Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Thursday, September 1, 2016

Kebangkitan Kesultanan




Kupasan Menarik Wan Ahmad Fayhsal, Felo Sekolah Perniagaan Putra di Forum Kebangkitan Kesultanan Solusi Ketidak Kawalan Politik anjuran Akademik Kajian Rantau Nusantara (AKAR) di Seksyen 9 Shah Alam, Selangor. 30 Ogos 2015.

Friday, August 12, 2016

renungan di hujung minggu... bersyukurlah... itulah kita


1- Kita yang lahir di tahun 50-60-70-80 an, adalah generasi yang layak disebut generasi paling beruntung. Kerana kitalah generasi yang mengalami loncatan revolusi teknologi di abad ini, dengan keadaan usia prima.

2- Kitalah generasi terakhir yang pernah menikmati riuhnya suara mesin taip.
Sekaligus saat ini jari kita masih lincah menari di atas keyboard pula.

3- Kitalah generasi terakhir yang merakam lagu dari radio dengan tape recorder.
Sekaligus kita juga menikmati mudahnya memuat-turun lagu dari gadget.

4- Kitalah generasi semasa kanak-kanak bertubuh lebih sihat dari anak masa kini kerana mandi sungai, panjat pokok, melastik burung, gasing, guli, getah gerip, adalah permainan yang tiap hari akrab dengan kita. Sekaligus saat ini mata dan jari kita tetap lincah memainkan pelbagai game di gadget .

5- Kitalah generasi terakhir di masa remaja yang pernah mempunyai geng yang tanpa janji, tanpa telefon/sms tapi selalu boleh berkumpul bersama menikmati malam minggu sepuasnya...
Kalau dulu kita harus bertemu untuk bergelak tawa bersama. Kini kitapun boleh berkongsi cerita melalui Facebook/WhatsApp .

6- Kitalah generasi terakhir yang pernah menikmati lancarnya jalan raya tanpa jammed di mana-mana.
Juga naik motor menikmati segarnya tiupan angin di jalan tanpa helmet di kepala.

7- Kitalah generasi terakhir yang pernah menikmati jalan kaki berkilo meter atau berbasikal tanpa perlu berfikir ada penculik yang membayangi kita.

8- Kitalah generasi terakhir yang pernah merasakan nikmatnya menonton tv hitam putih dengan senang hati tanpa diganggu remote untuk pindah saluran sana sini.

9- Kitalah generasi terakhir yang pernah begitu mengharapkan datangnya posmen menyampaikan surat dari sahabat dan kekasih hati.

Kitalah generasi itu?
Kongsikan ini kepada yang lain…
Biar yang belum tahu menjadi tahu
Biar yang pernah tahu tetap ingat nostalgia itu
Dan menikmati lagi indahnya masa lalu yang tidak semua generasi dapat menikmatinya

(sumber: fb Datuk Wira Dr Maznah Hamid)

Monday, June 27, 2016

Senjata Nuklear Rahsia Dan Bahana (Syed Yusainee Syed Yahya, DBP, 2015)



Jarang ada buku pasal senjata nuklear dalam bahasa Melayu. Buku ni agak ilmiah walaupun takde nota kaki. Gaya penulisannya sempoi, mudah faham. Buku ini bercerita tentang pelbagai aspek dari fizik, sejarah, politik, perang dunia, perisikan malah konspirasi (rahsia yg bukan lagi rahsia). Memang tepat tajuk buku ni 'Rahsia dan Bahana'. Ada gambar sikit-sikit. 178 muka surat sahaja tapi isinya bagus. kandungan;


Bagi aku ambil tahu pasal bom nuklear ni wajib bagi kita kerana ianya terlampau dasyat umpama muzik ektrim. Genre muzik ganas ini banyak bercerita tentang hal ini. Inilah orde baru perang dunia akan datang.. yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang.

Jepun, Jerman lebih dulu kaji teknologi nuklear untuk buat bom. zaman Nazi dulu ramai ahli fizik/saintis nuklear yahudi, sebab takut kena bunuh Nazi, ramai berhijrah ke Amerika. setelah di-sound oleh saintis yahudi terkemuka, kemudian baru lah Amerika serius buat bom nuklear. Masa itu Jerman, Jepun dan Amerika berlumba-lumba membina bom nuklear ni, siapa yg dapat buat bom ni dulu dia la yg akan perang dunia ke2 tu....

Peminat filem ala James Bond, risikan, pengintipan dgn elemen CIA, KGB, M16 spt dlm era perang dingin dahulu, maka buku ini mmg pilihan yg tepat. Buku ini akan membuat jantung kita berdegup kencang membaca mengenai kisah perisik KGB yg berjaya menyusup masuk ke dlm Projek Manhattan dan mencuri teknologi senjata rahsia ini betul2 di depan mata Amerika Syarikat. Ini bukan cerita wayang Hollywood tetapi kisah yg benar2 berlaku.

