Tuesday, January 28, 2014

Yngwie Malmsteen - The Seventh Sign 1994


versi cassette 1994 Pony Canyon

The Seventh Sign ialah album ke 7 gitar hero asal Sweden, Yngwie Malmsteen. Serius shit album ni memang kesukaan aku sebab very enjoyable (that's it, dan bukan neo-klasikal melalut-lalut) dan dibantu oleh vokalis high-pitch lazat Michael Vescera (yang sebelumnya bersama band metal-rock-kapak Jepun siapa lagi.. Loudness).


Dalam album ni ada 2 lagu instrumental iaitu 'Brothers' dan 'Sorrow' yang selalu menjadi lagu saduran kat radio time tu.. hal yang sama berlaku pada time tu jugak album Cromok 'Forever In Time' dengan instrumental 'Another You' dan 'I Don't Belong Here' ingat?


ok semua lagu sedap dalam album ni.. tapi yang paling best bagi aku ialah 'Never Die', 'Seventh Sign' dan 'Crash and Burn'.. sebab lagu ni metal abis lah. Tapi lagu metal jiwang karat macam 'Forever One' dan 'Prisoner of Your Love' pun layan beb heheh.. tak lupa lagu yang paling epic dalam album ni 'Pyramid of Cheops' dengan intro permainan sitar oleh Malmsteen.. fuh layan abis. kasi berkali-kali pusing tape ni pun tak bosan beb..


lirik 'The Seventh Sign' mengenai akhir zaman? "blind leading the blind" aku setuju!!!

versi cd 2003 remastered SPV edition

kalau ada rezeki lebih nak angkat versi LP pulak.. hehe

Friday, January 24, 2014

Scorpions - In Trance LP 1975


kalau nampak benda pelik, dosa tanggung sendiri ok hehe...
zebra... harimau bintang...

In Trance, lp ke tiga band 'one of the world’s best-selling bands of all time', Scorpions. Rilis pada 1975. bagi aku ini album terbaik Scorpions. Album ni lah pertama kali mereka menguna kan tema cover art 'lucah', dan album ni lah pertama kali mereka guna font nama Scorpions yang diguna sampai la ni. Serius shit, kalau lu mau mood 70's rock, album ni kena layan beb. Album ini perfect represent of 70's hard rock, the  recording sound, the riff, solo guitar maestro Uli Roth, vokal, struktur lagu, semua perpect, Euro rock style less bluesy more dark depressive sound. Apa yang lebih penting album ni membawa feel rock n roll power ballad gelap melonkoli neo klasikal psychadelic krautrock, apa lagi? feel jiwang rock kapak melayu bro... Scorpions 70's rock moment of glory. Classic.

.

.

.

.

.

.

.

haa ni nasi tambah je ok...
 Fenriz mengabadikan 'In Trance' di dalam gatefold cover Darkthrone Underground Resistance LP
close up.. gaya berdengung.. Fenriz In Trance t-shirt

Wednesday, January 22, 2014

Kenali Malaysia




Pada tahun 1986, Tourism Malaysia melantik Sudirman sebagai ''Duta Nyanyian Pelancongan Malaysia''. Semasa Persidangan Pelancongan Asia Pasifik (PATA) yang ke-35 di Kuala Lumpur, Sudirman mempopularkan lagu ''Kenali Malaysia, Cintai Malaysia'' (To Know Malaysia is to Love Malaysia) ciptaan Carol Connors dari Amerika Syarikat. Lagu ini juga menjadi lagu tema semasa kempen Tahun Melawat Malaysia.

Monday, January 13, 2014

Broery - Sahabatku LP (1982)


cover depan ni simple gile, photo Broery berframe warna silver.
haa back cover ok terbaik, Ahmad Nawab tengah ajar Broery baca note hehe. Broery sempoi dgn baju hawaii.. lu tengok bangle emas tuuu..
record side 1, label WEA rainbow
record side 2, label ni silau mata tengok, chroma tinggi.


