Monday, June 15, 2015

Febians '1001 Malam' 1989 CD RE 2015 NSR


ni 1989 debut album Febians yang berasal dari JB Johor, menampilkan 6 lagu rock karat (lagu Ranjau Hidup paling aku suka) dan 4 lagu rock jiwang yang cukup popular (Rumie dan Julie, Demi Cinta Ini, Keinginan, Kehancuran Sebuah Cinta). bagi yg tak minat rock melayu mungkin cakap album ni tak best, tapi bagi mat rock album ni cukup penting tahap klasik. hampir semua lagu dan lirik hasil band ni sendiri. siapa tak kenal D'Febians adalah antara band rock terawal kat Malaysia zaman 'Juara Juara Rock' awal 80an dulu. D'Febians ialah pemenang 'pertandingan rock kebangsaan' yang pertama (bersama The Lefthanded) iaitu Juara Rock 1983.

cd ni baru rilis awal tahun ni (2015). tak pasti album klasik ni pernah rilis dalam format cd atau tidak. aku beli kat kedai cd biasa di Plaza Kota Tinggi dgn harga RM19.90. aku perhatikan cd ni kedai jual harga berbeza, ada yg sampai RM39.90. ehhemmm.. cepat cari album ni, lepas ni kang rare pulak cd ni. rock sampai tua!!!

12 comments:

  1. kebetulan....aku baru jer beli cd ni kai terminal bas larkin semalam...rega RM19.90...

    ReplyDelete
  2. kat tempat aku tak ada jual ni, kalau beli online rm30 hurm

    ReplyDelete
  3. Kan bagus semua band rock lama rilis balik dlm cd ke lp.aku nak album2 Belantara tu susah betul nsk dapat

    ReplyDelete
  4. Ni album yang ada lagu Rumi dan Julie ye...
    Dahsyat lama.....

    ReplyDelete
  5. bandi amuk pnye band lama kan, aku tau lagu rumi dan julie je

    ReplyDelete
  6. ok serius, ini patut dicari...

    1001 malam = ancient mariner + powerslave + 2 minutes to midnight

    ReplyDelete
  7. febian - helter skelter - rockers - rusty blade - CD kalau ada kena carik

    ReplyDelete
  8. CD ni first time re-issue ke CD. sblm ni xde..... dah beli 'batu batu perjuangan', meditasi' dan feminin hehehehhe

    ReplyDelete