Wednesday, December 26, 2012

Hamba Abdi

*   apabila terbaca post berteromber pasal XPDC-Timur Barat, teringgat aku lagu Hamba Abdi dalam album tu. lagu tu memang KISAH BENAR AKHIR ZAMAN. baca saja artikel (discan dan dipost tanpa kebenaran Majalah Infiniti, Jan 2013) di atas sambil dengar lirik lagu Hamba Abdi (sepatutnya liriknya lebih kasar lagi bagi mengambarkam PERHAMBAAN akhir zaman ini!).
*   berapa gaji korang kerja sejam? RM8? RM8 ialah gaji Akku dan Leela untuk kerja setahun! berapa simpanan korang sebulan? RM254 sebulan? RM254 ialah simpanan Akku dan Leela selama kerja 40 tahun!
*   memang terbaik artikel ini, sebab di atas tajuknya diletakkan simbolik gambar syiling emas. ya itulah yang diajar kepada kita, syiling emas atau perak. bukan wang kertas, yang tiada apa-apa nilai di dalamnya, boleh dimanupulasi nilainya. wang kertas adalah perhambaan!
*   kalaulah gaji Akku dan Leela dibayar dengan secupak beras sekali pun itu lebih berharga dari wang kertas mereka. sebab kalau dibayar dengan secupak beras, itulah Islam (bayar zakat pun guna beras). sebab Islam ajar wang itu sesuatu yang ada nilai di dalamnya dan boleh bertahan lama (yang sudah pasti Soros tak boleh manupulasi nilainya). kalau tiada emas atau perak, kita boleh guna beras, gula, kurma atau seumpamanya sebagai wang.
*   tamadun awal manusia seperti tamadun Rom, Mesir, China semua guna gold & silver coins. cowboy dulu-dulu guna gold & silver coins, pirate of caribbean pun guna gold & silver coins. pedagang arab, cina etc dulu-dulu pun guna gold & silver coins. hercules pun guna gold & silver coins. firaun pun guna gold & silver coins. tamadun moden ni je orang guna kertas sebagai wang! tamadun moden ini sebenarnya tamadun "master of deception". siapa dia mastermind "master of deception"? wang kertas adalah masterpiece dari mastermind "master of deception".
*   aku terfikir kenapa dalam hukum Islam, ada hukuman memerdekakan hamba.. tidak mungkin hukum kita sudah tidak relevan, sebab sudah tiada hamba lagi dalam dunia moden ini (kata mereka).. hukum Islam tetap akan relevan sampai bila-bila, betul?
*   tapi bagi aku memang perhambaan masih ada sampai sekarang ni.. dalam dunia sekarang (akhir zaman kata aku) bagi aku lagi teruk perhambaannya. ya mungkin perhambaan ada banyak jenisnya, perhambaan mentaliti atau spiritual mungkin?, atau sebagainya.. hamba sudah tiada pada zaman moden ini? wake up! you're dreaming! perhambaan di mana saja, di seluruh dunia, termasuk Malaysia.
*   tak sedar lagi ke negara EURO dan US dah nak bankrupt? semua sebab hutang riba wang kertas. kalau US dah bankrupt, apa jadi dengan matawang rasmi dunia sekarang (US dolar)? pasti semua matawang dunia akan terkesan sama (mungkin lebih teruk?!).
*   semua rabbi atau yahudi tahu wang kertas ini menipu. nanti kalau mereka (israel) dah mula dulu guna emas dan perak sebagai wang mana kita nak letak muka?
*   korang faham tak apa yang aku melalut ni?
*   Wallahualam..

Sunday, December 23, 2012

Singapura itu Saudaraku

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=Isoa11LEVFw#t=107s
Kepada Singapura:
1) Tahniah saudara-saudaraku seagama dan sebangsa di Singapura!
2) Singapura juara lagi!

http://www.youtube.com/watch?v=9PngLX-1ruk
http://www.youtube.com/watch?v=vvw1OjOrPgk
dan kepada Ultras Malaya:
1) kau nampak tak melayu yang menjulang piala tu semalam?
2) pergilah belajar sejarah.
3) f**k you!

Hagas


"...ya insan yang hagas
awaslah semua
maya yang indah
ada kudisnya
jangan terpedaya.."

* hagas=sombong, bongkak.
* muzik dari M. Nasir dan lirik dari Loloq.
* lirik penuh di sini.

All My Bestfriends Are Metalheads

'Metalheads' tak bermaksud layan lagu lagu metal. 'Metalheads' bagi aku jenis yang boleh masuk kepala,boleh nak ketawa sama sama lepas tu dah puas ketawa boleh pula nak menangis sama sama. K,ni aku punya maksud tersendiri bagi 'metalheads'. Jangan nak bangkitkan isu pasal ni k? Aku mencik!

