Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Friday, November 4, 2016

kenaikan



gambar tahun lepas. gambar ini aku ambil semasa beli nasi lemak untuk sarap di kawasan rumah aku. kawasan fucked up dengan jalan kotor, berlubang, berabuk, banyak lori/trailer lalu lalang. kawasan yg perumahan dan kilang2 campur sekali. ada rumah orang kaya ada juga sedarhana, miskin, rumah pangsa buruk untuk bekas setinggan. ramai macha, mata sepet, melayu, indon, bangla, nepal, semua kaum ada. kalau solat jumaat masjid penuh dgn mereka je banding orang asal. ramai orang pentingkan diri sendiri, hagas, congah, tapi ada juga yg baik hatinya. bartabahlah!

Friday, April 22, 2016

jom ke PBAKL2016 di MAEPS



PBAKL 2016 yang masuk 35 tahun penganjurannya kali ini, buat pertama kali (sudah pindah), PBAKL akan diadakan di MAEPS Serdang. ini tempat ekspo pertanian MAHA. tempat ni memang sangat luas, parking banyak dan paling best 5 minit je dari rumah aku..hehehe. selama ini PBAKL yg di PWTC aku tak pernah pergi, jadi kali ni peluang terbaik. buku-buku target aku pastinya buku heavy dari genre sejarah/agama. sekarang ni aku tengah check floor plan, check senarai gerai KLIBF 2016, layan site dorang, tengok2 apa buku yg menarik. ingat tarikhnya 29 April hingga 9 Mei 2016. ok heh..jumpa di sana! peace!


Tuesday, April 5, 2016

Malaysia bakal jadi negara bersuhu padang pasir


Suhu di Malaysia bakal me­nyamai suhu di negara-negara Arab apabila ia diramal mencecah suhu 40 darjah Celsius dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Pengarah Kampus Lestari Universiti Teknologi Malaysia (UTM-CS), Profesor Madya Dr. Mohd. Fadhli Md. Din berkata, ke­adaan itu berlaku disebabkan suhu di kawasan bandar dan luar bandar di negara ini mengalami peningkatan sebanyak 1.2 darjah Celsius setahun.

“Kadar suhu yang sangat tinggi itu bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada tubuh manusia yang hanya mampu bertahan dalam suhu maksimum 39.5 darjah Celsius malah mengakibatkan negara berisiko mengalami musim kemarau berpanjangan,” katanya selepas memperkenalkan prototaip penunjuk haba Surrogate Human Sensor (SHS) di Kampus UTM di Skudai dekat sini semalam.

Kadar suhu purata di Malaysia adalah antara 32 hingga 33 darjah Celsius.

Beliau berkata, peningkatan kadar suhu secara berperingkat itu berpunca daripada pelepasan gas karbon dioksida dari kilang dan kenderaan yang semakin banyak di negara ini pada masa depan.

Sunday, December 13, 2015

Francis Ford Coppola - Al Fatihah


Pengarah 'The Godfather' pertahan Islam sebagai agama keamanan


Francis Ford Coppola memetik ayat al-Quran dan menegaskan Islam sebagai agama keamanan ketika diminta mengulas tentang perkembangan semasa di Festival Filem Antarabangsa Marrakesh minggu lalu.

Coppola yang merupakan ketua juri bagi festival filem tersebut menjawab soalan wartawan tentang situasi semasa yang sering mengaitkan Islam dengan keganasan.

Selepas mengulas tentang sejarah keganasan berkaitan Islam yang perlu dikaji seawal Perang Dunia Pertama, Coppola mengkritik kumpulan pengganas yang memberi tafsiran songsang terhadap kitab suci mereka sendiri.

“Tetapi jika kamu tahu tentang Quran, ayat pertama di dalam Quran ialah: dengan nama Tuhan, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”

Coppola terus menyatakan terjemahan surah Al-Fatihah sehingga ayat keempat, lancar dan tegas tanpa merujuk sebarang catatan kemudan menyambung komentarnya, “Maha pemurah dan maha mengasihani. Tuhan malah mengulang ayat ini dua kali dalam satu muka surat yang sama.”

