Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts
Tuesday, January 17, 2017
Monday, June 27, 2016
Senjata Nuklear Rahsia Dan Bahana (Syed Yusainee Syed Yahya, DBP, 2015)
Jarang ada buku pasal senjata nuklear dalam bahasa Melayu. Buku ni agak ilmiah walaupun takde nota kaki. Gaya penulisannya sempoi, mudah faham. Buku ini bercerita tentang pelbagai aspek dari fizik, sejarah, politik, perang dunia, perisikan malah konspirasi (rahsia yg bukan lagi rahsia). Memang tepat tajuk buku ni 'Rahsia dan Bahana'. Ada gambar sikit-sikit. 178 muka surat sahaja tapi isinya bagus. kandungan;
Bagi aku ambil tahu pasal bom nuklear ni wajib bagi kita kerana ianya terlampau dasyat umpama muzik ektrim. Genre muzik ganas ini banyak bercerita tentang hal ini. Inilah orde baru perang dunia akan datang.. yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang.
Jepun, Jerman lebih dulu kaji teknologi nuklear untuk buat bom. zaman Nazi dulu ramai ahli fizik/saintis nuklear yahudi, sebab takut kena bunuh Nazi, ramai berhijrah ke Amerika. setelah di-sound oleh saintis yahudi terkemuka, kemudian baru lah Amerika serius buat bom nuklear. Masa itu Jerman, Jepun dan Amerika berlumba-lumba membina bom nuklear ni, siapa yg dapat buat bom ni dulu dia la yg akan perang dunia ke2 tu....
Peminat filem ala James Bond, risikan, pengintipan dgn elemen CIA, KGB, M16 spt dlm era perang dingin dahulu, maka buku ini mmg pilihan yg tepat. Buku ini akan membuat jantung kita berdegup kencang membaca mengenai kisah perisik KGB yg berjaya menyusup masuk ke dlm Projek Manhattan dan mencuri teknologi senjata rahsia ini betul2 di depan mata Amerika Syarikat. Ini bukan cerita wayang Hollywood tetapi kisah yg benar2 berlaku.
Aku rasa insaf bila baca bahagian 'kesan ledakan', bahana bom nuklear. Beratus ribu org boleh mati sekelip mata. malah melihat cahaya letupan bom ini dari jarak jauh pun boleh membutakan mata. Suhu di pusat letupan sangat tinggi sehingga boleh mencairkan dan menukarkan bahan logam dan batu menjadi wap. Gangguan elektromagnet boleh merosakkan peralatan elektrik apatah lagi elektronik yg sensitif. Tiada telefon, tiada bekalan elektrik dan pencemaran radioaktif. Mungkin mereka yg tinggal di dalam gua sahaja yg boleh survive. Kata Albert Einstein 'saya tak tahu senjata apa yang akan digunakan dalam perang dunia ketiga. tetapi saya pasti dalam perang dunia keempat, manusia akan berperang mengunakan kayu dan batu'.
Tahniah dan terima kasih banyak utk tuan penulis buku ini dan juga DBP.
Tuesday, May 10, 2016
hasil ke PBAKL2016 di MAEPS
2. Kita Dengan Islam Tumbuh Tiada Berbuah/Syed Hussein Alatas/Dewan Bahasa dan Pustaka/
3. Batu Uban Sejarah Awal Pulau Pinang/Ahmad Murad Merican/DBP
4. Turki Uthmaniah Persepsi Dan Pengaruh Dalam Masyarakat Melayu/Ermy Azziaty Rozali/DBP/2016
5. Kisah Hidup Seniman Agung P.Ramlee/Abdullah Hussain/Dewan Bahasa dan Pustaka/2016
6. Rahasia Sumpah Allah dalam Al-Qur'an/Hasan Mansur Nasution/Paramadina
7. Allah Berbicara Tentang Dirinya/Prof. DR. Umar Sulaiman Al-Asyqar
8. Ayat Dialog Nabi-Nabi Dalam Al-Quran/JAKIM/1989
9. Risalah Untuk Kaum Muslimin/Syed Muhammad Naquib al-Attas
10. Islam: Faham Agama Dan Asas Akhlak/Syed Muhammad Naquib al-Attas
11. Ma'na Kebahagiaan Dan Pengalamannya Dalam Islam/Syed Muhammad Naquib al-Attas
12. Tarikh Sebenar Batu Bersurat Terengganu/Syed Muhammad Naquib al-Attas
13. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu/Syed Muhammad Naquib al-Attas
14. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu/Ahmad Jelani Halimi15. Ringkasan Ihya' Ulumuddin/Imam al-Ghazali/Pustaka Al Ehsan
16. Sejarah Umat Islam/HAMKA/PTS/2016
17. Kenang-kenangan Hidup/HAMKA/Pustaka Dini/
