Wednesday, April 29, 2015

Bicara Negarawan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad



Ribuan hadirin di K Klub, Taman Melawati, Selangor berdiri dan memberi tepukan gemuruh menyambut ketibaan Tun Mahathir dalam Bicara Negarawan menyentuh isu mengenai 1MDB dan Najib Razak.

Tuesday, April 28, 2015

hiMALAYAn earthquake 25.04.2015



Gempa bumi Nepal 2015 dengan magnitud 7.8 (Mw) berlaku jam 11:56 NST (06:11:26 UTC) pada hari Sabtu 25 April 2015. Pusat gempa kira-kira 34 km di tenggara bandar Lamjung, Nepal pada kedalaman kira-kira 15 km . Ia adalah gempa bumi yang paling kuat telah melanda Nepal sejak Gempa bumi Nepal-Bihar 1934. Lebih 4000 orang dilaporkan telah meninggal dunia. Mangsa turut dilaporkan di India, China dan Bangladesh. Gempa bumi turut berlaku di Gunung Everest, melebihi jumlah kematian Runtuhan Gunung Everest 2014.Bangunan lama Tapak Warisan Dunia UNESCO di Lembah Kathmandu, termasuk beberapa bangunan di Kathmandu Durbar Square.

Friday, April 24, 2015

piring hitam 7 inci ep hindustan



ep2 hindustan ni wife aku beli sekeping 3 ringgit... semua piring hitam pirate. dia memang kaki filem2 cult classic tamil dan hindustan. aku memang tak tahu apa2 hehehe.. so tak mahu jadi bodoh sombong aku pun research lah sikit2 pasal scene hindustan ni hehe... filem memang aku tak layan, sebab kebanyakan tu terlampau fantasi huhhuhu.. tapi kalau lagu2 klasik hindustan memang aku boleh layan... yg klasik je tau hehehe.

Zindagi Ek Safar Hai Suhana - Kishore Kumar - Andaz [1971]
Bol Radha Bol - Mukesh - Sangam [1964]
Main Shayar To Nahin - Shailender Singh - Bobby [1973]
*Berteromber mesti suka lagu2 ni hehehe

Thursday, April 23, 2015

ayat2 yang ada perkataan 'hudud' dalam Al-Quran


2:187
2:229
2:230
4:13
4:14
9:97
9:112
58:4
65:1

Wednesday, April 22, 2015

Sunday, April 19, 2015

Maruosa


play the video full screen and full volume for migraine triggers

Tuesday, April 7, 2015

Sejarahwan Malaysia Yang Hampeh


Cryptic Malediction ...Embedded in Blood, Membongkar Rahsia Dunia Melayu


Dalam planet Bumi,ahli sejarah yang paling hampeh adalah sejarahwan Malaysia.Satu benda pun tak gheti.Taunya ambik kajian Winsted,Raffles dan Shallebear.

Monumen-monumen sejarah kat Malaysia mana pernah ambik tahu.Taunye buat muzium banyak2 lepas tu jadi biar berhabuk.Alih-alih tapak sejarah kat Lembah Bujang dah rata dengan jentolak.

Lepas tu pi campur isi Sulalatus Salatin dengan isi Suma Oriental macam nak bual pecal.Sebab itu wujud seorang mamat nama Temagi.Kronologi sejarah Melayu dah cacamarba sebab kedunguan mereka.

Satu lagi,yang setkan sejarah ni semua kepalanya bukan sejarahwan pior,tapi cikgu cikgi yang dapat kontrak tulis buku teks.Lagi hampeh,sebab dia nak mengajar lagi,nak kejar dateline lagi,huru-hara sejarah Melayu sebab duit punya pasal.

Cuba belek para penulis buku teks sejarah yang kat belakang buku teks tu siapa?Patutke cikgu buku teks tulis sejarah Melayu?Saya bukan nak hina mereka tapi patutke tukang jahit kena jaga substesen 11kV?

You all buat kerja bahaya dan bermain dengan nasib satu bangsa.You understand?

Kamu tak layak tulis sepicing pun sejarah bangsa saya.Jadi tak payah nak menyibuk tulis buku teks sejarah kalau bukan ahli sejarah yang faham sejarah.

Takde ahli sejarah Malaysia yang serupa macam Slamet Muljana,Poerbatjaraka atau Drs. R. Soekmono.Asyik-asyik nak duduk bawak ketiak TS Dato` Dr. Khoo Kay Kim.Pemalas giler.

Asyik...asyik Melaka...asyik...asyik Melaka padahal sebelum Melaka berlambak Malay city-states dan juga empayar macam Srivijaya dan Langkasuka.

Tiada siapa yang boleh huraikan pasal Chih-Tu,Pan-pan,Tan-tan,Tambralinga,Setul Mambang Segara,Singgora malah Srivijaya sekalipun.

Kerajaan Pahang tu ada catatan dari dinasti imperial China tau.Bukan nak kata Pahang,Dungun kat Terengganu tu pun para pedagang kat Peking pun kenal zaman Dinasti Song dan Sui.Ada penulis buku teks tu tau pasal ni?Confirm tak tau.

Tahu ke penulis buku teks tu pasal Vijaya Bahu V anak raja Melayu Sri Dharmaraja yang memerintah Dambadeniya di Sri Lanka dan keturunan dia masih berada dalam salasilah raja-raja Sri Lanka sekurang-kurangnya sampai abad ke-15?

Tahukah siapa Panamkaran,salah seorang kerabat raja Melayu Sailendra yang mengalahkan Chenla dan gelarannya terpahat di batu bersurat di Thailand?

Siapa Bangsasura,Suryavarman I dan Fan Shih Man?

Sekarang,kamu tahu bahawa sejarah Melayu bukan seperti yang kamu sangka dan baca.Di sana,ada 1001 misteri dalam sejarah Melayu yang tersembunyi dalam garis masa lebih kurang 200 tahun kolonialisme.

Sekarang baca buku saya pasal sejarah kamu.Baca kat dalam tu bahawa sebelum Melaka,raja-raja Melayu dah run bisnes maritim di Selat Melaka beratus tahun sebelum pelanduk menendang anjing bawah pokok Melaka.

Bukan setakat penulis buku teks,anak-anak raja pun tidak tahu sejarah raja-raja dan kerajaan Melayu.Semua anak-anak raja kat Malaysia pun 2kali5 hampeh macam penulis buku teks.Kalau Sejarah Melayu itu manusia,dia akan campak semua anak-anak raja yang bengong ni ke dalam Glade macam dalam filem Maze Runner.

Sebab itu bila saya 'menegur' Sultan Johor dahulu untuk kebaikan baginda dan rakyat jelata,saya langsung tidak diapa-apakan kerana 'orang dalam istana' tahu siapa saya.Mereka tahu niat dan tujuan saya.Para bangsawan yang bijak ialah mereka yang tidak menjadikan orang yang menasihatkan mereka 'Hang Nadim'.

Saya ialah Srikandi.Saya ialah penjaga sejarah Melayu dan empayar para dapunta dan maharaja.

~SK
Secretkeeper of Sriwijayamala & Ketomala Dynasty

https://www.facebook.com/srikandisejarah/photos/pb.496613607030536.-2207520000.1428147305./894543837237509/?type=3&theater

Wednesday, April 1, 2015