Sunday, November 30, 2014

Pak Ngah balik



lirik

"mana pak ngah tak balik balik ni
hari dah jauh malam ni hah
tengok tu bulan dah mengambang dah,
biasanya kalau bulan dah mengambang ni
Pak Ngah dah balik dah
hah itu pun dia Pak Ngah dah balik"

Bulan mengambang
Pak Ngah lah yang balik
ahai lah sayang...
Bulanlah yang mengambang
bulan mengambang
di tengah malam...            2x

ahai nampak bercahaya
nampak bercahaya
dengan serinya...              2x
     
janganlah adik
Pak Ngah la yang balik
ahai la sayang...
janganlah yang adik
janganlah adik
berhati bimbang...            2x

ahai abang pergi
abang pergi
tidaklah lama...                2x

ciptaan:
Pak Lomak (Pendeta Ghazal Melayu Johor) [1889-1960]

Wednesday, November 26, 2014

label tempatan rilis cd dari source kaset


bila sesuatu album tu dah lama tak reissue, ia akan jadi sesuatu yang mengujakan bila kita tahu album legend tu akan keluar balik, lebih2 ia akan rilis dalam format cd untuk pertama kali pulak tu, expectation tinggi.. album tu memang best la kan. ye lah dulu keluar dlm format kaset je kan.. kaset yg kita beli dulu mungkin dah hilang atau kalau ada pun mungkin bunyi dah sebu..maklum je la benda analog, fizikal medium tu main peranan keatas kualiti bunyi.

aku rasa sangat kecewa bila aku beli semula kaset atau cd atau vinyl  album lama2 yg aku minat tapi sound quality nya teruk. dah la packagingnya biasa saja. aku rasa macam kena rip off, bodoh! kenapa aku masih nak beli kalau aku boleh dengar di YouTube percuma dgn kualiti bunyi yg lebih baik? baik aku download dan burn sendiri ke cd.

ada kaset reissue tu aku beli soundnya tak ubah seperti 32kbps punya mp3! unbelievable dan melampau! oleh sebab aku masih simpan 'original pressing' punya kaset tu aku dapat dengar perbezaan macam langit dan bumi! kecewa memang kecewa la, rasa macam nak kunyah je kaset tu. nasib harga kaset tu RM6 je, btw harga kaset 'original pressing' hanya RM3 je.

dulu aku ada dengar cerita pasal 'release for first time in cd format' ni album klasik death metal legend kita la kan, soundnya di ambil dari kaset , mastering teruk , bunyi memang hampeh la katanya.. dulu VSP punya rilis kaset tu.

la ni baru je rilis ada lagi album klasik death metal kita yg rilis ke cd tapi source kaset ni. sebenarnya serius aku tak kesah kalau di-transfer dan di-remaster dgn baik. sebab aku biasa buat sendiri transfering dari kaset (atau vinyl) memang sebenarnya boleh dapat quality sound tahap cd ni. tapi malangnya soundnya teruk, channel left right pun tak seimbang, kasetnya tak cuci dulu, bunyi kaset yg di eq berlebihan, bunyi tak original..aku tahu la aku masih simpan dan masih main lagi kaset ori. dan ini terjadi pada label metal tersohor tempatan yg aku sangat sayang dan hormati! wtf bro!

aku tak tahu la kenapa jadi macam ni, sebab terdesak ke apa. tapi ni boleh bikin malu bro.. dah jadi hitam putih.

malu. sedih. sejarah.

Tuesday, November 18, 2014

Febians 'Memori Hitz' 2010 cd



kalau kepala dah tepu dengan muzik kasar macam thrash, death atau grindcore.. cara nak normalize-kan kepala otak aku dengan layan cd ni.. berbaloi cd ni, semua lagu sedap. extreme mana pun korang tapi tetap melayu dan ini ialah rock jiwa melayu.. haha singalong feel beb.. power lu Nasabandi.. wa caya sama lu bro!


Friday, November 14, 2014

Rajasinga 'Rajagnaruk' 2011 cd



Rajasinga ialah band power-trio stoner grind dari Bandung, Jawa Barat, ditubuhkan sejak 2004. ini album kedua diberi nama 'Rajagnaruk' (kurang ajar?), banyak unsur muzik campur sekali dalam experiment album ini, black/death metal, crossover thrash, stoner rock, porn grind etc.. membuatkan album ini seronok sekali padaku, ya unik! liriknya semua dalam 'bahasa' bukan sekadar isu rebel, lawak lucah, membakar semangat dan paling bagus ialah lirik pantun puitis ala Sil Khannaz. waduh enjoy berdengung sambil headbanging dengan album ni! terbaik!


ini cd versi jewel case..ada juga versi digipack. boleh dapatkan dari (pengedar rasmi) label grindcore Straineyes Productions. sila slowtalk ke Encik Mazmi di: straineyes at gmail dot com

Wednesday, November 12, 2014

pckokak stats n yt subscribers


berdasarkan 5 post all time paling di buka tu, what do you think who i am huh? krenmaut dan berteromber heh

ni pulak channel youtube aku ada 119 subscribers huh?! apsal korang semua subscribe hah? korang nak aku upload video apa?

Tuesday, November 4, 2014