Tuesday, June 30, 2015

As Sahar 'Santau' EP



kaset ini ialah 'santau' dari As Sahar, fenomena bagi undergrounders seantero alam melayu. muzik depressive yang primitif dan senikata bertema amalan ilmu hitam di nusantara yang mereka bawa menghantui dekad 90an dan seterusnya merebaklah sihir 'Eastern-Oriental-Archipelagaic Black Metal' ciptaan mereka.

kaset ep ini mulanya dirilis pada 1995 di Temasek oleh label Blackwinds Productions. kemudian pada tahun yang sama dirilis di Tanah Melayu oleh Nebiula Productions dengan tajuk yang lebih sopan iaitu 'Meditasi Embun Pagi' (dengan tambahan satu lagu iaitu 'Stroll In Kafan'). ep ini juga diedar di benua Eropah oleh label dari Portugal, Art Productions, pada tahun 1996.


Saturday, June 27, 2015

Jep Sepahtu - Every night and every day


Every night and every day
Every night and every day
Never forget to say
La ilaha illallah

Wednesday, June 24, 2015

Too Phat 'Plan B' 2001 kaset






Too Phat ni memang power. duo yg berasal dari selatan tanah air ini ditubuhkan sejak lewat 90an. mereka ni betul-betul berbakat, mereka memang true dan sangat komited kepada hip hop, lihatlah sehingga sekarang pun mereka masih aktif dan bertambah mantap walau mereka dah berpecah, wa caya lu! muzik mereka sentiasa catchy berserta lirik panjang berjela tapi pasti gerek. ni 2nd album mereka yang paling sukses dalam scene hip hop/rap ketika itu. ada 2 lagu (Boogie Down dan Anak Ayam (Freak To The Beat)) guna sample lagu dari Sharifah Aini iaitu lagu 'Kuda Ku Lari', arwah juga menyumbang suara dalam lagu 'You'. artis lain yang feature dalam album ni ialah Camelia dan artis2 scene hip hop lokal seperti Teh Tarik Crew, Altimet dan lain2.

Thursday, June 18, 2015

M. Nasir 'Terbaik' 1998 kaset



album ni la yg asal ada lagu Andalusia dan Kias Fansuri, album kompilasi bertajuk 'Terbaik' (tapi packing tak terbaik). 3 lagu dari album S.O.L.O. (1989), 3 lagu dari album Saudagar Mimpi (1992), 4 lagu dari album Canggung Mendonan (1993).

Monday, June 15, 2015

Febians '1001 Malam' 1989 CD RE 2015 NSR


ni 1989 debut album Febians yang berasal dari JB Johor, menampilkan 6 lagu rock karat (lagu Ranjau Hidup paling aku suka) dan 4 lagu rock jiwang yang cukup popular (Rumie dan Julie, Demi Cinta Ini, Keinginan, Kehancuran Sebuah Cinta). bagi yg tak minat rock melayu mungkin cakap album ni tak best, tapi bagi mat rock album ni cukup penting tahap klasik. hampir semua lagu dan lirik hasil band ni sendiri. siapa tak kenal D'Febians adalah antara band rock terawal kat Malaysia zaman 'Juara Juara Rock' awal 80an dulu. D'Febians ialah pemenang 'pertandingan rock kebangsaan' yang pertama (bersama The Lefthanded) iaitu Juara Rock 1983.

cd ni baru rilis awal tahun ni (2015). tak pasti album klasik ni pernah rilis dalam format cd atau tidak. aku beli kat kedai cd biasa di Plaza Kota Tinggi dgn harga RM19.90. aku perhatikan cd ni kedai jual harga berbeza, ada yg sampai RM39.90. ehhemmm.. cepat cari album ni, lepas ni kang rare pulak cd ni. rock sampai tua!!!

Friday, June 12, 2015

Durian is Food, Grind is Good


asian grindcore!

Damage Digital from Japan!
Torture Incident from Malaysia!
Extreme Decay from Indonesia!
Demisor from Singapore!

(c) 2002 Grin-Konrr Records