Wednesday, November 28, 2012

Ulasan: The Black Angels - Passover (2006)

aku tak tahu apa genre yang tepat untuk muzik mereka, indie rock? psychedelic rock? tapi beza dengan psychedelic Jimi Hendrix atau psychedelic The Flaming Lips. yang aku pasti inilah "anak didik" Velvet Underground. kalau anda peminat Velvet Underground anda pasti minat album ni. mungkin membosankan untuk peminat muzik seperti Iron Maiden atau Dream Theater atau muzik yang lebih technical atau complicated, tapi anda kena cuba. muzik mereka simple, seperti berulang-ulang, maaf aku tak tahu istilah teknikal muzik. yang pasti boleh buat kepala aku berdengung,  ya berdengung itu yang dimaksudkan dengan psychedelic bagi aku. aku tak pernah bosan dengan album ni. aku tak kesah asalkan boleh goyang kepala. MARKAH PENUH.
....
...
..
.
thanks to stonerobixxx for introduce me this great band.

The Last Revelation

Monday, November 26, 2012

Majulah Nusantara

lagu yang aku hafal sejak aku kanak-kanak lagi. cukup kuat liriknya, cukup semangat lagunya. inilah lagu paling dikenali dari Zubir Said, seorang tokoh ulung muzik Melayu yang digelar sebagai penggubah dengan "jiwa Melayu sejati". dia dilahirkan di  Kota Bukittinggi, Sumatera Barat, Nusantara. ya Nusantara, kadang aku merasa seperti aku seorang yang anti-nationalism.. mmm.. mungkin lebih indah jika "Singapura" di dalam lirik lagu ini ditukar kepada "Nusantara" atau "Alam Melayu"... 
http://id.wikipedia.org/wiki/Zubir_Said
http://cinemamalaysia.com.my/artist/info/?id=Zubir_Bin_Said_4408
http://ourstory.asia1.com.sg/independence/ref/zubir1.html
http://documentist.wordpress.com/2010/04/10/know-your-icon-the-late-zubir-said/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Majulah_Singapura
http://en.wikipedia.org/wiki/Anti-nationalism
http://ms.wikipedia.org/wiki/Nusantara
http://en.wikipedia.org/wiki/Malay_World

Friday, November 23, 2012

playlist 11.12


Motorama - 2012 - Calendar ,mp3
Lana Del Rey - 2012 - Born to Die ,mp3
Cat Power - 1998 - Moon Pix ,mp3
Warhorse - 1970 - Warhorse ,mp3
Trapeze - 1970 -  Medusa ,mp3
May Blitz - 1971 - The 2nd of May ,mp3
King Diamond - 1990 - The Eye ,lp
Gillan - 1980 - Future Shock ,lp
Ku-2 - 1995 - Motivasi ,cassette
Ella - 1990 - Puteri Kota ,lp
The Devil's Blood - 2009 - The Time Of No Time Evermore ,lp
M. Nasir - 1991 - Saudagar Mimpi ,cassette
Herman Tino - 2011 - Kenangan Abadi Herman Tino ,cd
The Swallows - Nga Lompak Ago Go ,cd
The Velvet Underground - 2005 - Legends (kompilasi) ,cd
Konsert Masih Ada Yang Sayang 1996 ,vcd
* The Black Angels - 2006 - Passover ,mp3
Anita Sarawak - 1971 - Talipon Berbunyi ,7"ep
A Ramlie - (random) ,cd lp ep vcd mp3
Budgie - 1974 - In For The Kill ,lp
War Master - 2011 - Pyramid Of The Necropolis ,lp
Rage Against the Machine - 1992 -s/t ,lp
The Force (Paraguay) - 2008 - Possessed By Metal ,mp3
Bob Marley & The Wailers - 1979 - Survival ,lp
Sepultura - 1989 - Beneath the Remains ,lp
Sweet Charity - 1988 - Pilihan Terbaik (1979-85) ,cassette
* Art Fazil - 2012 - Koleksi Syair Melayu ,cd
Soundgarden - 2012 - King Animal ,mp3
Chakal - 1990 - The Man Is His Own Jackal ,mp3
Ahli Fiqir - 2005 - Hari Ini Dalam Sejarah ,cd
Valhalla - 1969 - s/t ,mp3
Thundermother - 1971 - No Red Rowan ,mp3
* Iron Claw - 2009 - s/t ,mp3
King Crimson - 1969 - In the Court of the Crimson King ,lp
Hard Stuff - 1972 - Bulletproof ,mp3
Dio - 1983 - Holy Diver ,lp
Hard Stuff - 1972 - Bulletproof ,mp3
Helloween - 1985 - Walls of Jericho ,lp
....
...
..
.
* recommended (all actually!)