Bicara Coppola tidak terhenti di situ. Dia menyambung dengan menyebut baki terjemahan surah tersebut hingga ke ayat terakhir dan kemudian berkata:

“Sesiapa yang tahu tentang agama ini (akan tahu bahawa agama ini) mencapai kegemilangan pada kurun ke-13, tamadun yang memberikan kita sains dan matematik. Semua orang tahu akar umbi agama ini, dua perkataan paling penting, bahawa Tuhan itu pemurah lagi mengasihani. Kita percaya pada Tuhan itu agar membebaskan kita dari segala salah faham yang menyakiti ramai orang ini. Tuhan tidak mahu sesiapa disakiti.”

Francis Ford Coppola yang dilahirkan di Detroit pada tahun 1939 merupakan pengarah tersohor Hollywood yang telah mengarahkan beberapa filem terbaik sepanjang zaman seperti trilogi The Godfather dan Apocalypse Now.

Beliau juga merupakan antara enam orang dalam sejarah anugerah Academy yang pernah memenangi Oscar bagi kategori penerbitan, arahan, dan lakon layar.

Monday, November 9, 2015

ralat


pagi ni aku online dgn pc kokak ku dgn internet yg agak slow... aku cuba nak aktif dan masukkan 'labels'.. tiba2 blog aku jadi gila dgn terupdate post yg lama dan komennya pun hilang terus... mungkin aku berdengung lebih sampai tersalah klik atau...wtf... shit happen.

Friday, May 29, 2015

pengalaman mangsa tahanan sindiket pemerdagangan manusia di kem Wang Kelian



Saya Hanya Mahu Mati

Nurul Amin (kanan) dan Mohamad Osman


Oleh Mohd Haikal Mohd Isa

ALOR SETAR, 28 Mei (Bernama) -- "Dalam fikiran saya hanya ada satu sahaja - mati. Saya hanya mahu mati kerana mati lebih senang daripada hidup," kata seorang pendatang Rohingya yang berjaya melarikan diri dari kem transit di Wang Kelian.

Bercakap secara eksklusif kepada Bernama pada Khamis, Nurul Amin Nobi Hussein (lelaki), 25, berkata, sepanjang dua bulan penahanannya di kem transit di Wang Kelian itu, beliau hilang segala harapan untuk hidup dan hanya memikirkan tentang mati.

"Sepanjang dua bulan di dalam kem transit itu tahun lepas, saya dikurung seperti kambing dan ayam dalam kandang dan setiap masa dikelilingi oleh kematian. Setiap hari lima hingga enam orang daripada kami menemui ajal sama ada disebabkan penyakit atau dipukul dan ditembak," katanya.


Yusof menunjuk cara pelarian diperlakukan pengawal bertugas

Menurutnya, pendatang Rohingya bersesak-sesak di dalam apa yang disifatkan sebagai "reban" kecil yang menempatkan sehingga 200 hingga 300 orang, dengan lelaki dan wanita diasingkan "reban" mereka.

Antara lima hingga enam pengawal yang berbahasa Thailand, katanya, berkawal 24 jam sehari mengawasi kira-kira 1,500 tahanan dengan bersenjatakan batang kayu, pisau, pistol dan senapang.

"Tahanan tidak dibenarkan bercakap. Sesiapa yang bercakap akan dipukul. Pengawal sering melaungkan "sleep, sleep, sleep," mengarahkan kami semua tidur dan tidak bercakap antara satu sama lain," katanya.



Nurul Amin berkata "reban" itu dipagar oleh batang-batang kayu dan didirikan di atas tanah lembut dan apabila hujan ia akan menjadi lumpur, di mana tahanan hanya diberikan lampiran plastik untuk membolehkan mereka duduk.

Tahanan akan berdiri dan duduk di dalam lumpur air sekiranya kem transit dilanda hujan lebat, menyebabkan ramai dalam kalangan tahanan dijangkiti penyakit sehingga membawa maut, katanya.

