Monday, December 29, 2014

Si Luncai dengan Labu-labunya


Kita, kita bukanlah mereka
Mereka, mereka bukanlah kita
Haruskah kita jadi mereka
Mereka jadi kita
Revolusi atau hanya nafsi-nafsi

Kita kata kita melamun
Kita kata kita jakun
Kuno pasif dan irihati
Malas pula boleh dibeli
Suka berpolitik

Kau dan aku, kita
Berdiri di persimpangan
Kau dan aku, kita
Dalam kemelut dan kekalutan

Biarkan luncai terjun
Dengan labu-labunya
Biarkan biarkan

Mabuk, amuk dan merajuk
Itulah cogankata kita
Dan diwarisi dari Pak Tua
Dari Pak Tua

lirik & muzik oleh M. Nasir

Friday, December 26, 2014

Assück 'Misery Index' 1997 Vinyl



album kedua dan terakhir, Assück tampil dgn lebih kemas. kali ni ada gitar bass. lebih grindcore dari death tapi tak banyak beza dgn 'Anticapital', tetap padu. lp ni pusing 45rpm, berdurasi 15:12 dgn 15 lagu. drumming A+++. sangat mantap!

Wednesday, December 24, 2014

Assück 'Anticapital' 1991 Vinyl



Assück ialah band grindcore legend dari Florida US, mereka aktif sekitar 1987 hingga 1998. Band ni ternyata berpengaruh, majalah metal uk Terrorizer mengiktiraf album debut 'Anticapital' pada nombor 4 dalam senarai 'top 20 US grindcore albums'. Assück ialah budak2 hardcore yg main muzik grindcore dengan pengaruh dan sound florida death metal. album ini dirakam di studio Morrisound yg terkenal dengan album2 lagend death metal. Scott Burns bertanggungjawab sebagai engineer dan produser bersama Assück untuk album yg hanya berdurasi 15:18 dengan 17 lagu ini. album ni bukan jenis grindcore yg jenis semua nak laju je, ini dinamik, ada banyak 'break'. album ni takde bass hanya vokal, gitar dan drum. permainan drum yg sempurna, memang masuk dan padu. grindcore markah penuh.

"THE ONLY WAY TO JUDGE A BOOK IS PAGE BY PAGE"

Tuesday, December 23, 2014

As Sahar 'Phenomistik' Vinyl 2014


percuma cd. cover depan bersepuh perak.
cover belakang, katanya limited 100.
insert art
insert lirik
side pheno
side mistik
MMP VINYL Germany.

Sunday, December 21, 2014

Crusade of the Underworld Hordes


Hades
As Sahar
lyrics;

Gathered are they, the wolves from the north
And the tribes of the underworld hordes
Heathen men
From pagan wastelands
Joined with them have they

The stench of blood. Holy blood!
Have penetrated their woods and fields too long
Ravens flew as messengers from hill to hill

They brought harsh blasphemous chant
As ancient as time it self
Whispered by the wind which
Cries for the waning moon

The beholders of the cross, shall
Be mesmerized by fear
Their fate denies the fact of such creations

Man, beast-the hordes of the underworld
Bound by chains foged by pagan blood
To night they shall feast
Tonight the ravens and wolves shall feast
Upon blood, of those of the
Light who beholds the cross
Beneath the remains of a civilisation

Centuries of sorrow!!!
Centuries of pain!!!

Friday, December 19, 2014

Ananda Krishna Röösli & Brother Ray Assing - Unconditional Love



Ananda Krishna Röösli play the hang drum. I think Thom Yorke should study to him how to play that thing (:

Friday, December 5, 2014

M. Nasir 'Prahara Seni Abadi' 2001 cd



"Tokoh seni dan spiritual, M. Nasir ialah seniman dan juga pendakwah bagi aku, karyanya bagaikan hidayah untuk aku belajar, buka kamus, buka sejarah, buka Kitab Suci, kaji 'akar kita'. Dia adalah anugerah dari Allah untuk umat Melayu Nusantara"
pc kokak (blogger picisan)

Wednesday, December 3, 2014

cd Seach


cd2 Search. Mentari Merah di Ufuk Timur tu autograf Amy Search, aku bertuah dapat jumpa pada 2009 semasa dia menjadi tetamu bagi rancangan Selamat Pagi Malaysia TV1 RTM hehehe...

