Tuesday, July 8, 2014

buku 'Quran Saintifik' edisi kemas kini



Sains dan Islam memang tidak dapat dipisahkan. Hal ini disebabkan umat Islam disuruh Allah untuk mengkaji rahsia alam semesta secara sistematik. Dalam surah Al-Ghasyiah ayat 17 hingga 20, Allah menyatakan yang bermaksud, “Apakah mereka tidak melihat kepada unta bagaimana ia diciptakan. Dan langit bagaimana ia ditinggikan. Dan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan. Dan bumi bagaimana ia dihamparkan.”

Malah lebih daripada itu, Allah memuliakan golongan yang suka mengkaji alam dan menggelar mereka sebagai ulul albab, golongan yang menggunakan akal dengan sempurna untuk mengkaji sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspektifnya yang betul. Rangsangan daripada ayat-ayat ini dan yang seumpamanya berjaya melahirkan ramai saintis daripada kalangan umat Islam. Malah sains moden tidak akan berkembang tanpa saintis-saintis beragama Islam ini.

Quran Saintifik Edisi Kemas Kini menghidangkan kepada pembaca tentang keagungan Tuhan dan kehebatan mukjizat Al-Quran melalui kacamata Islam dan sains. Buku ini juga membahaskan secara terperinci penemuan-penemuan saintifik yang terkini serta fenomena-fenomena sains yang membenarkan Al-Quran.


6 comments:

  1. Dah berapa Kali aku cari buku ni tak penah ketemu..

    ReplyDelete
  2. this is nice, thanks for sharing

    ReplyDelete
  3. video kuliah tafsir dia kat youtube dah makin banyak..

    Kuliah Tafsir Al-Quran Dr Danial

    ReplyDelete
    Replies
    1. sini nampak macam lagi update kuliah tafsir dia - promediatajdid1

      Delete
    2. nice link, terima kasih bro. jom cari cahya terus!

      Delete