Showing posts with label cd. Show all posts
Showing posts with label cd. Show all posts

Tuesday, January 17, 2017

Thursday, September 3, 2015

Search 'Di Pintu Sepi' & 'Berpaling' cd 2015



ramai sahabat blogger dah up cd ni, aku pun nak jugak tampal kat blog... selepas aku check guna Adobe Audition, aku yakin audio kualiti 2 cd ni tahap 128kbps mp3 jer..mungkin takde siapa peduli atau dapat detect, janji dengar sound ok.. tapi memang ok. packing simple, cuma takde credit nama ahli kumpulan atau pemuzik atau penyanyi latar... aku ada dengar suara latar M. Nasir, cuba teka lagu apa.. patut kasi tulis sikit pasal album ni, tahun asal pun tak tulis.. kenapa ek? yg penting cd ni best must buy of the year dengan harga serendah RM12.90/USD3.06 termasuk gst. terima kasih.











Monday, June 15, 2015

Febians '1001 Malam' 1989 CD RE 2015 NSR


ni 1989 debut album Febians yang berasal dari JB Johor, menampilkan 6 lagu rock karat (lagu Ranjau Hidup paling aku suka) dan 4 lagu rock jiwang yang cukup popular (Rumie dan Julie, Demi Cinta Ini, Keinginan, Kehancuran Sebuah Cinta). bagi yg tak minat rock melayu mungkin cakap album ni tak best, tapi bagi mat rock album ni cukup penting tahap klasik. hampir semua lagu dan lirik hasil band ni sendiri. siapa tak kenal D'Febians adalah antara band rock terawal kat Malaysia zaman 'Juara Juara Rock' awal 80an dulu. D'Febians ialah pemenang 'pertandingan rock kebangsaan' yang pertama (bersama The Lefthanded) iaitu Juara Rock 1983.

cd ni baru rilis awal tahun ni (2015). tak pasti album klasik ni pernah rilis dalam format cd atau tidak. aku beli kat kedai cd biasa di Plaza Kota Tinggi dgn harga RM19.90. aku perhatikan cd ni kedai jual harga berbeza, ada yg sampai RM39.90. ehhemmm.. cepat cari album ni, lepas ni kang rare pulak cd ni. rock sampai tua!!!

Tuesday, March 3, 2015

ini baru cuaca dunia!


Langkah kaki ku
Makin longlai
Kehausan di padang gersang

Betapa nanti
Aku rebah
Burung gagak memagut tubuh

Biar tanpa oleh ku
Lembah lembah berair
Bibir akan memecah
Tangan juga berdarah

Oh... Ini baru cuaca dunia
Oh... Akan lebih nanti di sana

Mati adalah pasti
Hidup insyaallah

Friday, December 5, 2014

M. Nasir 'Prahara Seni Abadi' 2001 cd



"Tokoh seni dan spiritual, M. Nasir ialah seniman dan juga pendakwah bagi aku, karyanya bagaikan hidayah untuk aku belajar, buka kamus, buka sejarah, buka Kitab Suci, kaji 'akar kita'. Dia adalah anugerah dari Allah untuk umat Melayu Nusantara"
pc kokak (blogger picisan)

Wednesday, December 3, 2014

cd Seach


cd2 Search. Mentari Merah di Ufuk Timur tu autograf Amy Search, aku bertuah dapat jumpa pada 2009 semasa dia menjadi tetamu bagi rancangan Selamat Pagi Malaysia TV1 RTM hehehe...

Tuesday, November 18, 2014

Febians 'Memori Hitz' 2010 cd



kalau kepala dah tepu dengan muzik kasar macam thrash, death atau grindcore.. cara nak normalize-kan kepala otak aku dengan layan cd ni.. berbaloi cd ni, semua lagu sedap. extreme mana pun korang tapi tetap melayu dan ini ialah rock jiwa melayu.. haha singalong feel beb.. power lu Nasabandi.. wa caya sama lu bro!


Friday, November 14, 2014

Rajasinga 'Rajagnaruk' 2011 cd



Rajasinga ialah band power-trio stoner grind dari Bandung, Jawa Barat, ditubuhkan sejak 2004. ini album kedua diberi nama 'Rajagnaruk' (kurang ajar?), banyak unsur muzik campur sekali dalam experiment album ini, black/death metal, crossover thrash, stoner rock, porn grind etc.. membuatkan album ini seronok sekali padaku, ya unik! liriknya semua dalam 'bahasa' bukan sekadar isu rebel, lawak lucah, membakar semangat dan paling bagus ialah lirik pantun puitis ala Sil Khannaz. waduh enjoy berdengung sambil headbanging dengan album ni! terbaik!


ini cd versi jewel case..ada juga versi digipack. boleh dapatkan dari (pengedar rasmi) label grindcore Straineyes Productions. sila slowtalk ke Encik Mazmi di: straineyes at gmail dot com

Thursday, July 17, 2014

cd Best of Ogy & Ebby



cd ni beli saing dengan cd post lepas tu. packing sama cikai tahap kapitalis. ini kira album repress sebab dulu pernah keluar album ni dengan tajuk album 'Kisah Cinta' 1986. ni semua lagu OST dari film kult melayu 80an, Ali Setan, Ali Setan 2, Balik Kampung dan Suara Kekasih. aku tengok belakang cd track list tu ada tujuh nama sifu aku tak fikir banyak terus angkat. aku grenti semua lagu korang pasti suka, lagu-lagu zaman jiwang rempit motor scrambler, ni kira lagu-lagu klasik 80an la beb. lagu paling favorite aku ialah 'Cinta Tak Bermusim' ciptaan sifu tu. alah korang mesti suka 'Wajah Rahsia Cinta' kan hehe, tapi ni semua lagu best gile la. mesti ter-sing-a-long. serius beb.

Friday, July 4, 2014

FTG To The Front



cd packaging tahap bagang bertulis besar 'SIRI HARGA RUNTUH' cukup meruntuhkan moral aku. packing rubbish untuk album FTG favorite aku. artwork lebih kecik dari kaset '96 yang pernah ada dulu. ini namanya fucked up 2007 cd re-issue.

ini album ke tiga FTG. dulu thrash pukul abis.. kali ni dengan sound baru, thrash yg lebih groovy, produksi lebih padu, artwork grafik komputer baru nak naik time tu. setiap lagu very enjoyable bersama lirik positif berbahasa simple english aku suka sangat haha. penutup album dgn lagu metal 60an 'Dendang Remaja' yg mendendangkan jiwa remaja thrashhead masa itu, lepas tu 'metal 60an' pun naik sebab XPDC Brutal.. demit.

layan siot enam puluh hari dalam neraka!