bila sesuatu album tu dah lama tak reissue, ia akan jadi sesuatu yang mengujakan bila kita tahu album legend tu akan keluar balik, lebih2 ia akan rilis dalam format cd untuk pertama kali pulak tu, expectation tinggi.. album tu memang best la kan. ye lah dulu keluar dlm format kaset je kan.. kaset yg kita beli dulu mungkin dah hilang atau kalau ada pun mungkin bunyi dah sebu..maklum je la benda analog, fizikal medium tu main peranan keatas kualiti bunyi.
aku rasa sangat kecewa bila aku beli semula kaset atau cd atau vinyl album lama2 yg aku minat tapi sound quality nya teruk. dah la packagingnya biasa saja. aku rasa macam kena rip off, bodoh! kenapa aku masih nak beli kalau aku boleh dengar di YouTube percuma dgn kualiti bunyi yg lebih baik? baik aku download dan burn sendiri ke cd.
ada kaset reissue tu aku beli soundnya tak ubah seperti 32kbps punya mp3! unbelievable dan melampau! oleh sebab aku masih simpan 'original pressing' punya kaset tu aku dapat dengar perbezaan macam langit dan bumi! kecewa memang kecewa la, rasa macam nak kunyah je kaset tu. nasib harga kaset tu RM6 je, btw harga kaset 'original pressing' hanya RM3 je.
dulu aku ada dengar cerita pasal 'release for first time in cd format' ni album klasik death metal legend kita la kan, soundnya di ambil dari kaset , mastering teruk , bunyi memang hampeh la katanya.. dulu VSP punya rilis kaset tu.
la ni baru je rilis ada lagi album klasik death metal kita yg rilis ke cd tapi source kaset ni.
sebenarnya serius aku tak kesah kalau di-transfer dan di-remaster dgn baik. sebab aku biasa buat sendiri transfering dari kaset (atau vinyl) memang sebenarnya boleh dapat quality sound tahap cd ni. tapi malangnya soundnya teruk, channel left right pun tak seimbang, kasetnya tak cuci dulu, bunyi kaset yg di eq berlebihan, bunyi tak original..aku tahu la aku masih simpan dan masih main lagi kaset ori. dan ini terjadi pada label metal tersohor tempatan yg aku sangat sayang dan hormati! wtf bro!
aku tak tahu la kenapa jadi macam ni, sebab terdesak ke apa. tapi ni boleh bikin malu bro.. dah jadi hitam putih.
malu. sedih. sejarah.
betul tu, sepatutnya album2 lama ni klu di rilis semula ke format lain. harusnya lebih mengujakan, ni dah serupa cetak rompak.. tiada apa yang nak dibanggakan... aku lepas ni klu beli pun sebab nak simpan buat koleksi saja..
ReplyDeletesapa ya label tersohor kat malaysia ni hehehe...
Nora danish takde kena mengena ye? Hmmm susah la nak masuk melodi kes gini...hehe
ReplyDelete