inilah album solo ke3 Ramli Sarip yang diterbitkan pada 1987, berjudul 'Perjalanan Hidup'. album pertama agak slow, album kedua not bad, tapi yg ketiga ini pilihan hatiku. selain album kompilasi 'Seni Dan Suara 79-89' aku rekomen album ini kepada semua terutama yang tak pernah memiliki album solo Ramli Sarip lagi. dalam album inilah lagu-lagu kerohanian Papa Rock yang klasik seperti 'Perjalanan Hidup', 'Kau Yang Satu' dan 'Lahirnya Sebuah Puisi'.. memang terbaik. satu lagu duet bersama Khatijah Ibrahim 'Ku Miliki Bayangmu'.. layan beb. yang lain lagu rancak semua sedap terutama Dilema, Orang Kota, Terjerat. lirik semua bagus. serius album ni sedap. hidup Papa Rock!
- Lahirnya Sebuah Puisi -
lirik/muzik: Mohd Bakri Johari
lirik/muzik: Mohd Bakri Johari
Terketar-ketar jemariku
Menyusun kata dan irama
Melahirkan sebuah puisi
Untuk insan yang dalam kehausan
Lahirnya sebuah puisi
Bukanlah nama jadi ukuran
Tapi hadir kerelaan hati
Kerana sehelai benang keinsanan
Diriku ini hanyalah sehelai kain usang
Caci dan hina sentiasa di bahuku
Aku rela ...
Lidah adalah hatiku
Hati adalah lidahku
Andai terpisah keduanya
Terlebih dahulu aku yang durhaka
Sejati sebuah puisi
Sempurna dalam pandangan
Sempurna segala tujuannya
Menyakinkan setiap insan
Yang mendengar
This was the time dia masuk tv RTM kot? Haha.
ReplyDeletedelima dgn man kidal and yan.
Setuju dia punye duets ngan kathy ibrahim semua best giler,
Ada keluar reissue punya aku lum sempat beli lagi.nal raya ni..heheh
ReplyDeleteDulu aku pernah ada kaset ni...tu jam aku tak suka betul lagu Kau Yang Satu...meleweh leweh la kan...masa tu tengah youth gone wild rock antu..haha...
ReplyDeleteMmg album ni antara yg dsukai sepanjang zaman oleh peminat beliau..
ReplyDeleteDah tentulah lagu Lahirnya Sebuah Puisi merupakan lagu ballads terbaik untuk Album ini.. Irama dan melodi lagu ini, terus mengingatkan Aku pada lagu Ku Dihalaman Rindu dendangan Lefthanded..
ReplyDeleteApa apa pun Aku boleh kasi 9/10 untuk rating album ini.. Full recommend
Antara album terhebat ramli sirap sepanjang zaman gitu.. Huhuh
nanti aku sambar reisunya
ReplyDelete