Showing posts with label As Sahar. Show all posts
Showing posts with label As Sahar. Show all posts

Tuesday, June 30, 2015

As Sahar 'Santau' EP



kaset ini ialah 'santau' dari As Sahar, fenomena bagi undergrounders seantero alam melayu. muzik depressive yang primitif dan senikata bertema amalan ilmu hitam di nusantara yang mereka bawa menghantui dekad 90an dan seterusnya merebaklah sihir 'Eastern-Oriental-Archipelagaic Black Metal' ciptaan mereka.

kaset ep ini mulanya dirilis pada 1995 di Temasek oleh label Blackwinds Productions. kemudian pada tahun yang sama dirilis di Tanah Melayu oleh Nebiula Productions dengan tajuk yang lebih sopan iaitu 'Meditasi Embun Pagi' (dengan tambahan satu lagu iaitu 'Stroll In Kafan'). ep ini juga diedar di benua Eropah oleh label dari Portugal, Art Productions, pada tahun 1996.


Tuesday, December 23, 2014

As Sahar 'Phenomistik' Vinyl 2014


percuma cd. cover depan bersepuh perak.
cover belakang, katanya limited 100.
insert art
insert lirik
side pheno
side mistik
MMP VINYL Germany.

Sunday, December 21, 2014

Crusade of the Underworld Hordes


Hades
As Sahar
lyrics;

Gathered are they, the wolves from the north
And the tribes of the underworld hordes
Heathen men
From pagan wastelands
Joined with them have they

The stench of blood. Holy blood!
Have penetrated their woods and fields too long
Ravens flew as messengers from hill to hill

They brought harsh blasphemous chant
As ancient as time it self
Whispered by the wind which
Cries for the waning moon

The beholders of the cross, shall
Be mesmerized by fear
Their fate denies the fact of such creations

Man, beast-the hordes of the underworld
Bound by chains foged by pagan blood
To night they shall feast
Tonight the ravens and wolves shall feast
Upon blood, of those of the
Light who beholds the cross
Beneath the remains of a civilisation

Centuries of sorrow!!!
Centuries of pain!!!

Wednesday, June 4, 2014

poster As Sahar Phenomistik


original A4 size As Sahar Phenomistik promo poster Nebiula VSP

"The Album That Cultivates Eastern Blackness And Landscapic Romanticism Of Our Majestis Archipelago"

ingat tak dulu-dulu kalau beli kaset boleh mintak poster? poster apa pernah dapat? masih simpan? ;)

Wednesday, May 21, 2014

Baku Karama


tape yg rilis 1999
gig di Pasir Gudang JB 15/02/2009

Ramai orang kita tahu As Sahar adalah kult black metal nusantara, dan mahu mereka terus menerus dengan blacknya. Ramai yg menghentam mereka bila rilisnya album unik mereka yang berkonsepkan 'rock melayu' ini. Ramai yang tekejut beruk. Tapi bagi aku, mereka manusia biasa, aku cukup faham, lebih-lebih lagi bila kita membesar dalam region yang sama, Tanjung Puteri rock city. Aku cukup suka album ini. Dan bangga. Hahaha.

Thursday, March 22, 2012

"Beyond Firmament" Split Tape '98



banyak2 rilisan as sahar, ini adalah kaset as sahar paling aku suka, ya bergabung kuasa bersama hayagriva. pertama kali aku lihat as sahar di gig nebiula prod sempena kompilasi storm of nebiula, bertempat di tingkat atas sebuah cafe di permas jaya jb tahun 1999. seingat aku yg main masa tu as sahar, sil khannaz, tandus, kharabanazak.. yg lain aku dah lupa.. yg aku tak boleh lupa one barchiel pakai baju xpdc. aku tak pandai nak review panjang2, so aku copy review abg ben di majalah metal terus (versi color '99).

AS SAHAR/HAYAGRIVA
'Beyond Firmament' split tape 98
(Memories Rccords)
Ada siapa-siapa nak mencabar reputasi kedua-dua band ini? Rasanya tidak tercabar. Dua kuasa terkuat Black Metal Malaysia dan Singapura bergabung untuk menghasilkan sebuah tape yang bisa memuaskan hati semua peminat Black Metal tanahair (dan dunia keseluruhannya). Entah kenapa dengan reputasi yang sebegitu tinggi mereka memilih untuk mengeluarkan tape ini melalui label yang boleh dikatakan agak kecil. Ye lah, kadang-kadang duit bukanlah segala-galanya. Kepuasan diri itu yang penting. Mungkin sebagai dorongan kepada Memories Records untuk meneruskan usaha mereka selanjutnya. Reputasi As Sahar memang sukar ditandingi. malah setakat ini tiada yang mampu pun. Tape ini menyaksikan mereka menyambut ulangtahun ke-10 sebagai sebuah band. Sempena dengan sambutan itu maka disertakan juga sebuah lagu bertajuk As Sahar sendiri. Saya tidak pasti tentang liriknya tetapi rasanya ia berkisar tentang perjuangan mereka selama ini. Sebuah lagu lama bertajuk My Hymns, In The East (yang liriknya ditulis oleh saya) telah dirakamkan kembali. Entah kenapa saya begitu meminati lagu ini sampailah sekarang. Apapun, sound mereka masih seperti dahulu. Tidak terlampau polish. Tetapi tidak juga terlebih 'reverb' seperti yang kita dengar dalam album Phenomistik. Hayagriva pula kembali dengan Black Metal yang disulami dengan elemen keyboard yang sangat menyerlah. Saya tak berapa pasti tetapi rasanya cuma dua lagu sahaja dari kesemua empat lagu adalah lagu baru. Sound mereka lebih menyerlah dari EP mereka sebelum ini, berkat dari mixing semula yang dilakukan oleh Nhajasakthee. Lagu baru mereka lebih menampakkan keupayaan mereka sebagai pemuzik Black Metal terutamanya pada seksyen keyboardnya. Tanpa ragu-ragu lagi saya katakan split tape ini adalah barang perlu kepada peminat muzik Black Metal tanahair. Lagipun, siapa lagi yang setanding dengan mereka? (Kaset ini hanya boleh didapati di kedai kaset tertentu sahaja, Metal Shop Production ataupun tulis terus kepada Memories Records).
BG