengar saja 30 saat terakhir lagu “J is for Genius”). Karya besar dekad 90an. Highly recommended!!!
(III) ialah album ketiga electronic experimental dream pop synthpunk duo/band dari Kanada, di beri nama Crystal Castles. (di dalam album kedua mereka ada mengunakan samples vocal track dariSigur Rós(Inní mér syngur vitleysingur) untuk lagu Year of Silence). Cover album ketiga ini adalah gambo Fatima al-Qaws yang sedang memangku anaknya, Zayed yang cedera dan terkena gas pemedih mata semasa demontrasi jalanan di Sana'a, Yemen pada October 15, 2011. Aku anggap album kedua mereka sebagai MAGNUM dan album ketiga ini sebagai OPUS. Muzik dari gabungan Ethan Kath sebagai tukang buat muzik dan Alice Glass sebagai tukang pekik, mungkin akan membuat anda terganggu atau mungkin akan membawa anda ke alam mimpi... ia juga sangat sesuai dilayan jika anda sedang tinggi atau sedang berhalusinasi... if you know what i'm means.. kah kah kah.. HIGHly recommended!