"The real owners are the big wealthy business interests that control things and make all the important decisions. Forget the politicians..." George Carlin
Monday, August 8, 2016
Wednesday, August 3, 2016
load reload
album ke6 dan ke7. Load rilis 1996 dan Reload 1997. selepas 5 tahun album black, album kali ni Metallica betul-betul buang tebiat...lari terus dari tradisi, ini bukan thrash metal ok...ini doomier hard rock. baru keluar dulu memang terkejut, depa siap potong rambut, logo baru..tengok inlay ni, memang kena sangat dengan album ni...ini dah lain. mula-mula dengar dulu rasa pelik, jelik dan tertipu...oleh sebab dah terbeli kasetnya main je la tanpa fokus sangat...tapi bila layan lama-lama makin sedap pulak. banyak solo sedap lah! baru-baru ni aku try layan lagi, makin syok rasanya...ini baru true...hahaha
Wednesday, July 27, 2016
Ramli Sarip 'Alive' 1998 kaset, video
mungkin inilah album terbaik Ramli Sarip... album blues rock & roll yang dirakam secara live pada Sabtu 14 Nov 1998 di Studio Synchrosound Petaling Jaya yang disaksikan lebih kurang 50 orang penonton.
versi album sudah dipotong tapi tetap terbaik. jom layan video..best!
Monday, June 27, 2016
Senjata Nuklear Rahsia Dan Bahana (Syed Yusainee Syed Yahya, DBP, 2015)
Jarang ada buku pasal senjata nuklear dalam bahasa Melayu. Buku ni agak ilmiah walaupun takde nota kaki. Gaya penulisannya sempoi, mudah faham. Buku ini bercerita tentang pelbagai aspek dari fizik, sejarah, politik, perang dunia, perisikan malah konspirasi (rahsia yg bukan lagi rahsia). Memang tepat tajuk buku ni 'Rahsia dan Bahana'. Ada gambar sikit-sikit. 178 muka surat sahaja tapi isinya bagus. kandungan;
Bagi aku ambil tahu pasal bom nuklear ni wajib bagi kita kerana ianya terlampau dasyat umpama muzik ektrim. Genre muzik ganas ini banyak bercerita tentang hal ini. Inilah orde baru perang dunia akan datang.. yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang.
Jepun, Jerman lebih dulu kaji teknologi nuklear untuk buat bom. zaman Nazi dulu ramai ahli fizik/saintis nuklear yahudi, sebab takut kena bunuh Nazi, ramai berhijrah ke Amerika. setelah di-sound oleh saintis yahudi terkemuka, kemudian baru lah Amerika serius buat bom nuklear. Masa itu Jerman, Jepun dan Amerika berlumba-lumba membina bom nuklear ni, siapa yg dapat buat bom ni dulu dia la yg akan perang dunia ke2 tu....
Peminat filem ala James Bond, risikan, pengintipan dgn elemen CIA, KGB, M16 spt dlm era perang dingin dahulu, maka buku ini mmg pilihan yg tepat. Buku ini akan membuat jantung kita berdegup kencang membaca mengenai kisah perisik KGB yg berjaya menyusup masuk ke dlm Projek Manhattan dan mencuri teknologi senjata rahsia ini betul2 di depan mata Amerika Syarikat. Ini bukan cerita wayang Hollywood tetapi kisah yg benar2 berlaku.
Aku rasa insaf bila baca bahagian 'kesan ledakan', bahana bom nuklear. Beratus ribu org boleh mati sekelip mata. malah melihat cahaya letupan bom ini dari jarak jauh pun boleh membutakan mata. Suhu di pusat letupan sangat tinggi sehingga boleh mencairkan dan menukarkan bahan logam dan batu menjadi wap. Gangguan elektromagnet boleh merosakkan peralatan elektrik apatah lagi elektronik yg sensitif. Tiada telefon, tiada bekalan elektrik dan pencemaran radioaktif. Mungkin mereka yg tinggal di dalam gua sahaja yg boleh survive. Kata Albert Einstein 'saya tak tahu senjata apa yang akan digunakan dalam perang dunia ketiga. tetapi saya pasti dalam perang dunia keempat, manusia akan berperang mengunakan kayu dan batu'.
Tahniah dan terima kasih banyak utk tuan penulis buku ini dan juga DBP.
Subscribe to:
Posts (Atom)