"Ramai dalam kalangan tahanan Rohingya mengalami bengkak kaki akibat terlalu lama duduk dalam lumpur, menyebabkan mereka tidak boleh bergerak dan makan, dan seterusnya menemui ajal," katanya yang berasal dari Maungdaw, Myanmar.

Nurul Amin berkata mereka hanya diberikan sedikit makanan iaitu nasi berlaukkan ikan bilis dan ubi untuk menahan lapar, menyebabkan ramai juga yang mati kelaparan.

Menyifatkan apa yang berlaku di kem transit itu sebagai "neraka dunia", beliau berkata terlalu banyak peristiwa ngeri dan menyedihkan yang tidak dapat dilupakannya selagi hidup.

Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakannya adalah bagaimana pengawal-pengawal itu tanpa sebarang belas kasihan memukul sehingga mati kanak-kanak berusia 12 tahun hanya kerana keluarganya di Myanmar tidak mempunyai duit untuk membayar duit pembebasannya.

"Ada juga bayi yang baru berusia beberapa bulan mati kelaparan selepas ibunya yang sakit serta kelaparan gagal menghasilkan susu badan untuk anaknya. Tidak lama selepas anaknya mati, wanita itu juga menemui ajal," katanya sedih.

Selain itu, kata Nurul Amin, pengawal-pengawal terbabit turut merogol beberapa wanita itu.

"Kami boleh mendengar teriakan ketika wanita-wanita itu dirogol secara beramai-ramai oleh pengawal berkenaan. Apa yang lebih malang, ada antara wanita itu yang telah mengandung hasil perbuatan itu," katanya.

Pengawal-pengawal tersebut disifatkannya lebih buas daripada "haiwan".

Beliau mengambil keputusan nekad untuk melarikan diri kerana selepas dua bulan di kem transit itu merasakan kematian semakin menghampirinya disebabkan keadaan sekeliling serta tidak mempunyai sebarang duit untuk membayar sindiket.

Menurut Nurul Amin, anggota sindiket meminta bayaran daripadanya sebagai syarat untuk melepaskannya ke Malaysia dan jika gagal menjelaskannya, berdepan dengan penahanan lebih lama di kem transit itu dan akhirnya kematian.

"Saya tidak boleh membayar mereka kerana tiada lagi duit selepas menjual segala harta dan tanah untuk ke Malaysia. Mereka akan pukul saya sampai mati jika saya tidak membayar mereka," katanya.

Berdepan dengan kemungkinan ditahan lebih lama dan dipukul sehingga mati oleh anggota sindiket, beliau bersama-sama lima yang lain nekad melarikan diri pada pukul 1 pagi selepas mendapati pengawal kem transit itu tertidur.

Beliau terpaksa merangkak ratusan meter dalam keadaan gelap-gelita, sebelum berlari ke dalam hutan, tanpa mengetahui arah tujuan.

"Dalam apa juga keadaan sekalipun, jika saya gagal melarikan diri mereka (anggota sindiket) akan tembak mati saya atau jika terus tinggal dalam tahanan, saya akan dipukul hingga mati kerana tiada duit.

"Mati adalah lebih baik daripada hidup," kata Nurul Amin yang membayar RM6,500 untuk menaiki bot selama 22 hari dari Maungdaw ke sempadan Myanmar dan Thailand.

Setibanya di bandar sempadan itu, menurut Nurul Amin, pendatang Rohingya itu akan dibawa menaiki trak-trak pikap menuju ke selatan Thailand dalam perjalanan yang mengambil masa antara 10 hingga 11 jam.

Sementara itu seorang lagi pendatang Rohingya, Mohamad Osman Nurul Amin, 22, pula menceritakan pengalamannya ditahan di sebuah lagi kem transit di kawasan hutan di Padang Besar, Thailand, tahun lepas.

"Ia adalah neraka. Setiap hari soal kematian sentiasa bermain dalam kepala saya. Pada ketika itu, kematian adalah jalan terbaik untuk menamatkan segala penderitaan," katanya.

