Thursday, July 31, 2014

Tuesday, July 29, 2014

selamat hari raya semua, kat tempat kerja aku ipu tak sehat.


830 pagi. matahari yang sama tapi aku nampak lain. tu bangunan Angkasapuri.
permandangan dari depan bangunan tu, dah tak nampak menara berkembar. raya yg suram.
ipu hari ni, ambil di sini http://apims.doe.gov.my/apims/hourly2.php. aku kat tanda merah tu.

Friday, July 25, 2014

tak balik raya, kena kerja


tahun 2014 ni nyer raya tak balik. kena kerja, memang rela nak kerja sebab memang dah sampai turn kena kerja. bini boleh cuti, sebab dia naik pangkat hehe.. tapi dia kata nak kerja, so dia pun kerja. samada dia takut aku 'jadi orang bujang' atau dia kata 'kena ikut suami' tapi dia memang sayang aku, aku tahu. so, anak aku pun kira raya dengan kami di tempat kerja la tahun ni.. alhamdulillah dia anak yg memahami kerja mak bapaknya hehe. kesian jugak rasanya sebab dorang boleh cuti, aku pun boleh hantar dorang ke kampung, tapi dorang tak nak/sangup sacrifice sebab taknak susahkan aku dan nak temankan aku.. sedih.. tahun ni raya rasa macam tak raya jer.. takde nak pergi shopping ke, nak beli kueh raya ke, baju raya ke..takde, semua takde.. tahu la kan tahun ni kan macam2 hal kan..


lirik 'Tibanya Syawal' :

Tibanya syawal tanda ingatan 
Ku kirim rindu di angin lalu 
Kasih yang hilang ku hulur tangan 
Di aidil fitri 
Di aidil fitri ku pohon restu

Buat mu kasih di aidil fitri 
Mengimbas daku kata-kata mu 
Andai ku tiada di sisi mu lagi 
Merendam doa 
Merendam doa ikhlas dari mu

Sesaat takbir bergema 
Selama itu dikau di hati ku 
Doa ku kirim buat mu kasih 
Di aidil fitri ikhlas dari ku

Di hening subuh di pagi raya 
Doa ku pohon buat yang tiada 
Airmata ku tabur bersama 
Terkenang daku 
Terkenang daku takbir bergema

Ku tunduk sujud buat mu kasih 
Teringat daku kebesaran mu 
Bulan ramadan terasa bersih 
Di aidil fitri 
Di aidil fitri kita bertemu

Selama hayat ku ada 
Di hari yang mulia hari raya 
Pada mu kasih di aidil fitri 
Terkenang daku cinta yang Satu

Wednesday, July 23, 2014

jerebu mask ride flash in


asap tanda dunia dah ujung.. entah dah berapa kali jerebu, tapi kali ni kurang sikit, matahari tak nampak, biasa boleh nampak jelas twin tower sana tu, cuba cari hehe..patutnya jam 830 ni dah panas menyinar, ni suasana mendung je sampai petang. dah 3,4 hari... ada hikmah juga time puasa tempat korang mesti panas terik kan... ni gambar snap kat atas bukit wisma tv. kereta dah kurang jam sebab org dah cuti raya kot.
kena pakai mask, dah takleh tahan. tekak jadi kering, puasa ooo
motor dah lebih 10 tahun, ride over 50km every day, mean sangat berjasa plus nostalgia.
 
first destination bila sampai, flash card dulu.
Malaysia sekarang memang time 'mendung' sebab mh17 etc. jerebu, perlukan air hujan.. semangat kena terus!

Monday, July 21, 2014

MH370 MH17 bukan bala



sesak otak bila lihat masih ada orang2 gila parti politik itu ini suka menyalahkan itu ini, boleh tak korang berhenti jadi taksub suka berpuak-puak tu? Langsung tak mendatangkan manfaat utk bangsa dan agama. bukalah akal besar2 sikit. Semua atas ketentuan Allah, kita 'orang2 yg diberi peringatan', ini ialah test utk semua rakyat Malaysia, peringatan supaya kita bersatu, bukan bertelingkah sesama Islam. kita rakyat Malaysia semua connected, lagi2 kita bersaudara sesama Islam. Semua kena bertaubat, kembali kepada kuasa tertinggi penentu segalanya kepada yg Maha Kuasa. Aku kau kita semua orang muslim 'orang yang menyerah'.

Saturday, July 19, 2014

MH370 777 MH17 777 Tujuh yg diulang-ulang


kau tak sambang jigsaw puzzle tu. kau takkan nampak the big picture. semua sudah di suratkan.

