Wednesday, February 27, 2013

hanya seorang peminat muzik


...macam kata bro deaf-angel, "taste ko luas" dalam komen entri ni.. sebenarnya aku sendiri rasa pelik macam mana aku boleh layan macam-macam genre muzik. pada mulanya aku sangat suka metal, semua jenis metal.. aku anggap aku seorang metalhead (sejati?). tapi lama kelamaan aku mula sedar, sebenarnya aku bukan metalhead, aku sebenarnya hanya seorang peminat muzik. aku layan punk, hc, stoner, 70's, pop yeh yeh, Bob Marley, doom, electronic, rock kapak, Kak Pah, ghazal dan lain-lain, semua.. dan stesen radio kegemaran aku ialah Klasik Nasional FM..




Tuesday, February 26, 2013

Radio Klasik Nasional FM

moto:
Segalanya Di Sini, Menggamit Memori
moto kini:
Radio Klasik, Menggamit Kenangan
dulu dikenali dengan nama:
Radio Irama Melayu Asli (RIMA)
Klasik FM
Klasik Nasional
sekarang dikenali:
Radio Klasik

* dengar secara langsung di sini http://www.rtm.gov.my/filtering/klasik.php

Friday, February 22, 2013

kata Ali Setan tentang SISTEM


Banyak menerima jemputan, selain PAS?

Saya dapat jemputan daipada RTM, buat rakaman dengan Pahang FM. Juga buat untuk jabatan agama Islam. Saya tidak mengehadkan kerana saya buat kerana Allah Taala, jadi tiada kompromi tentang itu. Bagi saya, memasuki pilihan raya ni satu kompromi, bagi sayalah. Kalau nak kuasa, minta pada Allah. Bukan minta pada sistem yang disediakan orang kafir. Bagi sayalah...(ketawa).Pilihan raya itu sistem orang kafir yang kita ikut. Lagi pun, jelas berlaku dalam negara yang amalkan politik, apabila 
parti Islam menang, mereka tetap tidak dapat berkuasa. Perkara ini berlaku di Algeria, Maghribi, Turki, Lubnan, Palestin. Hamas memang pun masih tak boleh berkuasa. Sistem orang kafir ni tak akan bagi Islam ambil kuasa.

Pernah terima tentangan sejak berdakwah?

Apabila saya bercakap agak lantang, ada orang yang labelkan saya ekstrim. Pernah suatu ketika dulu, mikrofon masjid ditutup apabila saya bercakap lantang. Ini orang-orang yang taat pada perlembagaan negara berbanding perlembagaan Allah. Perlembagaan itu perlembagaan kafir Lord Reid. Saya pegang kukuh, taat pada pemerintah selagi dia tidak melanggar hukum Allah. Kalau dah langgar, tak perlu lagi kita taat padanya.

Cenderung pada politik?

Saya tidak bercakap atas dasar politik. Saya bercakp atas dasar Allah, ke jalan Allah. Bagi saya, Umno, PAS, KeADILan ni macam satu pasukan bola sepak. Umno sebagai Manchester United, PAS Chelsea, ADIL Liverpool. Padangnya sama...stadium. 
Pengadil sama, SPR. Sebab itu, saya pilih bercakap atas dasar agama semata-mata.


aku copy dari blog ini...
http://abihaiqal.blogspot.com/2009/09/ustaz-azmil-mustafa-bekas-pelakon-ali.html

LARI dan LARI

Sunday, February 17, 2013

"Junction - Petualang LP (1990) by pc kokak" on YouTube


1] yes "Junction - Petualang LP (1990) by pc kokak" on YouTube, full album! click here; http://www.youtube.com/playlist?list=PLkf2GQLhhL4RAn6vtcxpRpHnzDdztQeH9

2] Untuk dikongsi bersama, album wajib dengar kalau anda seorang rocker atau metalhead Malaysia.

3] Bayangkan lagu ala King Diamond dari album ini dicover oleh kumpulan nasyid seperti Raihan, Rabbani dan lain-lain... atau juga Yusuf Islam.

Tamar Jalis (Bercakap Dengan Jin)
(Lagu/Senikata: Junction)

Bila malam menjelma
Terdengar jeritannya
Hey! Kau manusia
Dia berkata
Pergi kau jauh dariku dari bahaya

Binasa kau oleh neraka
Yang membakar jasadmu jua
Hey! Kau kan binasa
Dari ke syurga
Jangan kau murka
Dari hati mu

Berimanlah hai manusia
Akhirnya kau akan musnah
Taubatlah kau sebelumnya
Agar terhapus dosa


4] aku dah cakap... LARI.

Penyakit Syaitan
(Lagu/Senikata: Junction)

Dalam kehidupan
Kau menghancurkan
Dirimu yang kesesatan

Cari kepuasan
Tak menghiraukan
Dirimu di perbatasan

Lari dari penyakit syaitan
Cuba jangan dekati dia
Ingatlah kau kepada Tuhan
Yang mencipta jasad mu jua

Waspada dari hasutannya
Hindari dari segalanya
Lupa kah kau mana asal mu
Janji kau kepada Ilahi

Lari!!!