Sunday, March 31, 2013

playlist 03.13


Black Rose - 1990 - s/t  ,tape
Sons Of Otis - 1999 - Temple Ball  ,mp3
The Black Angels - 2005 - Passover  ,lp
Darkthrone - 2013 - The Underground Resistance  ,lp 
Karp - 1997 - Self Titled LP  ,mp3
Wicked Lady - 1972 - Psychotic Overkill  ,mp3
King Diamond - 1990 - The Eye  ,lp
Graveyard - 2012 - Lights Out  ,mp3

 

Thursday, March 21, 2013

Jamaluddin Alias - Ulang Tahun Ke-10 Kemerdekaan



Rekod ini yang berusia 46 tahun akan diputarkan kembali di atas "meja putar" yang berusia 35 tahun untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat blogger, semua rakyat Malaysia dan siapa saja.

Semenjak dua menjak ni kita selalu dengar lagu PERAJURIT TANAH AIR (juga dikenali dengan INILAH BARISAN KITA) di kaca tv. Penyanyinya ialah Jamaluddin Alias, yang memang banyak menyanyikan lagu patriotik popular lain seperti MALAYSIA BERJAYA. Jamaluddin Alias banyak menyanyi pada 60an 70an, ketika itu juga sebagai juruhebah radio, pelakon drama radio, pengulas sukan radio/tv di RTM. Dia pernah menjadi pengacara program senaman radio/tv dgn trademark kiraan "satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, lapan lagi" kalau anda masih ingat lah..


Wednesday, March 20, 2013

900 tahun Memulihkan Semangat Andalusia


Sheikh Hamza Yusuf - 900 years Reviving the Spirit of Andalusia

Aku suka layan lecture. Bila aku dengar lecture (biasanya dari international scholars) aku suka yang ada banyak tentang fakta dan sejarah. Belajar agama dan sejarah. Aku suka Sheikh Hamza Yusuf. Berpuluh-puluh video lecture beliau (biasanya yang full lecture) aku download dari youtube dan aku layan sebelum tido. Lecture dari Sheikh Hamza memang sangat menarik bagi aku. Aku recommend lecture ini bukan hanya pasal Andalusia, tapi juga pasal SEJARAH MUZIK!!!

Wednesday, March 13, 2013

Karp - Self Titled LP '97



Karp menyelit di celah-celah zaman kegemilangan grunge. Power trio hebat ini muncul dari Tumwater, Washington. Boleh aku kata style muzik mereka ialah “crushing hard rock hardcore punk heavy sludge metal”. Pengaruh mereka ialah “otai” The Melvins dan “bapak metal” Black Sabbath, cuba anda bayangkan apa yang akan terjadi? Mestilah sesuatu yang marvelous, ya sangat marvelous! Album ke3 mereka ini diberi nama “Self Titled LP”, tidak harus ketinggalan dalam senarai album-album underrate yang marvelous dekad 90an. Jika anda peminat tegar atau sudah tepu dengan Iron Maiden anda diharap dapat meluangkan 30 minit dalam hidup anda untuk menghayati album ini (atau dengar saja 30 saat terakhir lagu “J is for Genius”). Karya besar dekad 90an. Highly recommended!!!


Friday, March 8, 2013

Crystal Castles - (III) (2012)


Crystal Castles - III - FULL ALBUM w/ Christiane F.


(III) ialah album ketiga electronic experimental dream pop synthpunk duo/band dari Kanada, di beri nama Crystal Castles. (di dalam album kedua mereka ada mengunakan samples vocal track dari Sigur Rós (Inní mér syngur vitleysingur) untuk lagu Year of Silence). Cover album ketiga ini adalah gambo Fatima al-Qaws yang sedang memangku anaknya, Zayed yang cedera dan terkena gas pemedih mata semasa demontrasi jalanan di Sana'a, Yemen pada October 15, 2011. Aku anggap album kedua mereka sebagai MAGNUM dan album ketiga ini sebagai OPUS. Muzik dari gabungan Ethan Kath sebagai tukang buat muzik dan Alice Glass sebagai tukang pekik, mungkin akan membuat anda terganggu atau mungkin akan membawa anda ke alam mimpi... ia juga sangat sesuai dilayan jika anda sedang tinggi atau sedang berhalusinasi... if you know what i'm means.. kah kah kah.. HIGHly recommended!


Sunday, March 3, 2013

Avoid this shit! (part 2)


band black juga dari Kanada..
check lirik ep mereka..
http://www.metal-archives.com/albums/Svolder/Svolder/341670
http://www.metal-archives.com/bands/Svolder/3540346773
http://svolder.bandcamp.com/