Monday, February 4, 2013

melihat siksa kubur dalam kotak hitam


SIKSAKUBUR LIVE AT BLACKBOX PUBLIKA, SOLARIS DUTAMAS, KUALA LUMPUR, MALAYSIA (3 FEB 2013)


(iklan)
...pukul 10 pagi Wak Shahrom telipon, suruh cover audioman shift B masuk 1130...
aku cakap dalam hati "WTF, pagi ni baru talipon, kenapa semalam tak bagitau..."
aku cakap kat Wak "Huh? Tak boleh lah Wak, saya ada hal lah. Sorry lah, Wak suruh je la orang lain.."



 ...naik moto, cuaca tak berapa cantik, hujan renyai sepanjang jalan... sampai di Solaris jam 430.. entah dah berapa band dah main aku pun tak tau, takpe, yang penting dapat tengok Ephemeral perform tercapai... band yang tahap RARE. susah nak tengok band ni main dan puas hati tengok band lama ni beb. 2 lagu last paling best iaitu Symphony Of Damnation dan Metal Creation Of Evil Ones.
...orgenizer cakap 630-730 waktu rehat, cantek. solat asar di surau Solaris...solat maghrib pulak berjemaah di Masjid Wilayah. naik moto, sampai kat masjid, apsal la masjid ni macam terbengkalai, gelap je.. rupanya tengah renovet... tips: kalau nak sembahyang, terbalikan baju tengkorak anda.
 ...815 masuk semula, Sil Khannaz tengah main. dalam sejarah aku pergi gig dari kat Johor lagi sampai merantau kat sini,Sil Khannaz lah yang paling banyak kali aku tengok, dan aku tak pernah bosan! Jaei kata mereka tengah rekod album melayu baru, dan nak perform last song dari album baru tu, tapi ramai yang menjerit-jerit "santapan! santapan!" so dorang bawak last song Santapan Terakhir Raja Bersiong. cis! tak dapat aku dengar lagu baru...
...last band, SiksaKubur! tak tau nak cakap apa... memang gila band ni, crowd pun jadi gila babi. aku dah cukup tersiksa, lapar dan sakit kepala. layan dua lagu je, tak sampai penutup, 930 balik.

* credit to/terima kasih kepada uploader video youtube diatas.
* band2 lain sori, aku tak tahu nak review apa..
* gambar diambil guna Nokia N82, dan diedit guna Paint.Net

10 comments:

  1. pergh...steady...sorry tak dapat hadir...ada hal yang tak dapat dielakkan...

    ReplyDelete
  2. ape sori plak bro, takde hal. tunggu Destruction plak. hehe

    ReplyDelete
  3. Siksakubur - Tentera Merah Darah!!! Perghh best nya korang dpt tgk diorang live....x sabar pulak nang dgr lagu baru Sil Khannaz, album sebelum ni yg Panji2 tu pun layan jugak cuma crowd mcm terlalu sinonim dgn lagu2 lama....syg betul, lagu2 baru pun mantop jugak wooo....

    ReplyDelete
  4. tips: kalau nak sembahyang, terbalikan baju tengkorak anda.

    tips yg berguna

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. ha? ye ke? dari segi apa bro, cara amek gambar ke kualiti gambar? hehe

      Delete