Thursday, July 17, 2014

cd Best of Ogy & Ebby



cd ni beli saing dengan cd post lepas tu. packing sama cikai tahap kapitalis. ini kira album repress sebab dulu pernah keluar album ni dengan tajuk album 'Kisah Cinta' 1986. ni semua lagu OST dari film kult melayu 80an, Ali Setan, Ali Setan 2, Balik Kampung dan Suara Kekasih. aku tengok belakang cd track list tu ada tujuh nama sifu aku tak fikir banyak terus angkat. aku grenti semua lagu korang pasti suka, lagu-lagu zaman jiwang rempit motor scrambler, ni kira lagu-lagu klasik 80an la beb. lagu paling favorite aku ialah 'Cinta Tak Bermusim' ciptaan sifu tu. alah korang mesti suka 'Wajah Rahsia Cinta' kan hehe, tapi ni semua lagu best gile la. mesti ter-sing-a-long. serius beb.

4 comments:

  1. oleh kerana zaman tu aku mat rock kental...terpaksa kat mulut cakap tak suka...hahaha...

    ReplyDelete
  2. Tu jam was a lot of fun, Azura was so full house sampai row paling depan, budak2 semua siap buat Breakdance kat depan ramai2 tunggu filem start.
    Masa Syed Sobrie keluar je kat pilem, Hysteria beb, hysteria, cam sekarang kat tv One Direction tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko cerita pasal azura ni teringat betul la aku masa tahun 84 tu...2 benda yang paling top zaman tu adalah…breakdance dan azura la kan...budak2 siap bawak radio kaset gi sekolah bukak lagu filem breakdance…siap lawan breakdance la konon…hahaha…pastu berjiwang pulak layan soundtrack azura…sampai terhafal aku part dialog jamal/ogy kat kaset tu…

      tapi tu jam…aku dah start rock sikit2…walaupun rambut masih stail John Taylor…so geng2 rock just lepak one corner tak ambik port sangat…heheh…those were the days…

      Delete
  3. Aku teringat geng2 Abg aku dulu selalu sebut dialog part jerit tu "azuraaaaaa!!!" Jamal n pelakon raffi Husain eh..sampai nama aku dulu pun kena ejek.suka boxing katanya..heheh

    ReplyDelete