21 Mei 2015
Beliau berkata jika kegiatan penyeludupan rokok tidak dibanteras, negara akan kehilangan hasil cukai yang banyak.
Katanya melalui Ops Outlet dari 2010 hingga 2014 di seluruh negara, sebanyak 8,668 kes tangkapan dan rampasan rokok putih dan keretek dilakukan membabitkan cukai bernilai RM81.96 juta.
"Hasil daripada pemeriksaan itu, sebanyak 6,095 peniaga telah ditahan, 2,110 peniaga telah didakwa di mahkamah manakala sebanyak 5,774 masih dalam proses tindakan pendakwaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Operasi Pacak Rokok dan Arak Seludup 2015 peringkat negeri di sini hari ini. Ops Pacak merupakan kesinambungan Ops Outlet.
"Ops Pacak ini untuk meningkatkan lagi penguatkuasaan terhadap aktiviti penyeludupan, pengedaran dan penjualan rokok seludup.
"Malah Ops Pacak versi baharu ini turut memberi tumpuan kepada barangan kritikal lain yang sering diseludup khususnya minuman keras," katanya.
Hassan berkata beberapa strategi baharu digunakan dalam operasi itu antaranya melakukan operasi secara bersepadu dengan agensi penguatkuasaan yang lain selain risikan yang dijalankan oleh pihak kastam. - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/semasa/rokok-penyumbang-cukai-kedua-terbesar-1.392856
Rokok, alcohol, casino, tikam nombor, kuda..
ReplyDeleteNi semua money making machine.
Well...
say no to rokok! alhamdulillah sudah brenti lebih kurang 2 tahun.. hisap oksigen bersih pulak skg..
ReplyDeleteoksigen bersih tu memang terbaik. kat bandar ni oksigen tak elok.
Deletenon smoker unlike this
ReplyDeletealhamdulillah aku dah berenti merokok. dah dekat setahun ni, tambahan pula dekat dah puasa ni. tak merokok tak mati beb, aku dulu perokok tegar. bila dapat berenti rasa lain macam hdp ni. makin ceria rasanya.
ReplyDelete