Sunday, May 31, 2015

Ramlah Ram 'Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu)' 1988 kaset




Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu) ialah album studio kedua dari penyanyi pop Malaysia, Ramlah Ram yang keluar pada tahun 1988. Dari album ini keluarnya single "Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu)" "Diam Diam Jatuh Cinta" dan "Apa Khabarmu Di Sana". Album ini adalah album pertama yang mencapai jualan 300,000 unit di Malaysia.


Lagu Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu) turut menjuarai carta radio seluruh negara selain memenangi tempat pertama dalam pertandingan Juara Lagu pada 1988 disamping memenangi persembahan terbaik.


Ramlah Ram ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia yang berasal dari Muar, Johor. Dilahirkan pada 19 Februari 1965. Beliau adalah bintang kelahiran RTM, menerusi pertandingan Bintang RTM pada tahun 1985. Beliau membuat persembahan memukau menerusi lagu 'Rindu' yang dipopularkan oleh Hetty Koes Endang pada malam akhir satu-satunya pertandingan berprestij ketika itu.

6 comments:

  1. sekarang ni bila tengok balik packaging kaset zaman dulu menyesal lak semua kaset dah buang haha.

    Anyway, RR ni, aku cuma satu je aku tak paham - kenapa lagu ejaan dia yang tiru XPDC tu boleh top?
    S.A.Y.A.N.G.S.A.Y.A.N.G.
    Entahapahapa

    ReplyDelete
  2. perghh.. album meletop ni, terbaik!

    ReplyDelete
  3. Fuh barang rare ni..teringat masa final muzik2 dia nyanyi lagu ni ngan baju bentuk love beso..hahah

    ReplyDelete
  4. baru je dgr lagu rindu itu menyeksakan (radio klasik) kejap tadi...

    teringat memori kecik2 musim cuti sekolah, musim menuai padi

    ReplyDelete
  5. Dia ni orang kampung aku kat Muar...satu sekolah ngan Mak Usu aku...heheh..

    ReplyDelete