Tipu ah kalau korang kata hidup korang takda kawan,tipu tipu tipu! Orang gila pun sekarang ni dah pandai cari kawan,yer dak? K,aku memang ramai kawan. Hell yeah bak kata lagu Like A G6 tapi ah memang kenyataan aku memang suka sangat sangat sangat berkawan nak buat macam manakan? Tapi,makin ramai kawan makin ramai lawan. K,ni yang aku tak suka! Serius,tak tipu.

Kalau aku ramai kawan,mesti ah aku ramai kawan baik. Kan? Jyeah,memang ada kawan baik. Siapa rasa kawan baik aku,korang dah boleh senyum sekarang ni. Tak dinafikan kawan baik aku boleh dikatakan kesemuanya 'metalheads'. Macam aku kata tadi,bukan sebab dorang layan lagu metal aku kelaskan dorang sebagai 'metalheads' tapi sebab perangai dorang.

Tak semua kawan aku boleh aku kelaskan sebagai 'metalheads' sebab ada juga kawan kawan aku yang terasa hati kalau aku cakap ini,sentap sikit kalau aku cakap itu. Serius aku cakap,memang susah nak puaskan hati kawan kawan aku tapi aku mencuba dan terus mencuba. Yela,aku suka pula dari berkawan terus jadi nak berlawan. Tak suka k? Tak tipu.

*artikel ini diambil tanpa kebenaran dari..
*great post..

Saturday, December 22, 2012

Wednesday, December 19, 2012

Tuesday, December 18, 2012

Thin Lizzy - Jailbreak LP '76

Vertigo ACBR 252 UK 1976
 
Tiada apa yg aku boleh kata, sebab dh ramai yg review dan tak perlu aku review panjang2. Cuma nk tambah skit je, kesedapan Emerald memang sedap, cuma kalau digoreng sehingga 7 hingga 8 minit pasti lebih enak dan kenyang sampai sendawa.

Sunday, December 16, 2012

DIIV - Oshin (2012)

DIIV (disebut Dive).
Oshin (disebut Ocean).
Korang dh dengar blom? kalau blom cepat sedut kat sini, kalau ada lagi.
Untuk peminat muzik indie rock cam Motorama, etc.
Mungkin/pasti akan menjadi the best album yg anda pernah dengar tahun ini.
Highly Recommended.
Markah Penuh.

Saturday, December 15, 2012

Riot - Thundersteel LP '88


Pressing: 1st 1988 US [CBS, BFZ 44232]
Condition: Near Mint!

Thundersteel! The killer comeback album. Underrated power metal classic. The most underrated and overlooked metal of the 80's. Must have/dengar bagi peminat speed/heavy metal. Riot adalah band under rate kalau dibanding band lain. Lagu pertama Thundersteel, lagu yg sempurna, thundering/ganas, diasak dgn lagu kedua Fight Or Fall, dan seterusnya.. eargasm, dan seterusnya.. multiple-eargasm. Lagu Bloodstreets adalah ballad(?) yg enak. Dlm ramai2 vokalis speed/heavy metal, vokal Tony Moore dlm album ini adalah yg paling "serasi" dgn telinga aku, high-pitch yg merdu dan power. Bagi aku.. ini album terbaik Riot, lebih "metal" berbanding album Riot yg lain, album ini lebih bagus berbanding album Priest Painkiller. Ada yg mengatakan mereka meniru Priest. Vokal Priest kurang "serasi" dgn telinga aku, aku rasa geli, lebih2 lagi bila tahu Rob Halford tu g*y! Apa yg best sangat bagi collector2 lp, seperti lp2 Iron Maiden ialah artwork yg besar dan cantik, lp ini bukan saja punyai cover art yg "classic futuristic comic war" malah muziknya juga sangat "so power so metal" membuat lp ini ultra berharga bagi aku. Letakkan rekod ini di turntable, setkan amp volume maksima dan drop the needle adalah kepuasan.

Friday, December 14, 2012

Avoid this shit!

Aeternam - Moongod (2012)
Band Canada, vokalis dia asal Morocco.
Mereka sering dikaitkan dengan muzik ala "pioneer" Nile, death metal dgn lenggok padang pasir.
Check out the lyric here, especially the first song.
Shirk!

Tuesday, December 11, 2012

Ulasan: Nadia - Unggul (1999)


Ini album ketiga penyanyi asal Sabah. 10 lagu baru dan bonus 4 lagu hit dari dua album sebelum ini, membuat album ini seperti album 'the best of Nadia'. Muziknya memang acceptable rocknya, vokalnya pulak jangan cakap, memang terbaik, serak basah beb. Oleh kerana hampir semua, Nadia sendiri yang cipta lirik dan muzik dalam albumn ini, aku bagi 4.5 bintang! Maklumlah memang susah nak jumpa rocker pompuan yang pandai buat lagu/lirik (yang power!), selain dia sendiri boleh main instrumen muzik seperti keyboard, bass, drum dan programming untuk albumnya. Memang bagus semangat indie dan DIY dia, salute!
...
..
.

Sunday, December 9, 2012

Ska-P - Intifada


...adakah David (org biasa (kecil) dari Israel) bertukar kpd Goliath (orang giant (besar) dari Palestin)?

