Tuesday, June 30, 2015

As Sahar 'Santau' EP



kaset ini ialah 'santau' dari As Sahar, fenomena bagi undergrounders seantero alam melayu. muzik depressive yang primitif dan senikata bertema amalan ilmu hitam di nusantara yang mereka bawa menghantui dekad 90an dan seterusnya merebaklah sihir 'Eastern-Oriental-Archipelagaic Black Metal' ciptaan mereka.

kaset ep ini mulanya dirilis pada 1995 di Temasek oleh label Blackwinds Productions. kemudian pada tahun yang sama dirilis di Tanah Melayu oleh Nebiula Productions dengan tajuk yang lebih sopan iaitu 'Meditasi Embun Pagi' (dengan tambahan satu lagu iaitu 'Stroll In Kafan'). ep ini juga diedar di benua Eropah oleh label dari Portugal, Art Productions, pada tahun 1996.


5 comments: