Thursday, March 22, 2012

"Beyond Firmament" Split Tape '98



banyak2 rilisan as sahar, ini adalah kaset as sahar paling aku suka, ya bergabung kuasa bersama hayagriva. pertama kali aku lihat as sahar di gig nebiula prod sempena kompilasi storm of nebiula, bertempat di tingkat atas sebuah cafe di permas jaya jb tahun 1999. seingat aku yg main masa tu as sahar, sil khannaz, tandus, kharabanazak.. yg lain aku dah lupa.. yg aku tak boleh lupa one barchiel pakai baju xpdc. aku tak pandai nak review panjang2, so aku copy review abg ben di majalah metal terus (versi color '99).

AS SAHAR/HAYAGRIVA
'Beyond Firmament' split tape 98
(Memories Rccords)
Ada siapa-siapa nak mencabar reputasi kedua-dua band ini? Rasanya tidak tercabar. Dua kuasa terkuat Black Metal Malaysia dan Singapura bergabung untuk menghasilkan sebuah tape yang bisa memuaskan hati semua peminat Black Metal tanahair (dan dunia keseluruhannya). Entah kenapa dengan reputasi yang sebegitu tinggi mereka memilih untuk mengeluarkan tape ini melalui label yang boleh dikatakan agak kecil. Ye lah, kadang-kadang duit bukanlah segala-galanya. Kepuasan diri itu yang penting. Mungkin sebagai dorongan kepada Memories Records untuk meneruskan usaha mereka selanjutnya. Reputasi As Sahar memang sukar ditandingi. malah setakat ini tiada yang mampu pun. Tape ini menyaksikan mereka menyambut ulangtahun ke-10 sebagai sebuah band. Sempena dengan sambutan itu maka disertakan juga sebuah lagu bertajuk As Sahar sendiri. Saya tidak pasti tentang liriknya tetapi rasanya ia berkisar tentang perjuangan mereka selama ini. Sebuah lagu lama bertajuk My Hymns, In The East (yang liriknya ditulis oleh saya) telah dirakamkan kembali. Entah kenapa saya begitu meminati lagu ini sampailah sekarang. Apapun, sound mereka masih seperti dahulu. Tidak terlampau polish. Tetapi tidak juga terlebih 'reverb' seperti yang kita dengar dalam album Phenomistik. Hayagriva pula kembali dengan Black Metal yang disulami dengan elemen keyboard yang sangat menyerlah. Saya tak berapa pasti tetapi rasanya cuma dua lagu sahaja dari kesemua empat lagu adalah lagu baru. Sound mereka lebih menyerlah dari EP mereka sebelum ini, berkat dari mixing semula yang dilakukan oleh Nhajasakthee. Lagu baru mereka lebih menampakkan keupayaan mereka sebagai pemuzik Black Metal terutamanya pada seksyen keyboardnya. Tanpa ragu-ragu lagi saya katakan split tape ini adalah barang perlu kepada peminat muzik Black Metal tanahair. Lagipun, siapa lagi yang setanding dengan mereka? (Kaset ini hanya boleh didapati di kedai kaset tertentu sahaja, Metal Shop Production ataupun tulis terus kepada Memories Records).
BG

Wednesday, March 21, 2012

Islamic

''islamic'' means it to be look like islam,
but it not really true islam.
example usage of this word: islamic party, islamic banking,
islamic tv, islamic fashion, islamic movie, etc...



Tuesday, March 20, 2012

Torch - Nuclear Doom





aku beli cd ni di kedai rdl record kat jb..
torch adalah sebuah band legend pahang
yg main ala black/death metal
campur gorengan gitar maut ala iron maiden (?)..
dikhabokan mereka akan keluar cd baru
bertajuk daroh dagir..
supportlah local band wehh..
jangan asyik support iron maiden jerr..


Sunday, March 4, 2012

Sungai Furat





The River Euphrates - A Mountain of Gold, India, Iran and Akhir Al-Zaman

video credit to: icemaker1990