Tuesday, December 2, 2014

Sunday, November 30, 2014

Pak Ngah balik



lirik

"mana pak ngah tak balik balik ni
hari dah jauh malam ni hah
tengok tu bulan dah mengambang dah,
biasanya kalau bulan dah mengambang ni
Pak Ngah dah balik dah
hah itu pun dia Pak Ngah dah balik"

Bulan mengambang
Pak Ngah lah yang balik
ahai lah sayang...
Bulanlah yang mengambang
bulan mengambang
di tengah malam...            2x

ahai nampak bercahaya
nampak bercahaya
dengan serinya...              2x
     
janganlah adik
Pak Ngah la yang balik
ahai la sayang...
janganlah yang adik
janganlah adik
berhati bimbang...            2x

ahai abang pergi
abang pergi
tidaklah lama...                2x

ciptaan:
Pak Lomak (Pendeta Ghazal Melayu Johor) [1889-1960]

Wednesday, November 26, 2014

label tempatan rilis cd dari source kaset


bila sesuatu album tu dah lama tak reissue, ia akan jadi sesuatu yang mengujakan bila kita tahu album legend tu akan keluar balik, lebih2 ia akan rilis dalam format cd untuk pertama kali pulak tu, expectation tinggi.. album tu memang best la kan. ye lah dulu keluar dlm format kaset je kan.. kaset yg kita beli dulu mungkin dah hilang atau kalau ada pun mungkin bunyi dah sebu..maklum je la benda analog, fizikal medium tu main peranan keatas kualiti bunyi.

aku rasa sangat kecewa bila aku beli semula kaset atau cd atau vinyl  album lama2 yg aku minat tapi sound quality nya teruk. dah la packagingnya biasa saja. aku rasa macam kena rip off, bodoh! kenapa aku masih nak beli kalau aku boleh dengar di YouTube percuma dgn kualiti bunyi yg lebih baik? baik aku download dan burn sendiri ke cd.

ada kaset reissue tu aku beli soundnya tak ubah seperti 32kbps punya mp3! unbelievable dan melampau! oleh sebab aku masih simpan 'original pressing' punya kaset tu aku dapat dengar perbezaan macam langit dan bumi! kecewa memang kecewa la, rasa macam nak kunyah je kaset tu. nasib harga kaset tu RM6 je, btw harga kaset 'original pressing' hanya RM3 je.

dulu aku ada dengar cerita pasal 'release for first time in cd format' ni album klasik death metal legend kita la kan, soundnya di ambil dari kaset , mastering teruk , bunyi memang hampeh la katanya.. dulu VSP punya rilis kaset tu.

la ni baru je rilis ada lagi album klasik death metal kita yg rilis ke cd tapi source kaset ni. sebenarnya serius aku tak kesah kalau di-transfer dan di-remaster dgn baik. sebab aku biasa buat sendiri transfering dari kaset (atau vinyl) memang sebenarnya boleh dapat quality sound tahap cd ni. tapi malangnya soundnya teruk, channel left right pun tak seimbang, kasetnya tak cuci dulu, bunyi kaset yg di eq berlebihan, bunyi tak original..aku tahu la aku masih simpan dan masih main lagi kaset ori. dan ini terjadi pada label metal tersohor tempatan yg aku sangat sayang dan hormati! wtf bro!

aku tak tahu la kenapa jadi macam ni, sebab terdesak ke apa. tapi ni boleh bikin malu bro.. dah jadi hitam putih.

malu. sedih. sejarah.

Tuesday, November 18, 2014

Febians 'Memori Hitz' 2010 cd



kalau kepala dah tepu dengan muzik kasar macam thrash, death atau grindcore.. cara nak normalize-kan kepala otak aku dengan layan cd ni.. berbaloi cd ni, semua lagu sedap. extreme mana pun korang tapi tetap melayu dan ini ialah rock jiwa melayu.. haha singalong feel beb.. power lu Nasabandi.. wa caya sama lu bro!