Tuesday, June 27, 2017

Manusia oh Manusia



Manusia oh manusia
Berbagai hikayat manusia
Antaranya bercinta
Menjadikan dunia gelora

Aku dan engkau
Dijadikan bukan untuk berperang
Jika kau cinta padaku
Ayuh kita sama setuju

Kita bebaskan segala dendam
Yang bersarang di jiwa
Kita padamkan api sengketa
Yang membakar perasaan

Manusia oh manusia
Berperang mengejar dunia
Manusia oh manusia
Walau musnah jua akhirnya

Ohh..

[gitar solo]

Namun begitu untuk berjaya
Kita perlu berkorban
Kita bebaskan segala dendam
Yang bersarang di jiwa

Kita padamkan api sengketa
Yang membakar perasaan

Manusia oh manusia
Berperang mengejar dunia
Manusia oh manusia
Walau musnah jua akhirnya

Manusia oh manusia
Berperang mengejar dunia
Manusia oh manusia
Walau musnah jua akhirnya

Oh.. Aahhh..

Lagu/Lirik: M. Nasir

2 comments:

  1. lama menghilang bro.selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin

    ReplyDelete
  2. dulu aku tinggal kat hostel ngan membe aku, aku tak bertegur ngan dia sebab masalah kecil ja, tiap hari dia pasang lagu ni. waktu tu kaset lagi dia sanggup rewind. aku tak tau pula dia nak tuju kat aku haha. lepas kami sudah tak tinggal bersama kerja pun lain2 sudah baru aku sedar lagu yang dia pasang tu dia tuju kat aku. maafkan aku kawan ego aku masa tu tinggi sangat.

    selamat hari raya bro

    ReplyDelete