Saturday, October 31, 2015

Pentagram Di Atas Pusara



terima kasih kpd sahabat blogger kita Adi Herman kerana cukup pantas pos lajukan buku ni walaupun aku belum bank in duit lg...hehe. sampai pd hari rabu 28102015.

buku ni ialah 'physical format' bagi cerita pendek yg telah dipublishkan di blog beliau. pertama kali pegang buku ni rasa sgt comel dan rasa sekolah lama. saiznya macam buku yasin. printingnya pun rasa macam kitab lama..i like hehehe. cover art nya juga cantik dan matching sangat.. buku black metal patuh syariah katanya..hehehe

aku ni tak biasa dgn scene buku fantasi ni. tapi aku tahu bukan senang nak tulis cerita macam ni. dari pemerhatian dan bacaan aku yakin penulis buku ni berpengetahuan luas dan punyai imaginasi yg sangat liar..hehehe. 

aku suka tajuk2 cerpen yg kalau ditranslatekan menjadi...'welcome to hell', 'anarchist cookbook', 'planet of the apes'... aku harap politikus2 bangsat akan jadi macam cerita 'planet mawas'..hahaha. aku juga suka penulis petik perkataan2..Honda C70, Varg Vikernes, Kesatuan Dacing, Pehin Sri Jibraun, The Swallows, jin beragama tauhid, freemason, illuminati, rothschild..dan macam2 lagi.. dalam maknanya tu...

ini ialah buku sulung anak jati melanau Bintulu yg merupakan sahabat blogger kita.. dan kalau bukan kita yg nak kena support siapa lagi?! keep on rocking bro! tahniah Adi Herman!


Wednesday, October 28, 2015

Sarjan Hassan Demo 2005



demo yg asalnya dirilis pd 2005 diriliskan semula pd 2015 oleh Basement Records. Sarjan Hassan memainkan muzik crossover/thrashcore, kebanyakkan lagu mereka hanya berdurasi seminit lebih jer. seronok demo ni ialah diantara lagu2nya diselitkan dgn dialog2 dr filem P. Ramlee 'Sarjan Hassan'. mosh!


Monday, October 26, 2015

Dara Puspita 'The Garage Years' cassette



Dara Puspita ialah girl band (rare!) paling sukses di Indonesia... ini ialah versi kaset dari Mata Mata Rekod Malaysia. album kompilasi yg asalnya dirilis pada 2010 oleh label Portugal Groovie Records dlm format vinyl. rilisan garage rock 60an ini diedar di toko2 dan distro2 underground tanahair. memang kena dgn selera aku muzik macam ni... support a go go! layan...


Sunday, October 25, 2015

Pendita Gila


ulang tahun ke dua puluh Pendita Gila !!!

Thursday, October 22, 2015

Sil Khannaz 'Thunder Roar' EP 2015



EP yang bertajuk “Thunder Roar”, merupakan satu salam pengenalan buat peminat muzik Metal Malaysia selepas sekian lama tidak menghasilkan keluaran terbaru, kali terakhir mereka tampil dengan album terbaru ialah pada tahun 2006 iaitu sembilan tahun lalu melalui album “Berdiri Antara Panji-Panji”.

Album terbaru mereka yang sepatutnya dikeluarkan hampir 2 tahun yang lalu bagaikan terkubur begitu sahaja, vokalis Jaei Jokhannaz menjelaskan “Album tu memang dah siap rakaman , takde apa-apa masalah untuk album tersebut, Cuma masalah lain yang memang tak dapat kami jelaskan disini . Akhirnya album tersebut tertangguh hari demi hari”

Penghasilan EP ini adalah pada saat yang betul , ia lebih menjelaskan bahwa Sil Khannaz masih aktif walaupun Nebiula Production merupakan syarikat rakaman dan pengurusan Sil Khannaz selama ini telah ditutup pada awal tahun 2015. Jaei memberitahu “EP ini memang dihasilkan untuk menunjukkan kami masih aktif walaupun dengan penutupan syarikat pengurusan dan rakaman Nebiula Production , saya dah tak mampu buat seorang diri dengan keadaan jualan CD dan kaset yang semakin teruk. Mamat Records yang mengelurkan EP kami sebenarnya adalah sebuah label baru, mempunyai dana dan pengurusan kewangan yang lebih baik, selain Sil Khannaz ada sebuah lagi kumpulan yang akan mengeluarkan album dibawah mereka selain menghasilkan piring hitam daripada kumpulan-kumpulan tempatan”

EP yang memuatkan 4 buah lagu-lagu baru ini telah diriliskan pada 29 September lalu.  Apa yang menarik mengenai EP ini ialah ianya tidak hanya dikeluarkan dalam format CD tetapi diriliskan dalam versi kaset namun ianya terhad kepada 100 unit sahaja. Artwork yang berbeza digunapakai sebagai penghias kulit hadapan.

*copy dari meportal.net

.....


aku dah beli..korang bila lg? support la weh.. kontek mamat records (mamat.rec.1), aku beli kat ex-nebiula hm shop campbell. kaset rm15, cd rm20 jer... power ep ni! feel macam naik motor harley davidson hehehe.. utk geng blogger ini satu lagu dari ep ini berjudul 1Dunia...layan...


Tuesday, October 13, 2015

cara aku bersihkan kpdnkk ori audio cd hologram sticker



1) memandangkan sekarang musim cd reissue, aku repost share ni cara aku kasi clean up itu gam 'void' sticker hologram yg ditampal pada cd tu...

2) aku tak galakkan korang try ni, sebab aku takkan bertanggungjawab kalau cover korang koyak atau rosak...hehehe..

3) aku guna sellotape biasa yg jenis kertas kuning tu.. dan cara pegang tape tu tegok video.. kena ada skill !



4) biasa lepas beli cd baru aku akan terus bukak ni sticker sebab masih segar, kalau cd yg dah lama2 susah dah nak bukak, lebih baik jangan!

5) tegok dulu jenis kertanya, kalau jenis nipis dan tak laminate/glossy tak digalakkan. kalau jenis kertas tebal dan glossy it will be easy!

Monday, October 5, 2015

''Wadi'' Karya M. Nasir



album kompilasi, rilis pada 2003. mempunyai satu lagu 'baru', sebuah lagu Inggeris bertajuk 'I Have A Name', lagu dan lirik : M. Nasir/Brad Parker (kerjasama M. Nasir & Brad Parker juga menghasilkan lagu 'Walid', 'Dalam' dan 'Senandung Melayuku').

Friday, October 2, 2015

Wadi


Lagu/Lirik : M. Nasir

Minum air ini
Dan bersihkanlah mukamu
Kita akan bermalam di wadi ini

Kita telah lari
Dari kota kemunafikan
Maka rehatlah kabilahku

Kita takkan sesat
Dalam kesesatan ini
Kita harus keluar
Untuk pulang ooh...

Ku tahu di antaramu
Masih ada kesangsian
Lihat itu bintang...petunjuk

Kita takkan sesat
Dalam kesesatan ini
Kita harus keluar
Untuk pulang

Hampir hampir
Semakin hampir padanya
Hampir hampir
Seakan dalam pelukan

Kita takkan sesat
Dalam kesesatan ini
Kita harus keluar
Untuk pulang






......

lirik di inlay kaset Canggung Mendonan (1993)

Thursday, October 1, 2015