18. Muslim Tionghoa Cheng Ho: Misteri perjalanan muhibah di Nusantara/Prof Kong Yuanzhi/19. Baiduri Segala Permaisuri: Koleksi Catatan Cik Srikandi/Cik Srikandi/Terfaktab/2016
![]() |
| buku2 Syed Muhammad Naquib al-Attas dibeli di sini..Pustaka Dhihin |
![]() |
| pengunjung terawal..terima kasih ambil gambar abang botak tu! |
![]() |
| dewan c |
![]() |
| Gerakbudaya |
Friday, April 22, 2016
jom ke PBAKL2016 di MAEPS
PBAKL 2016 yang masuk 35 tahun penganjurannya kali ini, buat pertama kali (sudah pindah), PBAKL akan diadakan di MAEPS Serdang. ini tempat ekspo pertanian MAHA. tempat ni memang sangat luas, parking banyak dan paling best 5 minit je dari rumah aku..hehehe. selama ini PBAKL yg di PWTC aku tak pernah pergi, jadi kali ni peluang terbaik. buku-buku target aku pastinya buku heavy dari genre sejarah/agama. sekarang ni aku tengah check floor plan, check senarai gerai KLIBF 2016, layan site dorang, tengok2 apa buku yg menarik. ingat tarikhnya 29 April hingga 9 Mei 2016. ok heh..jumpa di sana! peace!
Sunday, March 20, 2016
koleksi buku-buku 2016
Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor (1958) buku ni dah lama cari.. ramai orang sebut-sebut pasal buku ni...MAZA...kaboitanduk. aku baru baca separuh, memang memberansangkan!
Tasauf Moden (1939) yang ni pun dah lama cari.. ni karya fenomenal Hamka ni!
Dari Perbendaharaan Lama (1963) buku yang bertemakan sejarah. sejarah melalui persepsi Hamka! bukan sejarah dari persepsi penjajah! menarik buku ni. dengan tiga buku Hamka ni makin bertambah lah koleksi buku Hamka ku.
Bidalan Tentang Manusia Dalam Al-Qur'an belajar apa saja tentang Al-Qur'an!
Zulmat dan Kehitaman Talmud zionis diajar dari kitab suci
Misteri Alam Melayu Nusantara Emas: Khazanah Yang Hilang buku yang menarik bagi orang melayu
MALAYONESIA: Kerdipan Bintang Melayu Di Langit Melayu juga buku yang menarik bagi orang melayu. check wacana.
belom abis 2016 banyak ni dah aku beli... aku jenis kalau jumpa yang menarik hati terus beli je, takut nanti dah takde, buku ni kadang susah nak cari.. bukan semua kedai buku ada. lagi pun ada orang suka belanja aku..supporter terbesar aku...hehehe..
baru baca satu je... takde idea nak tulis ni.. ok heh.. peace be upon you all.
Wednesday, January 20, 2016
Mitos Peribumi Malas
The Myth of the Lazy Native (1977)
Citra tentang kemalasan golongan peribumi yang digembar-gemburkan oleh para penjajah tidak berasas, malah ternyata tanggapan tersebut dimanfaatkan untuk kepentingan ideologi mereka. Perbuatan mereka itu antara lain bertujuaan untuk memberi tempat dari sisi undang-undang amalan penindasan dan ketidakadilan dalam kalangan tenaga kerja peribumi dan mencari alasan penaklukan serta penguasaan Eropah terhadap tanah jajahannya. Malah mereka juga menyelewengkan kenyataan sosial untuk penyebaran ideologi mereka sesuai dengan kepentingan mereka sendiri.
Dalam hal ini, para penulis kolonial melemparkan tuduhan atau hujah ideologi mereka berdasarkan faktor iklim dan lingkungan tropika yang dianggap sebagai punca utama kemalasan golongan peribumi. Pada anggapan mereka, iklim tropika yang lembab dan panas, jangkitan penyakit serta kemewahan para pemimpin mereka telah menyebabkan rakyat sengsara - mereka jadi manusia beku tanpa cita-cita.
Syed Hussein Alatas menyangkal semua anggapan tersebut dan menunjukkan bukti bahawa golongan peribumi masyarakat Indonesia, Malaysia dan Filipina bekerja keras untuk hidup sebagai manusia. Mereka rajin dan mahir dalam bidang masing-masing, tetapi sebagai bangsa yang bermaruah, mereka tidak sedia menjadi alat pengeluaran kaum kapitalis yang mahu melayani mereka sebagai hamba abdi.
