Sunday, December 9, 2012

Ska-P - Intifada


...adakah David (org biasa (kecil) dari Israel) bertukar kpd Goliath (orang giant (besar) dari Palestin)?

Ska-P ialah band Sepanyol.
Lagu ini dari album Incontrolable terbit pada 2004.
Skinheads, Punks, Thrash Metal, Underground Metal nak jihad* jugak!

Thursday, December 6, 2012

The Midle Path - Shaykh Hamza Yusuf


* dia ada cakap pasal Malaysia!

seminar ini dianjur oleh United For Change
di usa.
bertajuk "United Against Poverty".
tapi shaykh hamza yusuf kata lebih baik
UNITED AGAINST WEALTH. (what a great idea)
"... Saya berfikir banyak tentang bersatu menentang kemiskinan, saya benar-benar berfikir ia akan menjadi lebih baik jika kita bersatu menentang kekayaan"
nampak macam mana "JATI DIRI" dia.
dia tak pernah ter"brainwash".
antara speech beliau yg terbaik.
part yg aku suka pada minit2 akhir dia becerita tentang lion and zebra,
lihat apa yg dia "nampak".
brilliant.
...masih ramai internasional scholar yg bagus.
aku suka scholar yg mengajar aku cara "melihat" dgn betul.
sudah tentu "cahaya" itu hanya dtg dari Allah.
kerna melihat dlm gelap sudah tentu tak nampak.
seperti melihat semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap.
selain Sheikh Imran Hosein
aku juga meminati Sheikh Hamza Yusuf.
siapa saja penceramah yg anda suka dengar,
siapa saja scholar itu tentu bagus,
yg perlu kita ambil ilmunya,
bukan melihat perangai mereka.
cara penyampaian beliau simple.
tak pernah memeningkan kepala aku.
dia berceramah seperti pendengarnya bukan beragama islam.
sgt sesuai utk muallaf/bukan islam juga.
pasti kalau bukan islam mendengar ceramah beliau
memudahkan mengambarkan/memahami islam yg sebenar.
Wallahualam.

Wednesday, December 5, 2012

"Islamik" & "Sunnah"


Muhammad Suiçmez (Necrophagist)
* gambar hanya hiasan (permainan mata)
aku...
bosan dgn kenyataan yg kita sekarang ini lebih "islamik"
bosan dgn word "islamik"
bosan dgn "bank islamik"
bosan dgn "parti islamik"
bosan dgn "islam" yg hanya pada penampilan luaran (dua biji mata) saja.
bosan dgn kononnya mereka bertudung konon "fesyen islamik".
bosan dgn mereka yg masuk parti politik sebab nk "jihad".
bosan dgn tuan "haji" berkopiah yg kencing berdiri.
bosan dgn mereka mengikut "sunnah" kononnya.

aku yakin mamat metal berbaju hitam gambar hantu ini lebih sunnah dari mereka.

celikkanlah mata hati kita.
zaman ini zaman buta sebelah.

apa sunnah yg paling utama?
adakah "sunnah luaran"? cara "sunnah penampilan"? sahaja?
jangan lupa sunnah yang jenis satu lagi.
sunnah dalam, sunnah yang tak nampak.
sebenarnya sunnah yg paling utama ialah "JATI DIRI". faham?

* sori kpd sesiapa yg tak suka/menganggap seorang yang bukan 'ahli' ilmu agama 'bercerita tentang agama', seperti chedet, lihat tidak pernah ada janggut di dagunya, kadang orang yg mereka gelar tak faham agama ini yg mendapat "CAHAYA" itu.



kadang aku rasa seperti berdendam dengan ahli agama..
Ya Allah terangilah hatiku dgn cahaya Mu.
Amin.

Monday, December 3, 2012

Ulasan: Sweet Charity - Bunga Bunga Cinta




dari album Berita Gempa (1985). mungkin saja ini antara "LAGU CINTA" yang terbaik dari band rock melayu.. lirik dari rocker sejati, Ramli Sarip. terpulang kepada anda bagaimana mahu menterjemahkan suatu lagu/lirik. lagu ini, bagi aku, liriknya yang punyai maksud cinta yang tersembunyi. cinta sesama kekasih (terutama part yang ada suara pompuan...) dan cinta kepada Pencipta..

"kadangkala inilah lumrah manusia, anda pernah bercinta? kalau anda belum pernah bercinta, anda satu hari mesti akan jatuh cinta.. mungkin tidak dengan kawannya, adik beradiknya, ibu, ataupun macam-macam lagi.." kata Ramli Sarip.


di angan-angan
ku suntingkan
bunga-bunga cinta hanya
untukmu
cinta hanya untukMu

di lengan tangan ku ikatkan

ikrar janji ini padaMu
akan ku salutkan
akan ku balutkan

di hasrat hatiku jalani

langkah derap kaki bersamamu
di cita-cita diilhami
salam mesra dari hatiku
menyongsong badai

bersamamu

hingga akhir hayatku
dengan cinta suci

berganding tangan

bersamamu
menyambut datang
matahari
terimalah kasih
dengan cinta suci
oh... terimalah kasih
oh... oh... oh...