Tuesday, April 5, 2016

Malaysia bakal jadi negara bersuhu padang pasir


Suhu di Malaysia bakal me­nyamai suhu di negara-negara Arab apabila ia diramal mencecah suhu 40 darjah Celsius dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Pengarah Kampus Lestari Universiti Teknologi Malaysia (UTM-CS), Profesor Madya Dr. Mohd. Fadhli Md. Din berkata, ke­adaan itu berlaku disebabkan suhu di kawasan bandar dan luar bandar di negara ini mengalami peningkatan sebanyak 1.2 darjah Celsius setahun.

“Kadar suhu yang sangat tinggi itu bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada tubuh manusia yang hanya mampu bertahan dalam suhu maksimum 39.5 darjah Celsius malah mengakibatkan negara berisiko mengalami musim kemarau berpanjangan,” katanya selepas memperkenalkan prototaip penunjuk haba Surrogate Human Sensor (SHS) di Kampus UTM di Skudai dekat sini semalam.

Kadar suhu purata di Malaysia adalah antara 32 hingga 33 darjah Celsius.

Beliau berkata, peningkatan kadar suhu secara berperingkat itu berpunca daripada pelepasan gas karbon dioksida dari kilang dan kenderaan yang semakin banyak di negara ini pada masa depan.

6 comments:

  1. Malaysia mungkin dah sampai masa fikir pasal desalination air laut dan recycled waste water macam newater.
    Bagusnya sekarang ummah melayu dah mungkin paham sikit kot, dah takde dah ejekan minum air kencing dan air tahi lagi.
    Cukuplah permainkan agama air suci dan mensucikan

    ReplyDelete
  2. Tu tanda2 nk dekat kepada kiamat besar dh ni.. sepertiyg dnyatakan dalam riwayat2 hadis berkenaan tanda2 kiamat besar.. iaitu kedatangan ad-dhukan.. yakni kemarau/asap.. maka dunia akan dilanda kemarau.. dalam hadis tentang kemunculan dajjal adalah jika tasik tiberias dn kebun kurma di jordan telah kering dn mati/tdk berbuah.. maka dajjal akan muncul.. maksud kering dn tidak berbuah itu mungkin ialah keadaan masa itu dunia telah dilanda kemarau yg teruk.. klu tgk keadaan dunia skang.. ia telah menuju kearah itu.. maybe kesan ini akan nyata bermula 2020.. jeng jeng jeng

    ReplyDelete
  3. panas.. panas.. bikin panass..

    ReplyDelete
  4. Perlis paling panas di Malaysia.. tak tahan bro.

    ReplyDelete
  5. kebelakangan ni, malam2 bilik aku panas, lain macam panasnya,

    ReplyDelete
  6. tambah kalau mai jerebu memang lagi perit..

    ReplyDelete