Showing posts with label album. Show all posts
Showing posts with label album. Show all posts

Tuesday, June 21, 2016

Ramli Sarip 'Perjalanan Hidup' 1987 kaset



inilah album solo ke3 Ramli Sarip yang diterbitkan pada 1987, berjudul 'Perjalanan Hidup'. album pertama agak slow, album kedua not bad, tapi yg ketiga ini pilihan hatiku. selain album kompilasi 'Seni Dan Suara 79-89' aku rekomen album ini kepada semua terutama yang tak pernah memiliki album solo Ramli Sarip lagi. dalam album inilah lagu-lagu kerohanian Papa Rock yang klasik seperti 'Perjalanan Hidup', 'Kau Yang Satu' dan 'Lahirnya Sebuah Puisi'.. memang terbaik. satu lagu duet bersama Khatijah Ibrahim 'Ku Miliki Bayangmu'.. layan beb. yang lain lagu rancak semua sedap terutama Dilema, Orang Kota, Terjerat. lirik semua bagus. serius album ni sedap. hidup Papa Rock!

- Lahirnya Sebuah Puisi -
lirik/muzik: Mohd Bakri Johari

Terketar-ketar jemariku
Menyusun kata dan irama
Melahirkan sebuah puisi
Untuk insan yang dalam kehausan

Lahirnya sebuah puisi
Bukanlah nama jadi ukuran
Tapi hadir kerelaan hati
Kerana sehelai benang keinsanan

Diriku ini hanyalah sehelai kain usang
Caci dan hina sentiasa di bahuku
Aku rela ...

Lidah adalah hatiku
Hati adalah lidahku
Andai terpisah keduanya
Terlebih dahulu aku yang durhaka

Sejati sebuah puisi
Sempurna dalam pandangan

Sempurna segala tujuannya
Menyakinkan setiap insan
Yang mendengar

Wednesday, March 30, 2016

M. Nasir 'Phoenix Bangkit' 2001


salam semua.. terima kasih singgah, terutama yang selalu komen kat blog usang aku ni. korang ni rajin betul update blog..tak macam aku hehe.. kipidap semua!!
hari ni aku share ni album sifu 'Phoenix Bangkit' versi kaset. mungkin ada yang tak pernah lihat lagi..
album ni rilis 15 tahun lepas. inlay-nya panjang... 10 panel j-card!
mungkin inilah inlay paling cantik album M. Nasir!
tengok tu credit.. lagu pertama 'Raikan Cinta'.. memang masuk!
lagu kedua 'Masirah'. lagu slow.. cantik catan S. Amin Shahab!
'Sahabat Gua' terbaik lagu ni. lirik tentang Sahibul Kahfi. jom cari iktibar dari surah Al-Kahf. suka sangat lagu ni!
lagu 'Phoenix Bangkit dari Abu' best juga..naik sheikh lagu ni hehehe. 'Bila Rumi Menari' ok ok... feel latin?
'Dah Lagu Tu!' sedap juga, feel jawa. 'Malawan Arus' terbaik! suka lirik lagu ni! korusnya "minta bebas bebas dari sangkar maya ini". suka suka suka!
lagu 'Langgam Pak Dogo' ni memang paling unik! lagu ni feel wayang kulit sangat! best! lagu 'Oh!... Anak' ni pun best juga, lagu keronchong + hawaiian! lirik falsafah sangat!
lagu terakhir 'Hijab Kekasih' boleh tahan juga, feel melayu sangat! 
senarai para pemuzik...lengkap. 
bagi aku album ni masuk list 4 album terbaik sifu Solo/Saudagar Mimpi/Canggung Mendonan/Phoenix Bangkit. dari segi muzik..album ni semakin tinggi martabat M. Nasir dalam ber-world music. secara keseluruhan album ni best!  lirik semua terbaik! terserlah kesufiannya! hehehe. ok la heh..kalau korang nak baca lagi korang search kat blog praharaseni. ok heh..may peace be upon us all!

Tuesday, January 5, 2016

Humiliation 'Under The Siege of Invasion' LP 2015



salam semua... lama tak up rekod...ni la lp first tahun ni hehe... beli semasa gig Mamat Fest 2016 tempoh hari... ni album ke 6 band military death metal ala Bolt Thrower ni. baca review di sini... tak silap aku ni lah pertama kali album band ni dikeluarkan dalam format 12" vinyl lp. rilisan label Jerman, Darkside of Punk Records. sound lp ni memang padu... memang sedap layan hanguk kepala... lembab dan berat!


Wednesday, November 18, 2015

Sunday, November 15, 2015

Christcrusher 'Bad Vibes' 2015


kaset edisi Malaysia dirilis oleh grindplanetdistro. Christ Crusher ialah band grindcore dari Melbourne, Australia.

Thursday, November 12, 2015

kaset kompilasi



Eastern Invasion (1997)
Storm of Nebiula II (1997)
Brutal All Star Tribute to Search (1999)
From Heaven To Hell The Ultimate Metal Collection (1998)
The Sound Of Brickfields Live (1999)
Panggilan Pulau Puaka I (1998)
Panggilan Pulau Puaka II (1999)
Ipoh's Metal Militant Supremacist (1998)
Ultra Violence Compilation (2000)
Sengatan Selatan (2002)

Monday, November 9, 2015

Dark Tranquillity 'Projector' 1999 lp & tape



goth-rock groovy riff-oriented atmospheric melancholy Depeche Mode Gothenburg melodic death metal jiwang with highest standard of musicianship most experimental and creative art plus 2 'goth' ballad “Auctioned” and “Day to End” plus “UnDo Control“ with vokal pompuan sweet abis prove that “Projector“ is Dark Tranquillity's unique treasures masterpiece.

*****