Wednesday, December 16, 2015

Muhammad s.a.w : Kisah Riwayat Baginda Berdasarkan Sumber2 Terawal


tebalnya lebih 380 muka surat, tulisannya agak kecil dan padat.
intro mengenai penulis. isi kandungan, ada 85 bab yg dinomborkan dgn angka roman.
dimulakan dgn kisah Nabi Ibrahim, sejarah Kaabah, telaga Zamzam, Berhala Hubal, Bani Quraisy, kisah keluarga Nabi Muhammad s.a.w sebelum Nabi dilahirkan lagi dan seterusnya... buku ni memang fascinating dari awal.
peta tanah arab juga ada, supaya mudah kita nak bayangkan kedudukan tempat2 penting dalam biography ni.
'index nama' yg sangat membantu. bukan mudah untuk aku nak ingat semua, bila aku lupa pasal watak2, aku akan cari semula muka surat yg ada menceritakan watak tertentu tu.
semua rujukan sumber di letakkan di belakang.
reviews...

bukan mudah nak compile-kan semua riwayat menjadi satu buku. buku ini ditulis oleh Martin Lings pada tahun 1983. versi bahasa ni diterjemahkan oleh Farhati Ahmad.

buku ni penceritaannya bagus dan agak mudah difahami. buku ni tidaklah ditulis dgn sangat detail, tetapi sangat membantu aku untuk memahami the whole picture kisah kehidupan Nabi kita. melalui buku ni juga aku dapat tahu pelbagai kisah di sebalik wahyu itu diturunkan.

agak lama aku nak habiskan buku ni. bukan senang nak faham keseluruhan kisah kehidupan Rasulullah s.a.w ni. kerap kali aku rujuk kpd pelbagai sumber lain, terutama dari internet apabila aku rasa ada sesuatu yg tak faham dan pelik. contoh satu riwayat yg buat aku pelik ialah diriwayatkan 'Rasulullah begitu terpegun dgn kecantikan seseorang'.. aku kaji lagi baru aku faham betul. maklumlah ini hanya biography dari 'sumber terawal', dan janganlah salah anggap bahwa semua 'sumber terawal' ni soheh belaka.

tak silap aku, tidak dinyatakan pada zaman arab jahiliah berkahwin lebih dari sepuluh adalah amalan biasa. sudah pastilah buku setebal kurang 400 muka surat ni tidak boleh menceritakan keseluruhan riwakat hidup seorang Rasul. aku kena belajar banyak lagi...

ini pertama kali aku baca buku jenis biography. rasa bersyukur sangat dapat baca buku ni..alhamdulillah!

8 comments:

  1. menarik ni...tq for sharing...asyik baca buku biography pemuzik/ahli sukan ajer...memang patut kena beli juga yang ni...

    ReplyDelete
  2. Tq for the info.menarik ni.nanti aku nak cari satu

    ReplyDelete
  3. mmg kte kene kenal nabi kte...agama kita...bru la hadir rase sayang dn cinta kpd agama..dn menjadi seorang muslim yg btul2 ikhlas beragama...dgn pembacaan dn menuntut ilmu jek caranya...

    ReplyDelete
  4. oooo beli kat mph rupanya....kena cari ni

    ReplyDelete
  5. Selalu jumpa buku ni... tetapi time jumpa, selalunya time kurang wang.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing.. sangat bermanfaat buku2 gini bercorak ilmiah

    ReplyDelete
  7. memang ada sirah nabi yang pelik, dan kekadang bertentangan dengan hadis sahih..

    Maulana Asri ada tulis satu buku mengkritik seorang tokoh sejarah yang sangat terkenal, Ibnu Ishaq..

    baru saja beli buku tu bersama buku yang baru dikongsikan dalam entri terbaru..

    ReplyDelete