Tuesday, June 21, 2016

Ramli Sarip 'Perjalanan Hidup' 1987 kaset



inilah album solo ke3 Ramli Sarip yang diterbitkan pada 1987, berjudul 'Perjalanan Hidup'. album pertama agak slow, album kedua not bad, tapi yg ketiga ini pilihan hatiku. selain album kompilasi 'Seni Dan Suara 79-89' aku rekomen album ini kepada semua terutama yang tak pernah memiliki album solo Ramli Sarip lagi. dalam album inilah lagu-lagu kerohanian Papa Rock yang klasik seperti 'Perjalanan Hidup', 'Kau Yang Satu' dan 'Lahirnya Sebuah Puisi'.. memang terbaik. satu lagu duet bersama Khatijah Ibrahim 'Ku Miliki Bayangmu'.. layan beb. yang lain lagu rancak semua sedap terutama Dilema, Orang Kota, Terjerat. lirik semua bagus. serius album ni sedap. hidup Papa Rock!

- Lahirnya Sebuah Puisi -
lirik/muzik: Mohd Bakri Johari

Terketar-ketar jemariku
Menyusun kata dan irama
Melahirkan sebuah puisi
Untuk insan yang dalam kehausan

Lahirnya sebuah puisi
Bukanlah nama jadi ukuran
Tapi hadir kerelaan hati
Kerana sehelai benang keinsanan

Diriku ini hanyalah sehelai kain usang
Caci dan hina sentiasa di bahuku
Aku rela ...

Lidah adalah hatiku
Hati adalah lidahku
Andai terpisah keduanya
Terlebih dahulu aku yang durhaka

Sejati sebuah puisi
Sempurna dalam pandangan

Sempurna segala tujuannya
Menyakinkan setiap insan
Yang mendengar

Tuesday, May 10, 2016

hasil ke PBAKL2016 di MAEPS



1. Mantik dan Etnomantik/Mat Rofa Ismail/Dewan Bahasa dan Pustaka/2015
2. Kita Dengan Islam Tumbuh Tiada Berbuah/Syed Hussein Alatas/Dewan Bahasa dan Pustaka/
3. Batu Uban Sejarah Awal Pulau Pinang/Ahmad Murad Merican/DBP
4. Turki Uthmaniah Persepsi Dan Pengaruh Dalam Masyarakat Melayu/Ermy Azziaty Rozali/DBP/2016
5. Kisah Hidup Seniman Agung P.Ramlee/Abdullah Hussain/Dewan Bahasa dan Pustaka/2016
6. Rahasia Sumpah Allah dalam Al-Qur'an/Hasan Mansur Nasution/Paramadina
7. Allah Berbicara Tentang Dirinya/Prof. DR. Umar Sulaiman Al-Asyqar
8. Ayat Dialog Nabi-Nabi Dalam Al-Quran/JAKIM/1989
9. Risalah Untuk Kaum Muslimin/Syed Muhammad Naquib al-Attas
10. Islam: Faham Agama Dan Asas Akhlak/Syed Muhammad Naquib al-Attas
11. Ma'na Kebahagiaan Dan Pengalamannya Dalam Islam/Syed Muhammad Naquib al-Attas
12. Tarikh Sebenar Batu Bersurat Terengganu/Syed Muhammad Naquib al-Attas
13. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu/Syed Muhammad Naquib al-Attas
14. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu/Ahmad Jelani Halimi
15. Ringkasan Ihya' Ulumuddin/Imam al-Ghazali/Pustaka Al Ehsan
16. Sejarah Umat Islam/HAMKA/PTS/2016
17. Kenang-kenangan Hidup/HAMKA/Pustaka Dini/
18. Muslim Tionghoa Cheng Ho: Misteri perjalanan muhibah di Nusantara/Prof Kong Yuanzhi/
19. Baiduri Segala Permaisuri: Koleksi Catatan Cik Srikandi/Cik Srikandi/Terfaktab/2016

buku2 Syed Muhammad Naquib al-Attas dibeli di sini..Pustaka Dhihin
pengunjung terawal..terima kasih ambil gambar abang botak tu!
dewan c
Gerakbudaya
DBP yg power.

Friday, April 22, 2016

jom ke PBAKL2016 di MAEPS



PBAKL 2016 yang masuk 35 tahun penganjurannya kali ini, buat pertama kali (sudah pindah), PBAKL akan diadakan di MAEPS Serdang. ini tempat ekspo pertanian MAHA. tempat ni memang sangat luas, parking banyak dan paling best 5 minit je dari rumah aku..hehehe. selama ini PBAKL yg di PWTC aku tak pernah pergi, jadi kali ni peluang terbaik. buku-buku target aku pastinya buku heavy dari genre sejarah/agama. sekarang ni aku tengah check floor plan, check senarai gerai KLIBF 2016, layan site dorang, tengok2 apa buku yg menarik. ingat tarikhnya 29 April hingga 9 Mei 2016. ok heh..jumpa di sana! peace!


Tuesday, April 5, 2016

Malaysia bakal jadi negara bersuhu padang pasir


Suhu di Malaysia bakal me­nyamai suhu di negara-negara Arab apabila ia diramal mencecah suhu 40 darjah Celsius dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Pengarah Kampus Lestari Universiti Teknologi Malaysia (UTM-CS), Profesor Madya Dr. Mohd. Fadhli Md. Din berkata, ke­adaan itu berlaku disebabkan suhu di kawasan bandar dan luar bandar di negara ini mengalami peningkatan sebanyak 1.2 darjah Celsius setahun.

“Kadar suhu yang sangat tinggi itu bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada tubuh manusia yang hanya mampu bertahan dalam suhu maksimum 39.5 darjah Celsius malah mengakibatkan negara berisiko mengalami musim kemarau berpanjangan,” katanya selepas memperkenalkan prototaip penunjuk haba Surrogate Human Sensor (SHS) di Kampus UTM di Skudai dekat sini semalam.

Kadar suhu purata di Malaysia adalah antara 32 hingga 33 darjah Celsius.

Beliau berkata, peningkatan kadar suhu secara berperingkat itu berpunca daripada pelepasan gas karbon dioksida dari kilang dan kenderaan yang semakin banyak di negara ini pada masa depan.