Aku rasa insaf bila baca bahagian 'kesan ledakan', bahana bom nuklear. Beratus ribu org boleh mati sekelip mata. malah melihat cahaya letupan bom ini dari jarak jauh pun boleh membutakan mata. Suhu di pusat letupan sangat tinggi sehingga boleh mencairkan dan menukarkan bahan logam dan batu menjadi wap. Gangguan elektromagnet boleh merosakkan peralatan elektrik apatah lagi elektronik yg sensitif. Tiada telefon, tiada bekalan elektrik dan pencemaran radioaktif. Mungkin mereka yg tinggal di dalam gua sahaja yg boleh survive. Kata Albert Einstein 'saya tak tahu senjata apa yang akan digunakan dalam perang dunia ketiga. tetapi saya pasti dalam perang dunia keempat, manusia akan berperang mengunakan kayu dan batu'.

Tahniah dan terima kasih banyak utk tuan penulis buku ini dan juga DBP.

Sunday, March 20, 2016

koleksi buku-buku 2016



Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor (1958) buku ni dah lama cari.. ramai orang sebut-sebut pasal buku ni...MAZA...kaboitanduk. aku baru baca separuh, memang memberansangkan!

Tasauf Moden (1939) yang ni pun dah lama cari.. ni karya fenomenal Hamka ni!

Dari Perbendaharaan Lama (1963) buku yang bertemakan sejarah. sejarah melalui persepsi Hamka! bukan sejarah dari persepsi penjajah! menarik buku ni. dengan tiga buku Hamka ni makin bertambah lah koleksi buku Hamka ku.

Bidalan Tentang Manusia Dalam Al-Qur'an belajar apa saja tentang Al-Qur'an!



Zulmat dan Kehitaman Talmud zionis diajar dari kitab suci

Misteri Alam Melayu Nusantara Emas: Khazanah Yang Hilang buku yang menarik bagi orang melayu

MALAYONESIA: Kerdipan Bintang Melayu Di Langit Melayu juga buku yang menarik bagi orang melayu. check wacana.


belom abis 2016 banyak ni dah aku beli... aku jenis kalau jumpa yang menarik hati terus beli je, takut nanti dah takde, buku ni kadang susah nak cari.. bukan semua kedai buku ada. lagi pun ada orang suka belanja aku..supporter terbesar aku...hehehe..
baru baca satu je... takde idea nak tulis ni.. ok heh.. peace be upon you all.

Wednesday, January 20, 2016

Mitos Peribumi Malas



The Myth of the Lazy Native (1977)

Citra tentang kemalasan golongan peribumi yang digembar-gemburkan oleh para penjajah tidak berasas, malah ternyata tanggapan tersebut dimanfaatkan untuk kepentingan ideologi mereka. Perbuatan mereka itu antara lain bertujuaan untuk memberi tempat dari sisi undang-undang amalan penindasan dan ketidakadilan dalam kalangan tenaga kerja peribumi dan mencari alasan penaklukan serta penguasaan Eropah terhadap tanah jajahannya. Malah mereka juga menyelewengkan kenyataan sosial untuk penyebaran ideologi mereka sesuai dengan kepentingan mereka sendiri.

Dalam hal ini, para penulis kolonial melemparkan tuduhan atau hujah ideologi mereka berdasarkan faktor iklim dan lingkungan tropika yang dianggap sebagai punca utama kemalasan golongan peribumi. Pada anggapan mereka, iklim tropika yang lembab dan panas, jangkitan penyakit serta kemewahan para pemimpin mereka telah menyebabkan rakyat sengsara - mereka jadi manusia beku tanpa cita-cita.

Syed Hussein Alatas menyangkal semua anggapan tersebut dan menunjukkan bukti bahawa golongan peribumi masyarakat Indonesia, Malaysia dan Filipina bekerja keras untuk hidup sebagai manusia. Mereka rajin dan mahir dalam bidang masing-masing, tetapi sebagai bangsa yang bermaruah, mereka tidak sedia menjadi alat pengeluaran kaum kapitalis yang mahu melayani mereka sebagai hamba abdi.

Penulis buku ini, Profesor Syed Hussein Alatas, ahli sosiologi berwibawa dan dikenali di peringkat antarabangsa, banyak melakukan penyelidikan tentang masalah sosial dan isu berkaitan dengannya. Semasa hayatnya Allahyarham dilantik sebagai Ketua, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (1967-1978) dan sebagai Naib Canselor Universiti Malaya (1988-1991). Antara karya penting Allahyarham termasuklah Rasuah, Sifat, Sebab dan Fungsi, Intelektual Masyarakat Membangun, Modernization and Social Change in Southeast Asia dan Thomas Stamford Raffels: Schemer or Reformer.