Monday, December 28, 2015
Wednesday, December 16, 2015
Muhammad s.a.w : Kisah Riwayat Baginda Berdasarkan Sumber2 Terawal
tebalnya lebih 380 muka surat, tulisannya agak kecil dan padat.
intro mengenai penulis. isi kandungan, ada 85 bab yg dinomborkan dgn angka roman.
dimulakan dgn kisah Nabi Ibrahim, sejarah Kaabah, telaga Zamzam, Berhala Hubal, Bani Quraisy, kisah keluarga Nabi Muhammad s.a.w sebelum Nabi dilahirkan lagi dan seterusnya... buku ni memang fascinating dari awal.
peta tanah arab juga ada, supaya mudah kita nak bayangkan kedudukan tempat2 penting dalam biography ni.
'index nama' yg sangat membantu. bukan mudah untuk aku nak ingat semua, bila aku lupa pasal watak2, aku akan cari semula muka surat yg ada menceritakan watak tertentu tu.
semua rujukan sumber di letakkan di belakang.
reviews...
bukan mudah nak compile-kan semua riwayat menjadi satu buku. buku ini ditulis oleh Martin Lings pada tahun 1983. versi bahasa ni diterjemahkan oleh Farhati Ahmad.
buku ni penceritaannya bagus dan agak mudah difahami. buku ni tidaklah ditulis dgn sangat detail, tetapi sangat membantu aku untuk memahami the whole picture kisah kehidupan Nabi kita. melalui buku ni juga aku dapat tahu pelbagai kisah di sebalik wahyu itu diturunkan.
agak lama aku nak habiskan buku ni. bukan senang nak faham keseluruhan kisah kehidupan Rasulullah s.a.w ni. kerap kali aku rujuk kpd pelbagai sumber lain, terutama dari internet apabila aku rasa ada sesuatu yg tak faham dan pelik. contoh satu riwayat yg buat aku pelik ialah diriwayatkan 'Rasulullah begitu terpegun dgn kecantikan seseorang'.. aku kaji lagi baru aku faham betul. maklumlah ini hanya biography dari 'sumber terawal', dan janganlah salah anggap bahwa semua 'sumber terawal' ni soheh belaka.
tak silap aku, tidak dinyatakan pada zaman arab jahiliah berkahwin lebih dari sepuluh adalah amalan biasa. sudah pastilah buku setebal kurang 400 muka surat ni tidak boleh menceritakan keseluruhan riwakat hidup seorang Rasul. aku kena belajar banyak lagi...
ini pertama kali aku baca buku jenis biography. rasa bersyukur sangat dapat baca buku ni..alhamdulillah!
Sunday, December 13, 2015
Francis Ford Coppola - Al Fatihah
Pengarah 'The Godfather' pertahan Islam sebagai agama keamanan
Francis Ford Coppola memetik ayat al-Quran dan menegaskan Islam sebagai agama keamanan ketika diminta mengulas tentang perkembangan semasa di Festival Filem Antarabangsa Marrakesh minggu lalu.
Coppola yang merupakan ketua juri bagi festival filem tersebut menjawab soalan wartawan tentang situasi semasa yang sering mengaitkan Islam dengan keganasan.
Selepas mengulas tentang sejarah keganasan berkaitan Islam yang perlu dikaji seawal Perang Dunia Pertama, Coppola mengkritik kumpulan pengganas yang memberi tafsiran songsang terhadap kitab suci mereka sendiri.
“Tetapi jika kamu tahu tentang Quran, ayat pertama di dalam Quran ialah: dengan nama Tuhan, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
Coppola terus menyatakan terjemahan surah Al-Fatihah sehingga ayat keempat, lancar dan tegas tanpa merujuk sebarang catatan kemudan menyambung komentarnya, “Maha pemurah dan maha mengasihani. Tuhan malah mengulang ayat ini dua kali dalam satu muka surat yang sama.”
Bicara Coppola tidak terhenti di situ. Dia menyambung dengan menyebut baki terjemahan surah tersebut hingga ke ayat terakhir dan kemudian berkata:
“Sesiapa yang tahu tentang agama ini (akan tahu bahawa agama ini) mencapai kegemilangan pada kurun ke-13, tamadun yang memberikan kita sains dan matematik. Semua orang tahu akar umbi agama ini, dua perkataan paling penting, bahawa Tuhan itu pemurah lagi mengasihani. Kita percaya pada Tuhan itu agar membebaskan kita dari segala salah faham yang menyakiti ramai orang ini. Tuhan tidak mahu sesiapa disakiti.”
Francis Ford Coppola yang dilahirkan di Detroit pada tahun 1939 merupakan pengarah tersohor Hollywood yang telah mengarahkan beberapa filem terbaik sepanjang zaman seperti trilogi The Godfather dan Apocalypse Now.
Beliau juga merupakan antara enam orang dalam sejarah anugerah Academy yang pernah memenangi Oscar bagi kategori penerbitan, arahan, dan lakon layar.
Subscribe to:
Posts (Atom)