Wednesday, November 21, 2012

Ulasan: Art Fazil - Koleksi Syair Melayu

setelah berdekad melayan lagu2 extrame, metal, rock, dari barat, ia terasa semakin lama semakin hilang rasa rock. (korang faham maksud aku, dah takde rasa "bising" walau grindcore sekalipun). barulah aku dapat terima lagu2 lokal kita ni. ada sesuatu aku kehilangan. baru sekarang aku rasa keindahan lokal. album ni MUST HAVE bagi semua peminat muzik tak kira korang peminat ziana zain atau iron maiden atau slank atau inul atau sodom atau insect warfare atau atau amebix atau anda bukan minat dengan muzik sekalipun, kadang khazanah macam ni lah yg kita kena buat simpanan atau bahan rujukan, bagi kita yang dipanggil "MeLayu".
....
...
..
.
cd ni mungkin versi extended edition cd ini.. dengan tambahan empat lagi lagu..

Monday, November 19, 2012

kacang metal

1) malam tadi pergi di bahagian sayur2an sebuah pasar besar, wife aku panggil "yang sini, nak tegok sayur metal tak? saya pun first time tegok." aku jawap "ha'ah la metal! apa benda ni keras macam batu!" nampak macam murray si mascot Dio.
2) pagi ni, bagi menghilangkan rasa jakun, aku tanya pak google.
3) oooh ia sejenis kacang, dikenali sebagai lin kok (cantonese), water caltrop, water chestnut, buffalo nut, bat nut, devil pod, horn chestnut..
4) amat popular di kalangan kaum cina di masa perayaan pertengahan musim luruh/perayaan kuih bulan.

Sunday, November 18, 2012

kerja raya 20082012

entri ni sepatutnya pada raya hari tu. aku dah masuk tv ini kali ke 3 (wtf kahkahkah). 0:28 budak kecik yang bertocang tu anak aku, sebelah mak dia. 0:43 aku bersnow cap, baju petak :)

Saturday, November 17, 2012

Ulasan: Lana Del Rey - Born To Die (2012)

kadang sihir pop lebih bahaya dari death metal. kadang pop lebih syirik dari black metal. aku tak pernah tertempias oleh sihir L.Gaga atau Madonna, tapi sihir si setan ni melena. Video Games ialah santau yang buat aku memuat turun Born to Die, what a great album title. jika anda suka Cat Power atau Radiohead atau lagu-lagu pop "mellow", hati-hati, mungkin anda akan dipukau. 

Monday, November 12, 2012

New Sheikh Imran Hosein interview with Morris Herman

aku selalu melihat dunia dari sudut yang lain. aku tidak percaya semua media mainstream/popular, berita, suratkhabar, terutama media internasional seperti CNN, BBC, mahupun Al Jazeera. Aku tak menyokong apapun parti, biru mahupun hijau. aku tak suka politik ciptaan manusia. aku tak suka undang-undang antarabangsa, undang-undang ciptaan manusia. aku tak suka sistem bank, termasuk bank islamik mereka atau "bank islamik" kita. aku tak suka sistem mereka untuk kita. ulama kita sibuk berpolitik, tak sempat menganalisis kejadian2 dunya hari ini. aku tak percaya penganalisis mereka, mahupun kita. mereka selalu menganalisis mengunakan sebelah mata, bukan dgn mata hati. ini interview yg ke berapa entah antara Morris Herman dan Sheikh Imran Hosein, ini yg terbaru (08.11.2012).
   ** interview di bawah ini ada disebut pasal Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim! 
* About Sheikh Imran Hosein

Thursday, November 8, 2012

Jery Black Seeds Records, War Master LP

pengalaman menetap di Dublin, Ireland dan bergaul dgn dunia crust di sana tidak sia-sia, dia sekarang ialah usahawan muda yg berjaya. inilah dia Jery (bertopi), pemilik D-beat Crust Punk (and Metal) Label and Distro Black Seeds Record, distro crust paling berjaya di asia! haha! korang kena check out web dia, banyak barang2 metal yg mungkin menarik minat anda. yg penting Jery ni jenis cool dan layan baik beb. harga memang berpatutan plus shipping atau COD area kl.. aku COD lp WAR MASTER - Pyramid of the necropolis LP di pejabat pos Dayabumi (port rockers dulu ni beb). di bawah gambar lp package.. dtg dgn 19x28 poster, ini Regular Black vinyl edition limited 800 copies world wide!! Bolt Thrower fans should check this out! must have/hear to all music lover, buy the cd or lp, or even the mp3!
try layan..

yg ni versi fav aku... 33⅓rpm lp played at 45rpm! haha
malam tadi sempat aku needle drop.. untuk track2 lain War Master - Pyramid of the Necropolis LP (33⅓rpm lp played at 45rpm) boleh dtg sini...