Sama seperti Nurul Amin, beliau turut menjadi saksi pembunuhan dan kematian dalam kalangan tahanan Rohingya di tangan pengawal-pengawal kem yang kejam dengan memukul atau menembak mati menggunakan senjata api.

Bagaimanapun nasibnya lebih baik berbanding Nurul Amin kerana keluarganya berkemampuan untuk membayar sejumlah duit kepada sindiket yang bertindak membebaskannya selepas hanya sebulan ditahan di kem transit itu.

"Sehingga kini, saya masih tidak dapat menerima kenyataan bagaimana seorang manusia boleh berlaku begitu kejam kepada manusia yang lain," kata Mohamad Osman.

-- BERNAMA

Thursday, May 28, 2015

rock adalah motivasi mat rock! lu tak rock apa tahu?!!!



do u see how fuk up dis world is? seorang so called pakar motivasi cakap kumpulan rock SEARCH sebagai hantu yg menjadi pengisian hari belia kerajaan yg baru lepas tu?! lu sebenarnya nak kutuk kerajaan kan?!! haha

Amy Search cakap.. 'Perkara ini tidak perlu dipanjangkan'. Amy Search memang cool. dia baik. dia memang pemaaf.

tapi lu ingat peminat Search senang2 nak maafkan lu? lu punya nama banyak cantik, tapi lu punya otak langsung tak cantik. lu tak payah nak sebuk pasal rock lagi, lu fokus hal politik sudah haha.. gua tengok web lu, lu banyak motivasikan budak sekolah je, gua harap lu tak rosakkan otak budak2 tu. lu bahaya!!! btw kami semua tak perlu pakar motivasi macam lu, sebab kami ada rock sebagai motivasi kami!!!

Lirik Lagu Mat Rock - Search

Aduh mama, jangan marah padaku
Aduh mama, jangan rasa tak tentu

Aku tahu kau tak setuju
Rock N Roll pilihanku
Tapi apa boleh buat
Hanya itu yang ku tahu

Aduh papa, jangan rasa gelisah
Kata orang jangan cepat terima
Janganlah tuduh melulu
Aku bukanlah kacang hantu
Kalau nak gelar
Gelarlah aku Mat Rock

Aduh dara, jangan rasa terhina
Bukan maksud membuat engkau malu
Biarpun rambut ku panjang
Pakaian lusuh tak keruan
Tapi bukan munafik
Macam sesetengah orang

Mat Rock, Mat, Mat Rock

Orang kata kita tak betul
Kerana cinta pada Rock N Roll
Tapi aku tak peduli
Aku akan rock sampai tua

(Lagu/Lirik: M. Nasir)

Friday, May 22, 2015

Rokok penyumbang cukai kedua terbesar


21 Mei 2015



LUMUT - Rokok merupakan penyumbang cukai kedua terbesar negara pada tahun lepas iaitu sebanyak RM3.62 bilion, kata Penolong Ketua Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Hassan Ibrahim.

Beliau berkata jika kegiatan penyeludupan rokok tidak dibanteras, negara akan kehilangan hasil cukai yang banyak.

Katanya melalui Ops Outlet dari 2010 hingga 2014 di seluruh negara, sebanyak 8,668 kes tangkapan dan rampasan rokok putih dan keretek dilakukan membabitkan cukai bernilai RM81.96 juta.

"Hasil daripada pemeriksaan itu, sebanyak 6,095 peniaga telah ditahan, 2,110 peniaga telah didakwa di mahkamah manakala sebanyak 5,774 masih dalam proses tindakan pendakwaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Operasi Pacak Rokok dan Arak Seludup 2015 peringkat negeri di sini hari ini. Ops Pacak merupakan kesinambungan Ops Outlet.   

"Ops Pacak ini untuk meningkatkan lagi penguatkuasaan terhadap aktiviti penyeludupan, pengedaran dan penjualan rokok seludup.

"Malah Ops Pacak versi baharu ini turut memberi tumpuan kepada barangan kritikal lain yang sering diseludup khususnya minuman keras," katanya.