Penulis buku ini, Profesor Syed Hussein Alatas, ahli sosiologi berwibawa dan dikenali di peringkat antarabangsa, banyak melakukan penyelidikan tentang masalah sosial dan isu berkaitan dengannya. Semasa hayatnya Allahyarham dilantik sebagai Ketua, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (1967-1978) dan sebagai Naib Canselor Universiti Malaya (1988-1991). Antara karya penting Allahyarham termasuklah Rasuah, Sifat, Sebab dan Fungsi, Intelektual Masyarakat Membangun, Modernization and Social Change in Southeast Asia dan Thomas Stamford Raffels: Schemer or Reformer.
Monday, January 11, 2016
dari MTV ke Makkah
From MTV to Mecca: How Islam Inspired My Life - Kristiane Backer
seronok sangat baca buku ni..aku bet cerita dalam buku ni diceduk terus dari diari peribadi beliau..ini cerita pengalaman beliau sejak awal 90an. buku ni dipublis tahun 2009, dalam bahasa Jerman. beliau kembali kepada Islam pada 1995.
beliau menjadi vj MTV Eropah di zaman kemuncaknya 90an, zaman tu MTV memang best gila la..band2 metal legend dulu semua masuk MTV zaman tu kan.
memang seronok baca buku ni, ada juga cerita yg agak tragis bila dah peluk Islam..contohnya kegagalan dlm perkahwinan, dua kali!
aku fikir beliau sangat beruntung sebab ada kawan2 yg supportive, dan paling best beliau dapat belajar Islam dari muslim legend seperti Martin Lings, Gai Eaton, dll. harus di beritahu di sini beliau lebih tertarik kepada aliran tasawuf/sufi.
di bahagian belakang disediakan asas2 pasal Islam, memang baguslah sebab buku ni ramai yg bukan Islam baca..
di bahagian paling belakang ada gambar beliau. best!
tebal buku ni 422 muka surat!
Monday, December 28, 2015
Wednesday, December 16, 2015
Muhammad s.a.w : Kisah Riwayat Baginda Berdasarkan Sumber2 Terawal
tebalnya lebih 380 muka surat, tulisannya agak kecil dan padat.
intro mengenai penulis. isi kandungan, ada 85 bab yg dinomborkan dgn angka roman.
dimulakan dgn kisah Nabi Ibrahim, sejarah Kaabah, telaga Zamzam, Berhala Hubal, Bani Quraisy, kisah keluarga Nabi Muhammad s.a.w sebelum Nabi dilahirkan lagi dan seterusnya... buku ni memang fascinating dari awal.
peta tanah arab juga ada, supaya mudah kita nak bayangkan kedudukan tempat2 penting dalam biography ni.
'index nama' yg sangat membantu. bukan mudah untuk aku nak ingat semua, bila aku lupa pasal watak2, aku akan cari semula muka surat yg ada menceritakan watak tertentu tu.
semua rujukan sumber di letakkan di belakang.
reviews...
bukan mudah nak compile-kan semua riwayat menjadi satu buku. buku ini ditulis oleh Martin Lings pada tahun 1983. versi bahasa ni diterjemahkan oleh Farhati Ahmad.
buku ni penceritaannya bagus dan agak mudah difahami. buku ni tidaklah ditulis dgn sangat detail, tetapi sangat membantu aku untuk memahami the whole picture kisah kehidupan Nabi kita. melalui buku ni juga aku dapat tahu pelbagai kisah di sebalik wahyu itu diturunkan.
agak lama aku nak habiskan buku ni. bukan senang nak faham keseluruhan kisah kehidupan Rasulullah s.a.w ni. kerap kali aku rujuk kpd pelbagai sumber lain, terutama dari internet apabila aku rasa ada sesuatu yg tak faham dan pelik. contoh satu riwayat yg buat aku pelik ialah diriwayatkan 'Rasulullah begitu terpegun dgn kecantikan seseorang'.. aku kaji lagi baru aku faham betul. maklumlah ini hanya biography dari 'sumber terawal', dan janganlah salah anggap bahwa semua 'sumber terawal' ni soheh belaka.
tak silap aku, tidak dinyatakan pada zaman arab jahiliah berkahwin lebih dari sepuluh adalah amalan biasa. sudah pastilah buku setebal kurang 400 muka surat ni tidak boleh menceritakan keseluruhan riwakat hidup seorang Rasul. aku kena belajar banyak lagi...
ini pertama kali aku baca buku jenis biography. rasa bersyukur sangat dapat baca buku ni..alhamdulillah!
Subscribe to:
Posts (Atom)






















