WEA Records  50036-1

Broery Marantika
Sahabatku
1982

Penerbit: Ahmad Nawab
Senarai lagu; 
 
Side A
1. Tidurlah Cahayaku
[Ahmad Nawab/Broery]
2. Senang
[Ahmad Nawab/Rahmat Zaki]
3. Sahabatku
[Broery]
4. Mengenangkan Dirimu
[Ahmad Nawab/Rahmat Zaki]
5. Langit Petang
[Ahmad Nawab/Rahmat Zaki]
 
Side B
6. Ilham Menjelma
[Ahmad Nawab/Rahmat Zaki]
7. Berangan-angan
[Ahmad Nawab/Dalina Ahmad]
8. Kampung Halaman
[Broery]
9. Si-Bego
[Ahmad Nawab/Broery]
10. Bertemu Bercinta
[J, Iglesias/Dalina Ahmad]

  lagu paling hit dalam lp ni ialah 'Langit Petang' iaitu lagu tema film 'Langit Petang'

Thursday, January 9, 2014

Sudirman - Lagu Anak Desa LP 1980


front cover.. Sudirman memang sempoi, seat merah, koyak2, button stop.. semuanya mengimpau zaman kite bebudak dulu.. zaman old school bus sekolah dulu..
back cover.. list lagu + credit + catatan Sudirman tentang lagu tu.. Diterbitkan oleh S.Atan
ada budak kecik tu.. Sudirman melambai siapa tuu.. dan bas pun bergerak pergi..
aku jamin versi lp je nampak ni.. tulisan pada belakang bas "SUDIRMAN", "ANA", tapak tangan. habuk pada body bas...
lyrics sheet.. Tulisan Tangan dan Kartun oleh Sudirman.
A1- Anak Gembala
A2- Kau Akan Kembali
A3- Hujan
A4- Tiada Dendam Di Hati
A5- Ke Dunia Baru
B1- Aku Pengganggur
B2- Teratai Menjelma
B3- Hati Rindu
B4- Jangan Kau Tanya
B5- Sepetang Di Pinggir Bukit
B6- Tanah Ini Tanahku (Milik Kita Bersama) Epilogue
record side A
record side B


Tuesday, January 7, 2014

Alleycats - Terima Kasih LP 1979


front cover.. simple. Alleycats sudah mengunakan logo popular mereka sejak album pertama ini.
back cover... simple (gambo yg sama cam depan)
lyrics sheet.. dah lunyai
the legend Mohd. Nasir bin Muhammad
ALLEYCATS are.. full name
1979 blue Philips record label.. side 1, lagu top "Jika Kau Bercinta Lagi"
Label Philips Polygram Records Made in Malaysia... side 2, lagu top "Senandung Semalam"

"terima kasehhhhhh...."   ~David Arumugam~

Saturday, January 4, 2014

Grooveshark.com



korang tahu tak pasal website grooveshark? kalau youtube site untuk tengok video, grooveshark ni site fokus untuk dengar lagu saja. macam2 artis ada sini, old school atau new school. yg BEST siap full album, not all lah... loading pun ok gak la, biasa kita buka youtube nak dengar lagu je kan, apa kata try layan grooveshark pulak. tapi lagu melayu kurang la, cam Ramli Sarip, M. Nasir, ada la lagu2 melayu, belum banyak lagi. boleh search, buat playlist, ehem ehem, etc. layan la beb...

Wednesday, January 1, 2014

fuck Carcass hina Islam ?


selepas membaca post terbaru blog dissecting the euphony, aku terus check apa yg tak kena dgn album baru Carcass... cuba korang baca lirik lagu no 4. A Congealed Clot of Blood



aku, kita semua metalhead cukup respek sama band otai Carcass ni, dan cukup teruja dgn kemunculan semula mereka dgn studio album baru. tapi apa yg dorang buat di dalam album Surgical Steel, lagu no 4, apa makna ni? apa maksud kamu? cukup2 menguris hati. dalam lirik tu ada 'fasiq' 'imam' 'al-harb' 'Dajjal' 'black flag' 'jihad' 'Rasual al malahim'.. nampaknya macam pandai juga dorang ni pasal benda2 ni.. ok bagus teruskan explore Islam. one day the Light will come to your heart. Inshallah.