Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Monday, February 16, 2015

'Islam's view on Terrorism and Jihad' by Dr Zakir Naik


DR ZAKIR NAIK - ISLAM’S VIEW ON TERRORISM AND JIHAD
(PWTC, KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 7TH OCT. 2012)
FULL LECTURE

Monday, July 21, 2014

MH370 MH17 bukan bala



sesak otak bila lihat masih ada orang2 gila parti politik itu ini suka menyalahkan itu ini, boleh tak korang berhenti jadi taksub suka berpuak-puak tu? Langsung tak mendatangkan manfaat utk bangsa dan agama. bukalah akal besar2 sikit. Semua atas ketentuan Allah, kita 'orang2 yg diberi peringatan', ini ialah test utk semua rakyat Malaysia, peringatan supaya kita bersatu, bukan bertelingkah sesama Islam. kita rakyat Malaysia semua connected, lagi2 kita bersaudara sesama Islam. Semua kena bertaubat, kembali kepada kuasa tertinggi penentu segalanya kepada yg Maha Kuasa. Aku kau kita semua orang muslim 'orang yang menyerah'.

Tuesday, July 8, 2014

buku 'Quran Saintifik' edisi kemas kini



Sains dan Islam memang tidak dapat dipisahkan. Hal ini disebabkan umat Islam disuruh Allah untuk mengkaji rahsia alam semesta secara sistematik. Dalam surah Al-Ghasyiah ayat 17 hingga 20, Allah menyatakan yang bermaksud, “Apakah mereka tidak melihat kepada unta bagaimana ia diciptakan. Dan langit bagaimana ia ditinggikan. Dan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan. Dan bumi bagaimana ia dihamparkan.”

Malah lebih daripada itu, Allah memuliakan golongan yang suka mengkaji alam dan menggelar mereka sebagai ulul albab, golongan yang menggunakan akal dengan sempurna untuk mengkaji sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspektifnya yang betul. Rangsangan daripada ayat-ayat ini dan yang seumpamanya berjaya melahirkan ramai saintis daripada kalangan umat Islam. Malah sains moden tidak akan berkembang tanpa saintis-saintis beragama Islam ini.

Quran Saintifik Edisi Kemas Kini menghidangkan kepada pembaca tentang keagungan Tuhan dan kehebatan mukjizat Al-Quran melalui kacamata Islam dan sains. Buku ini juga membahaskan secara terperinci penemuan-penemuan saintifik yang terkini serta fenomena-fenomena sains yang membenarkan Al-Quran.


Thursday, March 27, 2014

Thursday, September 22, 2011

Jerusalem di dalam Al-Qur'an

Jerusalem Di Dalam Al-Quran.
Penulis: Sheikh Imran Hosein


Product Information
Jerusalem di dalam Al-Qur'an muncul pada waktu kritikal ketika moral kaum Muslim berada di tahap yang paling rendah. Pencerobohan tanah Suci oleh golongan yahudi yang tidak berkesudahan menyebabkan orang Islam memohon kepada Tuhan sebagaimana dilakukan oleh saudara mereka semasa dihukum oleh golongan kuffar Mekah : “Bilakah akan datang pertolongan Allah?” Kebolehan Sheikh Imran merungkaikan sebab-sebab di sebalik kejadian di dunia ini menjadi sumber inspirasi buat golongan Islam kerana beliau menggunakan kaedah oenafsiran ilmiah al-Qur'an dan hadith dengan menyakinkan dan menyatakan bahawa pertolongan Allah s.w.t. Adalah hampir dan Tanah Suci akan dibebaskan dari cengkaman Yahudi dan Islam akan kembali sebagai negara pemerintah dunia kelak. Pembaca buku ini akan kagum dengan tahap pemahaman penulis dalam aspek plotik dunia. Jerusalem di dalam al-qur'an merupakan suatu sumber yang memberi cahaya kepada golongan Muslim dan suatu pembuka mata buat mereka yang digelar 'Ahli Kitab'

boleh beli kat MPH.
buku teks mata pelajaran ''akhir zaman'' bagi kita
yang hidup di akhir zaman...
ada sesiapa yang dah baca?