Jarang ada buku pasal senjata nuklear dalam bahasa Melayu. Buku ni agak ilmiah walaupun takde nota kaki. Gaya penulisannya sempoi, mudah faham. Buku ini bercerita tentang pelbagai aspek dari fizik, sejarah, politik, perang dunia, perisikan malah konspirasi (rahsia yg bukan lagi rahsia). Memang tepat tajuk buku ni 'Rahsia dan Bahana'. Ada gambar sikit-sikit. 178 muka surat sahaja tapi isinya bagus. kandungan;
Bagi aku ambil tahu pasal bom nuklear ni wajib bagi kita kerana ianya terlampau dasyat umpama muzik ektrim. Genre muzik ganas ini banyak bercerita tentang hal ini. Inilah orde baru perang dunia akan datang.. yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang.
Jepun, Jerman lebih dulu kaji teknologi nuklear untuk buat bom. zaman Nazi dulu ramai ahli fizik/saintis nuklear yahudi, sebab takut kena bunuh Nazi, ramai berhijrah ke Amerika. setelah di-sound oleh saintis yahudi terkemuka, kemudian baru lah Amerika serius buat bom nuklear. Masa itu Jerman, Jepun dan Amerika berlumba-lumba membina bom nuklear ni, siapa yg dapat buat bom ni dulu dia la yg akan perang dunia ke2 tu....
Peminat filem ala James Bond, risikan, pengintipan dgn elemen CIA, KGB, M16 spt dlm era perang dingin dahulu, maka buku ini mmg pilihan yg tepat. Buku ini akan membuat jantung kita berdegup kencang membaca mengenai kisah perisik KGB yg berjaya menyusup masuk ke dlm Projek Manhattan dan mencuri teknologi senjata rahsia ini betul2 di depan mata Amerika Syarikat. Ini bukan cerita wayang Hollywood tetapi kisah yg benar2 berlaku.
Aku rasa insaf bila baca bahagian 'kesan ledakan', bahana bom nuklear. Beratus ribu org boleh mati sekelip mata. malah melihat cahaya letupan bom ini dari jarak jauh pun boleh membutakan mata. Suhu di pusat letupan sangat tinggi sehingga boleh mencairkan dan menukarkan bahan logam dan batu menjadi wap. Gangguan elektromagnet boleh merosakkan peralatan elektrik apatah lagi elektronik yg sensitif. Tiada telefon, tiada bekalan elektrik dan pencemaran radioaktif. Mungkin mereka yg tinggal di dalam gua sahaja yg boleh survive. Kata Albert Einstein 'saya tak tahu senjata apa yang akan digunakan dalam perang dunia ketiga. tetapi saya pasti dalam perang dunia keempat, manusia akan berperang mengunakan kayu dan batu'.
Tahniah dan terima kasih banyak utk tuan penulis buku ini dan juga DBP.
terbaik ni.penah jugak baca pasal agent KGB yg curi rahsia projek tu.padan muka amerika..hahah
ReplyDeletefuhh semoga kita selamat dari perang tu nanti.. seram juga. klu jatuh bom nuklear ni aku lebih rela peluk bom tu masa meletup dari kena kesan radio aktif tu..
ReplyDeleteteringat ungkapan j robert oppenheimer "now I am become Death, the destroyer of worlds."
ReplyDeleteNuclear Assault!
ReplyDeletemereka2 yg kerja di projek manhattan tu dlu pun xtau yg amerika sedang buat bom nuklear.. dorg tekan2 butang tp xde idea ape yg dorg sedang hasilkan.. btul2 d rahsia kn..
ReplyDeleteSelain nuklear yg lbh bahaya lg adalah bom hidrogen.. tp ia sepakat dharamkan oleh kuasa2 besar.. hanya bom nuklear aje yg dhalal kn dgn syarat pembuatannya terhad.. boleh cmtu pulak..
bagus la entry kali ini bro.. senjata nuklear gitu..
ReplyDeleterasa-rasanya aku tak nak ulas lagi daa, pasal dah ramai member yang bagi ulasan terbaik semua tuh.. hihh hihh
cuma aku nak jemput kau datang beraya kat rumah aku, pada raya pertama, atau kedua, atau ketiga, atau bila-bila sajelah yg kau ada rasa free..
boleh la datang yer.. jangan malu2 dan jangan segan2.. bawak family sekali yer bro..!!
alaa.. dekat jer kan serdang ke putrajaya tu..
maaf zahir batin utk mu, bro pcKokak gitu
Sad thing is, people are making fun of the grenade attack in Puchong, irregardless ISIS or gang warfare or what, tak kelakar langsung.
ReplyDeleteRamai melayu is very ignorant tentang bila2 masa, hidup kita boleh jadi cam apa kita nampak kat Iraq or Syria.
walau aku rasa ada sesetengah orang nak itu yang terjadi