Hassan berkata beberapa strategi baharu digunakan dalam operasi itu antaranya melakukan operasi secara bersepadu dengan agensi penguatkuasaan yang lain selain risikan yang dijalankan oleh pihak kastam. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/semasa/rokok-penyumbang-cukai-kedua-terbesar-1.392856

Wednesday, April 29, 2015

Bicara Negarawan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad



Ribuan hadirin di K Klub, Taman Melawati, Selangor berdiri dan memberi tepukan gemuruh menyambut ketibaan Tun Mahathir dalam Bicara Negarawan menyentuh isu mengenai 1MDB dan Najib Razak.

Tuesday, April 28, 2015

hiMALAYAn earthquake 25.04.2015



Gempa bumi Nepal 2015 dengan magnitud 7.8 (Mw) berlaku jam 11:56 NST (06:11:26 UTC) pada hari Sabtu 25 April 2015. Pusat gempa kira-kira 34 km di tenggara bandar Lamjung, Nepal pada kedalaman kira-kira 15 km . Ia adalah gempa bumi yang paling kuat telah melanda Nepal sejak Gempa bumi Nepal-Bihar 1934. Lebih 4000 orang dilaporkan telah meninggal dunia. Mangsa turut dilaporkan di India, China dan Bangladesh. Gempa bumi turut berlaku di Gunung Everest, melebihi jumlah kematian Runtuhan Gunung Everest 2014.Bangunan lama Tapak Warisan Dunia UNESCO di Lembah Kathmandu, termasuk beberapa bangunan di Kathmandu Durbar Square.

Monday, February 16, 2015

'Islam's view on Terrorism and Jihad' by Dr Zakir Naik


DR ZAKIR NAIK - ISLAM’S VIEW ON TERRORISM AND JIHAD
(PWTC, KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 7TH OCT. 2012)
FULL LECTURE

Wednesday, July 23, 2014

jerebu mask ride flash in


asap tanda dunia dah ujung.. entah dah berapa kali jerebu, tapi kali ni kurang sikit, matahari tak nampak, biasa boleh nampak jelas twin tower sana tu, cuba cari hehe..patutnya jam 830 ni dah panas menyinar, ni suasana mendung je sampai petang. dah 3,4 hari... ada hikmah juga time puasa tempat korang mesti panas terik kan... ni gambar snap kat atas bukit wisma tv. kereta dah kurang jam sebab org dah cuti raya kot.
kena pakai mask, dah takleh tahan. tekak jadi kering, puasa ooo
motor dah lebih 10 tahun, ride over 50km every day, mean sangat berjasa plus nostalgia.
 
first destination bila sampai, flash card dulu.
Malaysia sekarang memang time 'mendung' sebab mh17 etc. jerebu, perlukan air hujan.. semangat kena terus!

Monday, July 21, 2014

MH370 MH17 bukan bala



sesak otak bila lihat masih ada orang2 gila parti politik itu ini suka menyalahkan itu ini, boleh tak korang berhenti jadi taksub suka berpuak-puak tu? Langsung tak mendatangkan manfaat utk bangsa dan agama. bukalah akal besar2 sikit. Semua atas ketentuan Allah, kita 'orang2 yg diberi peringatan', ini ialah test utk semua rakyat Malaysia, peringatan supaya kita bersatu, bukan bertelingkah sesama Islam. kita rakyat Malaysia semua connected, lagi2 kita bersaudara sesama Islam. Semua kena bertaubat, kembali kepada kuasa tertinggi penentu segalanya kepada yg Maha Kuasa. Aku kau kita semua orang muslim 'orang yang menyerah'.

Wednesday, June 18, 2014

RTM Piala Dunia 2014


jadual bola rtm L=live D=delay R=repeat
tv pekerja rtm
legendaris jb rockhead yg never walk alone

Wednesday, April 9, 2014

'CD vs Vinyl' or 'Digital vs Analog' or 'Fictional vs Physical' or whatever lah



What is the problem about music medium?

Its sometime confusing when we talk about analog and digital, its two difference world. That why i choose 'music medium' than 'music format' coz format is like .mp3 .flac .etc.. in digital world. Yes we in digital world right now, reading pc kokak's blog.

