Thursday, March 27, 2014

Wednesday, March 26, 2014

Heloisa 'Mirror of Trinity' 1998 tape


sekarang ini, 1 Malaysia di dalam situasi ultra heavy depressive.. mungkin herba-herba yang sejenis dengan kenaf itu boleh mengurangkan tekanan yang sudah 19 hari menghempap kita.. dan mungkin juga kaset ini antara produk tempatan yang paling goyang kepala death metal.. sesuai sekali dalam situasi mystery dan misery ini.. kasi up lagi volume boombox tu biar cukup rasa dengung. highly  disyorkan dan classic album.

Monday, March 24, 2014

MH370 tragic end


berita paling sedih dalam episod MH370
buat apa kapal tu terbang ke 'the middle of the Indian Ocean, west of Perth' yang 'This is a remote location, far from any possible landing sites' ?
tiada siapa akan memaafkan dalang tua kejadian ini. dalang tua yang tak pernah belas dengan catastrophic tragic.




Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Al-Fatihah.

buku Jerry D. Gray




Wednesday, March 19, 2014

album solo Nash s/t 1992 tape


tipikal lokal kaset cover
lirik disertakan
orang Johor rugged steady arh.. lotto sneakers putih.. rambut tu paling best
dulu2 mesti ada 'kad memintaan lagu' kat ujung kaset, kasi hantar kat ehem Angkasapuri.

first album solo Nash ni la yang ada lagu 'Pada Syurga Di Wajahmu' tu...

layan lagu ni.. lirik best..


ni lagu pun layan.. ciptaan Art Fazil


serius album ni memang best la beb, rockin! haa lagu ni ada ala ala lagu Final Countdown.. layan...


Saturday, March 15, 2014

Metropolitan 'Di Sebalik Rahsia Cinta' 1991 tape



album ni rilis 1991. skuad badminton negara menang Piala Thomas tahun 1992. lagu tema badminton Malaysia, kumpulan ni la yang nyanyi...


satu lagi lagu top ialah tentu lah title album ni 'Di Sebalik Rahsia Cinta', mesti pernah dengar.. layan...


album ni memang kira ok la, memang layan jugak. ada lagu reggae 'Bermain Cinta'.. layan..


Wednesday, March 12, 2014

kerja, musim panas, kemarau, jerebu, mh370, raya kajang, serabut kepala


jadual baru update
readers
studio cockpit
aku operator mesin ni jer

tulis pasal kerja, musim panas, kemarau, jerebu, mh370, raya kajang semua campur kasi pening baca. saje aku buat tenang jerr.. serabut kepala.. Entah apa nak jadi dengan Malaysia.. sana tu pening kepala.. lepas Lahat Datu, kapal Terbang Hilang pulak.. sabar, ini semua chobaan.. hutan simpan pun boleh terbakar ini pula kulit orang.. Naik motor pergi kerja panas gile, macam kena salai, jerebu teruk lagi, time malam lagi nampak macam kat Genting suasana tu, bau asap, sakit tekak, sakit mata.. aku demam. Rumah pulak kena catu air.. Sabar je la.. chooobaaann.. Entah apa nak jadi dengan tempat aku ni, sebab Dun Kajang kot.. Entah apa nak jadi dengan Malaysia.. Payah macam ni, dah sabit kesalahan pun masih bebas berkempen lagi.. Entah demi apa, entah apa agenda.. bukan patut dah kena sula ke?... media kerja time ni memang melecet.. Kalau ada kes besar, kajang raya lagi, parlimen pun dah start balik.. kerja macam robot, buat berita terkini dah macam takde anak bini, serabut kepala.. takde art. Semua ini mungkin bala.. Ya bala.. Dugaan demi dugaan.. come on, hold on.. Malaysia Boleh, jangan putus asa.. Cari di atas pulak, sebab kita Selalu Lupa yang atas tu, ya lupa yang di atas tu.. Ni semua pasti ada Hikmah. Sabar je la.. Entah apa nak jadi dengan Malaysia.. Semua target kat Tanah Melayu sekarang ni.. semua lihat hujung dunia, hujung tanah besar asia ni.. Semua mata tengok orang kita sekarang ni.. jangan buat malu, bersatulah. bagus semua doa, semua ingat Tuhan sekarang ni... Ya pasti ada Hikmah! Wake up!

dunia gila atau gila duniawi

Monday, March 10, 2014

Salih Yaacob 'Romantika di Tampoi' 1992 tape


album rap klasik

Salih Yaacob
Romantika di Tampoi
1992

Senarai lagu;
01- Pisang Panas
02- Cuba Jangan Cuba (Gur Nalon Ishq Mitha (Bohiyaan))
03- Romantika di Tampoi (Romantika Di'Amor)
04- Wa Sulah Punya (Lagu Thai)
05- Kipon Dangdut (Kopi Dangdut)
06- Ada Tak Ada (Ada Enggak Ada)
07- Sudah Boleh (Fikirkan Boleh)
08- Minah Manja (Nona Antri)
09- Tengok Tengok
10- Jangan Tak Jadi (Assam di Gunung Garam di Laut)

Friday, March 7, 2014

Tuesday, March 4, 2014

Pink Floyd The Dark Side of The Moon LP UK SHVL804


album 'teori konspirasi' ni tak payah banyak cakap memang prog-rockers satu dunia dah iktiraf terbaeekkk. packaging Versi LP album DARKSIDE ni mungkin korang tak tahu... dapat 2 poster bapak besar dan 2 sticker dan...
"there is two side of the moon iaitu side 1 dan side 2 lp ini..."
~pckokak~
front folding gatefold cover artwork. cuba bayangkan kalau prisma ni bertindih? jadi star of david kan? hahha...
inside folding gatefold, lirik disertaka..
poster pertama, pyramid giza? sistem firaun?
poster ke2, band, PI  N  K  FL  O  YD
dua keping art sticker, P  IN  K  FL  OY  D
back of the stickers, Crack-Back
just imagine that

Saturday, March 1, 2014

Festival Layang-layang Sedunia di Pasir Gudang 2014


kurita terbang (semua gambar diambil pada sabtu 22.02.2014)
itu bukan berteromber, tangki air ikonik pasir gudang, lampu pun wau
signboard pusat bandar pasir gudang

meniti titian usang tasik pasir gudang
pheeewwwiiitttt
kira layang2
lereng bukit layang2 pasir gudang, melepak!
muzium layang2 pasir gudang dari jauh
sebelah bukit layang2 ada johor curcuit, gate d bukan pintu utama.. bro Faizal mesti tau..