Wednesday, January 20, 2016

Mitos Peribumi Malas



The Myth of the Lazy Native (1977)

Citra tentang kemalasan golongan peribumi yang digembar-gemburkan oleh para penjajah tidak berasas, malah ternyata tanggapan tersebut dimanfaatkan untuk kepentingan ideologi mereka. Perbuatan mereka itu antara lain bertujuaan untuk memberi tempat dari sisi undang-undang amalan penindasan dan ketidakadilan dalam kalangan tenaga kerja peribumi dan mencari alasan penaklukan serta penguasaan Eropah terhadap tanah jajahannya. Malah mereka juga menyelewengkan kenyataan sosial untuk penyebaran ideologi mereka sesuai dengan kepentingan mereka sendiri.

Dalam hal ini, para penulis kolonial melemparkan tuduhan atau hujah ideologi mereka berdasarkan faktor iklim dan lingkungan tropika yang dianggap sebagai punca utama kemalasan golongan peribumi. Pada anggapan mereka, iklim tropika yang lembab dan panas, jangkitan penyakit serta kemewahan para pemimpin mereka telah menyebabkan rakyat sengsara - mereka jadi manusia beku tanpa cita-cita.

Syed Hussein Alatas menyangkal semua anggapan tersebut dan menunjukkan bukti bahawa golongan peribumi masyarakat Indonesia, Malaysia dan Filipina bekerja keras untuk hidup sebagai manusia. Mereka rajin dan mahir dalam bidang masing-masing, tetapi sebagai bangsa yang bermaruah, mereka tidak sedia menjadi alat pengeluaran kaum kapitalis yang mahu melayani mereka sebagai hamba abdi.

Penulis buku ini, Profesor Syed Hussein Alatas, ahli sosiologi berwibawa dan dikenali di peringkat antarabangsa, banyak melakukan penyelidikan tentang masalah sosial dan isu berkaitan dengannya. Semasa hayatnya Allahyarham dilantik sebagai Ketua, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (1967-1978) dan sebagai Naib Canselor Universiti Malaya (1988-1991). Antara karya penting Allahyarham termasuklah Rasuah, Sifat, Sebab dan Fungsi, Intelektual Masyarakat Membangun, Modernization and Social Change in Southeast Asia dan Thomas Stamford Raffels: Schemer or Reformer.


9 comments:

  1. Red Indian satu civilisation terbaik sebelum White Men Came Across The Sea.
    Dan Aborigines kat Australia, aku boleh bet la bukan dorang yang belajar buat dan mabuk whisky dan beer dan alcohol.
    Ni aku belum cakap Orang Laut/Orang Melayu Purba...
    Pribumi kebelakang pasal pribumi sopan santun tolak ansur dan bersangka baik sangat all the time to everyone.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. beli di gedung buku Badan Cemerlang cawangan Today's Mall Ulu Tiram, Johor. aku pertama kali ke kedai buku ni hujung tahun lalu, aku tengok banyak buku2 keluaran DBP yg klasik2 di situ, tapi yg ni tinggal satu je.... harga RM45.

      Delete
    2. Today's Mall Ulu Tiram??...alamak aku selalu pergi tengok wayang kat situ...tapi tak pernah pulak singgah kedai buku tu...thanks info...lain kali boleh try jenguk...

      Delete
  3. Dapatkan buku-buku dan majalah terbitan terkini DBP di pasaran atau lawati laman bukudbp.com, koopdbp.com.my, 11street.my atau lazada.com.my untuk pembelian dalam talian. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman niaga.dbp.my atau hubungi 03-4101 2328 atau whatsapp 019-214 1956.

    https://www.facebook.com/DBPMalaysia

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. hari tu ada jugak jumpa buku Karya Terpilih Syed Hussein Alatas - Intelektual Masyarakat Membangun.. tpi tinggal satu gk.. da ada org beli.. hmmm

    karya-karya dbp yg lama2 pun susah nk jmpa

    tq 4 info

    ReplyDelete
  6. Ada ternampak beberapa buku dari penulis yang sama tapi belum jumpa tajuk yang ni..

    Penulisnya abang kepada Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas..

    ReplyDelete
  7. Ada ternampak beberapa buku dari penulis yang sama tapi belum jumpa tajuk yang ni..

    Penulisnya abang kepada Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas..

    ReplyDelete