Vinyl can 'store' more than others. I believe vinyl can store 98% of the master tape (please correct me if I'm wrong). That mean if the master recording is mp3, the vinyl will sound 'same' to the quality of the mp3. It depend to the master tape/file. So if the vinyl mastered from master tape it should sound closer (than others medium) to the master tape. But you know, 'handling' the vinyl is hard.

The medium is not important because its 'transparency'.

Sometime you listen to mp3, cd, vinyl of even the master tape is the same. because it transparent, human hearing can only hear specific range. That why the dog coming to the speaker to hear the 'outter human range' frequency produce by the speaker, they can hear wider range than us. The transparency mean enough to hear. Our hear cannot proses the lower or the over sound frequency. That mean mp3 is just enough range for music sound that's our human ear can proses. Faham?


The problem is loudness war.

Most Cd mastering in this modern digital world today is corrupting the music. I don't know if the producer want it be sound like that. Loudness war is 'bunyi pecah' or like speaker broken or the 'negative distortion'. Yes distortion have negative and positive. I mean the guitar distortion is positive, mean the distortion we want to hear and headbanging. But the negative distortion from loudness war is like wanna 'patahkan cd tu sambil mencarut'. You rockametalhead really know how to spot the negative or positive dissto666orrtionnn right?

Its about Dynamic!

loudness war mean corrupt, because no dynamic. That's why Earache release Full Dynamic Range series for the classic album, they want the releasing near to the master tape in term of dynamic and quality.



What you prefer to collect?

But of course it must be nearest to the quality of the master tape right? That why if the master tape is gone, and you still want to release that rare kult album you 'needle-drop' or mastered it from the lp. Faham? Its depend on your budget and the nostalgia factor to collect something right? But today buying music medium is like 'main saham' so called investment, even cassette tape now 'saham naik'. Siapa kaya boleh la main saham. I don't like like that. Like lps sellers at Amcorp Mall are crazy as Soros.

What about cd?

Cd is nice medium, it mean to be 'accurate', because its digital, its only 0 or 1, No wear out problem like vinyl. Early year when cd came out its like Flat transfer from master tape to digital signal, with nice balance of dynamic. I love cd like that's. But this day almost all cd mastered with Loudness War, the loudness or the volume is not in your hand anymore, it belong to mastering engineer now. Old days when you tweak the EQ or ON the LOUDNESS button the music is still great at your own flavor. But now digital music has to be listen with default setting only, when you tweak it sound abnormal and pecah. When you listen to slow volume it feel not 'KICK'. Today cd packing is shit with shit loudness war with shit price.


What the better music medium?

I really cannot say lah, but for me I love vinyl. But remember any medium has his pro and contra, nobody or things are perfect right? You really cannot mix the analog with digital medium, but I list it maybe like this;
1. master tape or high resolution digital file
2. high resolution cd/blueray audio?
3. Vinyl record
4. regular cd
5. flac or 320kbps mp3
6. cassette tape

What to buy?

Hahaha why you want to waste your money buying music? You can listen it for free on youtube or download it, some band give free legal download, that's I like. The record label and the band is already kaya raya. But we still buying the cd/tape/vinyl why? I tell you why, because we all are crazy with music, we all crazy in this materialistic world, we all love to collect material, we all has choose its this way, its our decision. Do you realize? We are the FREAKS.



Saturday, March 1, 2014

Festival Layang-layang Sedunia di Pasir Gudang 2014


kurita terbang (semua gambar diambil pada sabtu 22.02.2014)
itu bukan berteromber, tangki air ikonik pasir gudang, lampu pun wau
signboard pusat bandar pasir gudang

meniti titian usang tasik pasir gudang
pheeewwwiiitttt
kira layang2
lereng bukit layang2 pasir gudang, melepak!
muzium layang2 pasir gudang dari jauh
sebelah bukit layang2 ada johor curcuit, gate d bukan pintu utama.. bro Faizal mesti tau..

Wednesday, October 16, 2013

The Cannabis Dirham: Legalize It!


It is time to Go Back to REAL MONEY... Legalize It!