Diulang-ulang ialah Peringatan.
MH370 MH17 tanda2 kedatangan awan hitam sudah datang tapi Malaysia belom bersedia.

Entah kenapa aku tengok dorang yang bercakap dalam forum kat tv tu, macam tak tahu dunia ni sudah ada draf kemusnahanya. Ww3 tu kan pasti berlaku, mula2 perang kecik lepas tu melarat ke Ww3. Malaysia berperanan di situ, di hujung dunia. Sebab tu Tanah Melayu ni terletak di 'hujung dunia' tanah besar Asia. Bukankah Ww2 dulu bermula dari perkara kecil juga, Bukankah peristiwa pesawat ni juga involved many of the world's countries, kemudian melarat. Melarat.


Menjaga hati orang ramai supaya tidak panik adalah lebih teruk kerana membiarkan orang ramai terus lalai. sepatutnya kau suruh orang ramai bertaubat! Kau tak tahu draf tu, sebab tu la kau tak cakap perkara sebenar. Atau kau tahu tapi tak tahu apa nak buat untuk survive. Amerika akan serah kuasa secara rasmi kepada Israel dlm perang ni sebagai ketua dunia baru. British kemudian Amerika kemudian Israel. WW1 kemudian WW2 kemudian WW3. Bukan Rusia yg mahu Ww3, tapi Israel. Malaysia mesti bersama Rusia bukan Amerika. mungkin kau lupa, satu dunia, satu kerajaan, satu ketua! si mata satu si dalang tua! kau tak nampak kafir di dahi mereka? sebab kau la pengikut setianya.

British: Setahun
Amerika: Sebulan
Israel: Seminggu (7)

Kita akan masuk fasa 'seminggu'.

Berdoalah agar Tuhan letakkan cahaya dalam hati kita supaya mata hati kita nampak jalan yg lurus itu, supaya kita tak sesat jalan. Bukan jalan yg dimurkai. Bertaubatlah. Itulah isi yg tujuh tu.

Tujuh yang diulang-ulang adalah Al Faatihah.

Thursday, July 17, 2014

cd Best of Ogy & Ebby



cd ni beli saing dengan cd post lepas tu. packing sama cikai tahap kapitalis. ini kira album repress sebab dulu pernah keluar album ni dengan tajuk album 'Kisah Cinta' 1986. ni semua lagu OST dari film kult melayu 80an, Ali Setan, Ali Setan 2, Balik Kampung dan Suara Kekasih. aku tengok belakang cd track list tu ada tujuh nama sifu aku tak fikir banyak terus angkat. aku grenti semua lagu korang pasti suka, lagu-lagu zaman jiwang rempit motor scrambler, ni kira lagu-lagu klasik 80an la beb. lagu paling favorite aku ialah 'Cinta Tak Bermusim' ciptaan sifu tu. alah korang mesti suka 'Wajah Rahsia Cinta' kan hehe, tapi ni semua lagu best gile la. mesti ter-sing-a-long. serius beb.

Tuesday, July 15, 2014

cd Best of M. Nasir dengan Kembara



Senarai lagu dan tahun dan album asalnya dan sedikit feel nya:

01. Dedaun Masa (1981 Dia Ibu Ku, album duet bersama Yunizar Hussein, lagu kult classic sifu)
02. Tanti (1979 dari album solo pertama Untuk Pencinta Seni, jarang dengar lagu jazz ni, untung Cik Tanti)
03. Suatu Masa (1981 Dia Ibu Ku, album duet bersama Yunizar Hussein, lagu feel jiwang puitis radio friendly, feel 70an beb)
04. Gerhana (1983 Kembara 'Generasi Ku', lagu kult classic sifu)
05. Dua Insan (1980 dari album solo s/t Yunizar Hussein, lagu duet classic beb)
06. Lihatlah (1981 Dia Ibu Ku, duet bersama Yunizar Hussein, lagu berentak disco ciptaan sifu)
07. Perjalanan 2 (1982 dari album Al Jawaher 'Warna Alam', lagu berduet nasyid classic bro)
08. Di Perhentian Puduraya (1983 Kembara 'Generasi Ku')
09. Masing-Masing (1981 Masihkah Ingat... album duet M. Nasir & Yunizar Hussein, lagu best berentak disco lagi, aku suka haha)
10. Keroncong Untuk Ana (1984 dari album Kembara 'Seniman Jalanan', keroncong untuk aku, ana aku la, bertepuk sebelah tangan)
11. Hidup Cara Sendiri (1981 album pertama s/t Kembara, lagu ni feel ghazal beb)
12. Gadis & Kota (1981 album pertama s/t Kembara, lagu ni ala Pink Floyd beb, aku feel la)
13. Sesat Di K.L. (1986 dari album Lagu-Lagu Dari Filem Kembara Seniman Jalanan OST, bukan first time turun KL sesat jalan, tapi KL tempat orang-orang sesat, macam ajaran sesat, faham? sifu tetap tak sesat walau kat mana-mana pun hehe, sekarang aku nak tanya siapa dia 'tuan' dan 'nyoya' tu.. hehe)
14. Lagu Untuk Seorang Ibu (1981 album pertama s/t Kembara, lagu sedih terbaik)