Ska-P ialah band Sepanyol.
Lagu ini dari album Incontrolable terbit pada 2004.
Skinheads, Punks, Thrash Metal, Underground Metal nak jihad* jugak!

Thursday, December 6, 2012

The Midle Path - Shaykh Hamza Yusuf


* dia ada cakap pasal Malaysia!

seminar ini dianjur oleh United For Change
di usa.
bertajuk "United Against Poverty".
tapi shaykh hamza yusuf kata lebih baik
UNITED AGAINST WEALTH. (what a great idea)
"... Saya berfikir banyak tentang bersatu menentang kemiskinan, saya benar-benar berfikir ia akan menjadi lebih baik jika kita bersatu menentang kekayaan"
nampak macam mana "JATI DIRI" dia.
dia tak pernah ter"brainwash".
antara speech beliau yg terbaik.
part yg aku suka pada minit2 akhir dia becerita tentang lion and zebra,
lihat apa yg dia "nampak".
brilliant.
...masih ramai internasional scholar yg bagus.
aku suka scholar yg mengajar aku cara "melihat" dgn betul.
sudah tentu "cahaya" itu hanya dtg dari Allah.
kerna melihat dlm gelap sudah tentu tak nampak.
seperti melihat semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap.
selain Sheikh Imran Hosein
aku juga meminati Sheikh Hamza Yusuf.
siapa saja penceramah yg anda suka dengar,
siapa saja scholar itu tentu bagus,
yg perlu kita ambil ilmunya,
bukan melihat perangai mereka.
cara penyampaian beliau simple.
tak pernah memeningkan kepala aku.
dia berceramah seperti pendengarnya bukan beragama islam.
sgt sesuai utk muallaf/bukan islam juga.
pasti kalau bukan islam mendengar ceramah beliau
memudahkan mengambarkan/memahami islam yg sebenar.
Wallahualam.

Wednesday, December 5, 2012

"Islamik" & "Sunnah"


Muhammad Suiçmez (Necrophagist)
* gambar hanya hiasan (permainan mata)
aku...
bosan dgn kenyataan yg kita sekarang ini lebih "islamik"
bosan dgn word "islamik"
bosan dgn "bank islamik"
bosan dgn "parti islamik"
bosan dgn "islam" yg hanya pada penampilan luaran (dua biji mata) saja.
bosan dgn kononnya mereka bertudung konon "fesyen islamik".
bosan dgn mereka yg masuk parti politik sebab nk "jihad".
bosan dgn tuan "haji" berkopiah yg kencing berdiri.
bosan dgn mereka mengikut "sunnah" kononnya.

aku yakin mamat metal berbaju hitam gambar hantu ini lebih sunnah dari mereka.

celikkanlah mata hati kita.
zaman ini zaman buta sebelah.

apa sunnah yg paling utama?
adakah "sunnah luaran"? cara "sunnah penampilan"? sahaja?
jangan lupa sunnah yang jenis satu lagi.
sunnah dalam, sunnah yang tak nampak.
sebenarnya sunnah yg paling utama ialah "JATI DIRI". faham?

* sori kpd sesiapa yg tak suka/menganggap seorang yang bukan 'ahli' ilmu agama 'bercerita tentang agama', seperti chedet, lihat tidak pernah ada janggut di dagunya, kadang orang yg mereka gelar tak faham agama ini yg mendapat "CAHAYA" itu.



kadang aku rasa seperti berdendam dengan ahli agama..
Ya Allah terangilah hatiku dgn cahaya Mu.
Amin.

Monday, December 3, 2012

Ulasan: Sweet Charity - Bunga Bunga Cinta




dari album Berita Gempa (1985). mungkin saja ini antara "LAGU CINTA" yang terbaik dari band rock melayu.. lirik dari rocker sejati, Ramli Sarip. terpulang kepada anda bagaimana mahu menterjemahkan suatu lagu/lirik. lagu ini, bagi aku, liriknya yang punyai maksud cinta yang tersembunyi. cinta sesama kekasih (terutama part yang ada suara pompuan...) dan cinta kepada Pencipta..

"kadangkala inilah lumrah manusia, anda pernah bercinta? kalau anda belum pernah bercinta, anda satu hari mesti akan jatuh cinta.. mungkin tidak dengan kawannya, adik beradiknya, ibu, ataupun macam-macam lagi.." kata Ramli Sarip.


di angan-angan
ku suntingkan
bunga-bunga cinta hanya
untukmu
cinta hanya untukMu

di lengan tangan ku ikatkan

ikrar janji ini padaMu
akan ku salutkan
akan ku balutkan

di hasrat hatiku jalani

langkah derap kaki bersamamu
di cita-cita diilhami
salam mesra dari hatiku
menyongsong badai

bersamamu

hingga akhir hayatku
dengan cinta suci

berganding tangan

bersamamu
menyambut datang
matahari
terimalah kasih
dengan cinta suci
oh... terimalah kasih
oh... oh... oh...