Wednesday, November 7, 2012

pageview lima angka

pc kokak dah dapat pageview lima angka! kah kah kah! entri ni special thanks to Dr Bentara! (kerna bagi semangat utk update blog kokak ni setelah setahun tak update hahaha), dan kepada Bro Berteromber (Ulu Tiram rules!!). Tak lupa juga semua blogger yg sudi letak pc kokak dlm blog list anda! dan juga kepada anda!
* dan kepada aku sendiri yg selalu klik blog sendiri haha!

Tuesday, November 6, 2012

Konsert Masih Ada Yang Sayang - A Ramlie

  
1) Pada 1996, satu persembahan artis2 60an di bawah konsert Masih Ada Yang Sayang diadakan di Stadium Merdeka. Diusahakan oleh M. Shariff, diadakan bagi membantu menampung perbelanjaan perubatan A Ramlie yg telah lama menderita penyakit Parkinson.
2) antara artis2 yg menjayakan konsert amal ini ialah A Ramlie sendiri bersama band asalnya The Rythmn Boys, M Shariff, S Jibeng, M Osman, Afidah EsKassim Selamat, Jeffridin & The Siglap Five, A Halim & D'Fictions, L Ramli, A Karim Jais, Adnan Othman, J Sham, A Rahman Hassan, Azizah Muhammad, Jaafar O, dll.
3) Kesihatan A. Ramlie tidak mengizinkan beliau untuk kembali aktif untuk menyara kehidupannya. Namun beliau terus tabah mengharungi sisa-sisa usia senjanya bersendirian. Mujurlah adik-beradiknya berpakat menanggung bersama kos perubatannya. Sementara itu, seorang doktor dari Terengganu yang juga peminat setia A. Ramlie ketika di usia remajanya turut menawarkan bekalan ubat secara percuma.
4) Meskipun begitu, Allah lebih menyayanginya. Tanggal 10 Mei 2001, pada usia 53 tahun, A. Ramlie menghembuskan nafas terakhir di rumah ibunya di Tampines, Singapura. Lebih seribu orang mengiringi jenazahnya untuk dikebumikan di Pusara Abadi.
5) Tiada apa yang ditinggalkan olehnya di atas muka bumi ini, melainkan khazanah berharga untuk santapan telinga para peminatnya...
6) mungkin budak2 baru kalau tegok clip ni mungkin tak rasa apa2, tapi kalau otai2/peminat2 pop yeh yeh rasa sayu beb, lagi2 kalau tau sejarah A Ramlie, betapa top nya A Ramlee dahulu, perceraian, penyakit, survival hidup, tragik beb, kalau tegok clip ni jgn nangis.. sedekahkanlah Al Fatihah.
7) ingin lihat clip2 lain di konsert ini bolehlah ke channel youtube saya. terima kasih.
antara lp, ep dan cd A Ramlie yg ada dlm koleksi aku..

Monday, November 5, 2012

Berpecah kerana politik

sms lauahan rasa tok aki, kuala dungun
*gambar(diedit) diambil dari akbar sinarharian edisi tganu

Friday, November 2, 2012

gambar... cuti 23-31.10.2012 sempena raya haji

00. raya posa kena kerja, so raya haji aku cuti lama. biasa klu cuti lama, aku akan balik dua2 belah kampung. kali ni balik joho dulu. dari balakong jaya,selangor ke ulu tiram,joho (kg aku) ke kemaman,tganu (kg wife aku). perjalanan ke joho ambil masa dlm +-4jam, 2x berhenti rehat. perjalanan tiram ke tganu lalu laluan pantai, ambil masa +-10jam (paling lama dlm sejarah aku blk ganu, sebab banyak singgah2/bukan highway. biasa ambil masa 5-6jam, aku suka drive rileks2)
[kl-joho]
01. aku. berenti rehat di restoran jejantas ayer keroh. gambar kat kawasan parking, gambar restoran jejantasnya lupa ambik.
02. rumah famili aku di jln sc, kg sg tiram batu 18, ulu tiram. dlm ladang sawit..
03. makan ramai2 kat senibong pada malam raya.
04. gambar raya, di pagi raya. lupa bawak baju melayu/kurung. nak grak ke sayong.
05. di rumah atok belah mak kt (f) sg sayong, kulai. abang aku dan anaknya=anak buah aku. kepala lembu korban, berapa kilo daging kita boleh dapat?... 2-3kilo+sup lidah.
[joho-ganu]
06. berhenti rehat kat mersing, tepi pantai, pulau batu unta kot...
07. singgah di (one of the biggest bundle i ever see) naposo bundle jln mawai, lepas bandar kota (tinggi) menuju ke mersing. 0utside.
08. singgah di (one of the biggest bundle i ever see) naposo bundle jln mawai, lepas bandar kota (tinggi) menuju ke mersing. inside.
09. one of bangunan di jln endau-rompin.
10. globe dan entah apa nama... di api stop kat cukai, kemaman. kungfu hustle??..
11. globe dan entah apa nama... di api stop kat cukai, kemaman. kungfu hustle??.. close up
*org ganu panggil traffic light "api stop".