Thursday, October 22, 2015

Sil Khannaz 'Thunder Roar' EP 2015



EP yang bertajuk “Thunder Roar”, merupakan satu salam pengenalan buat peminat muzik Metal Malaysia selepas sekian lama tidak menghasilkan keluaran terbaru, kali terakhir mereka tampil dengan album terbaru ialah pada tahun 2006 iaitu sembilan tahun lalu melalui album “Berdiri Antara Panji-Panji”.

Album terbaru mereka yang sepatutnya dikeluarkan hampir 2 tahun yang lalu bagaikan terkubur begitu sahaja, vokalis Jaei Jokhannaz menjelaskan “Album tu memang dah siap rakaman , takde apa-apa masalah untuk album tersebut, Cuma masalah lain yang memang tak dapat kami jelaskan disini . Akhirnya album tersebut tertangguh hari demi hari”

Penghasilan EP ini adalah pada saat yang betul , ia lebih menjelaskan bahwa Sil Khannaz masih aktif walaupun Nebiula Production merupakan syarikat rakaman dan pengurusan Sil Khannaz selama ini telah ditutup pada awal tahun 2015. Jaei memberitahu “EP ini memang dihasilkan untuk menunjukkan kami masih aktif walaupun dengan penutupan syarikat pengurusan dan rakaman Nebiula Production , saya dah tak mampu buat seorang diri dengan keadaan jualan CD dan kaset yang semakin teruk. Mamat Records yang mengelurkan EP kami sebenarnya adalah sebuah label baru, mempunyai dana dan pengurusan kewangan yang lebih baik, selain Sil Khannaz ada sebuah lagi kumpulan yang akan mengeluarkan album dibawah mereka selain menghasilkan piring hitam daripada kumpulan-kumpulan tempatan”

EP yang memuatkan 4 buah lagu-lagu baru ini telah diriliskan pada 29 September lalu.  Apa yang menarik mengenai EP ini ialah ianya tidak hanya dikeluarkan dalam format CD tetapi diriliskan dalam versi kaset namun ianya terhad kepada 100 unit sahaja. Artwork yang berbeza digunapakai sebagai penghias kulit hadapan.

*copy dari meportal.net

.....


aku dah beli..korang bila lg? support la weh.. kontek mamat records (mamat.rec.1), aku beli kat ex-nebiula hm shop campbell. kaset rm15, cd rm20 jer... power ep ni! feel macam naik motor harley davidson hehehe.. utk geng blogger ini satu lagu dari ep ini berjudul 1Dunia...layan...


5 comments:

  1. Langsuir pun ada kuar vinyl jugak haritu aku tgk.ok jugak la ada album baru meriah sikit scene metal tempatan

    ReplyDelete
  2. aku beli dua2...ep ni masi bole masuk la dkepala berbanding dgn album last hang tuah tu..

    ReplyDelete
  3. Aritu beli online LP Langsur dan Sil Khannaz.
    Meriah warna, beli LP color oren dan merah.
    List lagu depa pun mantap, lagu2 lama.

    ReplyDelete
  4. banyak sangat cd reissue...bajet pun dah lari...yang ni tunggu bulan depan pulak...haha..

    ReplyDelete