Cd ni sekali pandang memang takde selera nak beli, aku beli sebab ada lagu 'sesat' tu. Packing cd ni cikai, ia kena pada harganya yang tak sampai sepuluh ringgit, senarai lagu-lagu yang di sumbat aku rasa cd ni ok lah beb. Best dengar lagu-lagu hasil kerja terawal sifu. Jangan confuse bila cd yang diberi nama 'Best of M. Nasir dengan Kembara' ini ada 2 lagu yang bukan sifu yang nyanyi, cuba teka lagu apa tu hehe. Ok, belilah cd murah ni, aku feel berbaloi la, aku suka sifu.

Friday, July 11, 2014

Tuesday, July 8, 2014

buku 'Quran Saintifik' edisi kemas kini



Sains dan Islam memang tidak dapat dipisahkan. Hal ini disebabkan umat Islam disuruh Allah untuk mengkaji rahsia alam semesta secara sistematik. Dalam surah Al-Ghasyiah ayat 17 hingga 20, Allah menyatakan yang bermaksud, “Apakah mereka tidak melihat kepada unta bagaimana ia diciptakan. Dan langit bagaimana ia ditinggikan. Dan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan. Dan bumi bagaimana ia dihamparkan.”

Malah lebih daripada itu, Allah memuliakan golongan yang suka mengkaji alam dan menggelar mereka sebagai ulul albab, golongan yang menggunakan akal dengan sempurna untuk mengkaji sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspektifnya yang betul. Rangsangan daripada ayat-ayat ini dan yang seumpamanya berjaya melahirkan ramai saintis daripada kalangan umat Islam. Malah sains moden tidak akan berkembang tanpa saintis-saintis beragama Islam ini.

Quran Saintifik Edisi Kemas Kini menghidangkan kepada pembaca tentang keagungan Tuhan dan kehebatan mukjizat Al-Quran melalui kacamata Islam dan sains. Buku ini juga membahaskan secara terperinci penemuan-penemuan saintifik yang terkini serta fenomena-fenomena sains yang membenarkan Al-Quran.


Sunday, July 6, 2014

Biduanita Negara, Sharifah Aini. Al-Fatihah


tengoklah bertapa pure-nya Kak Pah. God bless.

sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa.. so sad. rasanya rakan2 blogger yg selalu singgah pc kokak mesti dah tahu aku ni metalhead yg meminati Kak Pah. pada ramadhan ni Kak Pah telah meninggalkan kita, harap ini satu hasnul khatimah. kita semua membesar bersama lagu2 Kak Pah that's the truth. kita hidup dalam memory lepas. true legend live forever in our heart. semoga Allah merahmati rohnya. Al-Fatihah.

ini lagu favorite. sungguh sayu bila menghayatinya.. sentiasa bernafas dalam jiwaku!

Friday, July 4, 2014

FTG To The Front



cd packaging tahap bagang bertulis besar 'SIRI HARGA RUNTUH' cukup meruntuhkan moral aku. packing rubbish untuk album FTG favorite aku. artwork lebih kecik dari kaset '96 yang pernah ada dulu. ini namanya fucked up 2007 cd re-issue.

ini album ke tiga FTG. dulu thrash pukul abis.. kali ni dengan sound baru, thrash yg lebih groovy, produksi lebih padu, artwork grafik komputer baru nak naik time tu. setiap lagu very enjoyable bersama lirik positif berbahasa simple english aku suka sangat haha. penutup album dgn lagu metal 60an 'Dendang Remaja' yg mendendangkan jiwa remaja thrashhead masa itu, lepas tu 'metal 60an' pun naik sebab XPDC Brutal.. demit.

layan siot enam puluh hari dalam neraka!