Wednesday, December 26, 2012

Hamba Abdi

*   apabila terbaca post berteromber pasal XPDC-Timur Barat, teringgat aku lagu Hamba Abdi dalam album tu. lagu tu memang KISAH BENAR AKHIR ZAMAN. baca saja artikel (discan dan dipost tanpa kebenaran Majalah Infiniti, Jan 2013) di atas sambil dengar lirik lagu Hamba Abdi (sepatutnya liriknya lebih kasar lagi bagi mengambarkam PERHAMBAAN akhir zaman ini!).
*   berapa gaji korang kerja sejam? RM8? RM8 ialah gaji Akku dan Leela untuk kerja setahun! berapa simpanan korang sebulan? RM254 sebulan? RM254 ialah simpanan Akku dan Leela selama kerja 40 tahun!
*   memang terbaik artikel ini, sebab di atas tajuknya diletakkan simbolik gambar syiling emas. ya itulah yang diajar kepada kita, syiling emas atau perak. bukan wang kertas, yang tiada apa-apa nilai di dalamnya, boleh dimanupulasi nilainya. wang kertas adalah perhambaan!
*   kalaulah gaji Akku dan Leela dibayar dengan secupak beras sekali pun itu lebih berharga dari wang kertas mereka. sebab kalau dibayar dengan secupak beras, itulah Islam (bayar zakat pun guna beras). sebab Islam ajar wang itu sesuatu yang ada nilai di dalamnya dan boleh bertahan lama (yang sudah pasti Soros tak boleh manupulasi nilainya). kalau tiada emas atau perak, kita boleh guna beras, gula, kurma atau seumpamanya sebagai wang.
*   tamadun awal manusia seperti tamadun Rom, Mesir, China semua guna gold & silver coins. cowboy dulu-dulu guna gold & silver coins, pirate of caribbean pun guna gold & silver coins. pedagang arab, cina etc dulu-dulu pun guna gold & silver coins. hercules pun guna gold & silver coins. firaun pun guna gold & silver coins. tamadun moden ni je orang guna kertas sebagai wang! tamadun moden ini sebenarnya tamadun "master of deception". siapa dia mastermind "master of deception"? wang kertas adalah masterpiece dari mastermind "master of deception".
*   aku terfikir kenapa dalam hukum Islam, ada hukuman memerdekakan hamba.. tidak mungkin hukum kita sudah tidak relevan, sebab sudah tiada hamba lagi dalam dunia moden ini (kata mereka).. hukum Islam tetap akan relevan sampai bila-bila, betul?
*   tapi bagi aku memang perhambaan masih ada sampai sekarang ni.. dalam dunia sekarang (akhir zaman kata aku) bagi aku lagi teruk perhambaannya. ya mungkin perhambaan ada banyak jenisnya, perhambaan mentaliti atau spiritual mungkin?, atau sebagainya.. hamba sudah tiada pada zaman moden ini? wake up! you're dreaming! perhambaan di mana saja, di seluruh dunia, termasuk Malaysia.
*   tak sedar lagi ke negara EURO dan US dah nak bankrupt? semua sebab hutang riba wang kertas. kalau US dah bankrupt, apa jadi dengan matawang rasmi dunia sekarang (US dolar)? pasti semua matawang dunia akan terkesan sama (mungkin lebih teruk?!).
*   semua rabbi atau yahudi tahu wang kertas ini menipu. nanti kalau mereka (israel) dah mula dulu guna emas dan perak sebagai wang mana kita nak letak muka?
*   korang faham tak apa yang aku melalut ni?
*   Wallahualam..

9 comments:

  1. aku faham apa yg lu melalut tu bro...berisi tapi pedas hahah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la panjang plak aku tulis, tak sedar terEMO plak kahkah.. aku rasa boleh tulis lagi panjang, tapi takut melalut hahah..

      Delete
  2. dem! kebetulan pulak tengah dengar lagu hamba abdi ni...

    ReplyDelete
  3. sebelum adanya emas... garam digunakan sebagai gaji... sekarang emas kena simpan banyak banyak...mana tahu..kalau duit kertas tak berguna lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab kena simpan emas banyak2 ni bahaya kalau isteri dengar ni...heheh...

      Delete
  4. alamak, jangan la panggil tuan/cikgu hehe.. biar la kita sama2 jadi hamba pada yg MAHA ESA saja..

    ReplyDelete