Sunday, July 6, 2014

Biduanita Negara, Sharifah Aini. Al-Fatihah


tengoklah bertapa pure-nya Kak Pah. God bless.

sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa.. so sad. rasanya rakan2 blogger yg selalu singgah pc kokak mesti dah tahu aku ni metalhead yg meminati Kak Pah. pada ramadhan ni Kak Pah telah meninggalkan kita, harap ini satu hasnul khatimah. kita semua membesar bersama lagu2 Kak Pah that's the truth. kita hidup dalam memory lepas. true legend live forever in our heart. semoga Allah merahmati rohnya. Al-Fatihah.

ini lagu favorite. sungguh sayu bila menghayatinya.. sentiasa bernafas dalam jiwaku!

Friday, July 4, 2014

FTG To The Front



cd packaging tahap bagang bertulis besar 'SIRI HARGA RUNTUH' cukup meruntuhkan moral aku. packing rubbish untuk album FTG favorite aku. artwork lebih kecik dari kaset '96 yang pernah ada dulu. ini namanya fucked up 2007 cd re-issue.

ini album ke tiga FTG. dulu thrash pukul abis.. kali ni dengan sound baru, thrash yg lebih groovy, produksi lebih padu, artwork grafik komputer baru nak naik time tu. setiap lagu very enjoyable bersama lirik positif berbahasa simple english aku suka sangat haha. penutup album dgn lagu metal 60an 'Dendang Remaja' yg mendendangkan jiwa remaja thrashhead masa itu, lepas tu 'metal 60an' pun naik sebab XPDC Brutal.. demit.

layan siot enam puluh hari dalam neraka!

Friday, June 27, 2014

Dewa 'Bintang Lima' 2000 cd kaset t-shirt



Siapa saja yang mengenali Dewa 19 pasti setuju 'Bintang Lima' adalah album magnum opus mereka. Dirilis pada tahun 2000. Album ni lah yang buat mereka betul-betul blow up. Aku sangat suka album ni sebab liriknya yang sangat cintan tahap sufi dan muziknya yang terlalu Queen. Tapi yang buat album ni sangat nostalgia bagi aku ialah sebab ia muncul semasa aku dalam anggau bercinta hahaha. Jadi, aku panggil album ni sebagai album paling jiwang di Nusantara! Lima bintang!