Monday, January 11, 2016

dari MTV ke Makkah


From MTV to Mecca: How Islam Inspired My Life - Kristiane Backer

seronok sangat baca buku ni..aku bet cerita dalam buku ni diceduk terus dari diari peribadi beliau..ini cerita pengalaman beliau sejak awal 90an. buku ni dipublis tahun 2009, dalam bahasa Jerman. beliau kembali kepada Islam pada 1995.
beliau menjadi vj MTV Eropah di zaman kemuncaknya 90an, zaman tu MTV memang best gila la..band2 metal legend dulu semua masuk MTV zaman tu kan.
memang seronok baca buku ni, ada juga cerita yg agak tragis bila dah peluk Islam..contohnya kegagalan dlm perkahwinan, dua kali!
aku fikir beliau sangat beruntung sebab ada kawan2 yg supportive, dan paling best beliau dapat belajar Islam dari muslim legend seperti Martin Lings, Gai Eaton, dll. harus di beritahu di sini beliau lebih tertarik kepada aliran tasawuf/sufi.
di bahagian belakang disediakan asas2 pasal Islam, memang baguslah sebab buku ni ramai yg bukan Islam baca..
di bahagian paling belakang ada gambar beliau. best!
tebal buku ni 422 muka surat!


4 comments:

  1. Menarik.aku rasa german mmg sejak dulu lagi mmg terima islam dlm negaranya

    ReplyDelete
  2. Jerman ni tak anti islam.. dlu mase empayar ottoman mmg islam ni sipi2 dh sampai ke jerman.. aku agk ler klu ler empayar ni berjaya takluki jerman dlu.. mmg jerman jd negara islam dh

    ReplyDelete
  3. Masa aku gi tengok iron maiden kat frankfurt, kaum wanita islam yang berbangsa macam Baltic gitu, sembahyang je di tepi2 jalan. Ada solat duduk je pasal uzur. Orang jerman lalu lalang takde benda... lepas tu aku nampak pompaun jerman blonde ni datang kask makanan kat wanita islam tepi jalan...
    no issue. Tapi of course orang islam buat trouble kat tempat dorang of course dorang tak happy la..

    ReplyDelete