Tuesday, November 24, 2015

ulasan ringkas buku yg baru aku beli



1) Trust No One - Gray D. Jerry - 2015

Jerry D. Gray nama yg tidak asing di nusantara, beliau banyak menghasilkan buku2 mengenai konspirasi ode baru dunia. buku ni adalah yg terbaru. Seperti tagline-nya 'Jangan Percaya Sesiapa dan Persoal Segalanya', kali ini beliau banyak mempersoalkan tentang laporan2 media mengenai misteri MH370, bencana gempa bumi, tsunami, kawalan populasi, senjata HAARP, racun produk tenusu, toksik vaksin dll. buku ini setebal lebih 250 muka surat. sebenarnya aku belom abis baca abis lagi buku ni (gayanya lebih kurang saja dengan buku2 beliau sebelum ini) tapi aku sangat syorkan buku ni kepada semua, tolonglah hati2 apa2 yang anda dengar, lihat dan apa2 yg masuk ke dalam tubuh badan anda. mereka serang kita dari semua sudut.

2) Allah Loves Me - Gray D. Jerry - 2015

memandangkan aku beli semua buku mengenai kesihatan dan konspirasi tulisan Jerry D. Gray jadi buku ini adalah wajib kerana buku ini mengenai sejarah dan pengalaman hidup Jerry D. Gray sendiri. tagline-nya 'The Story of an American Reverted Muslim'. belom baca lagi buku ni, baru belek2 saja tapi buku ni memang wow! sangat2 menarik, tak sabar nak baca semua. dibesarkan di Iowa, pengalaman spiritual, menjadi tentera udara us, menjadi muslim, menunaikan haji, pengalaman merantau, berkerja di stesen tv di Indonesia dan macam2 lagi. tebalnya lebih 350 muka surat dan banyak gambar.

3) Ilmu Perbandingan Agama: Suatu Pengenalan - Ghazali Bin Basri - 2014

aku memang suka baca buku berat dan aku curious dengan pelbagai agama lain. bila aku nampak saja buku ni di MPH aku terus belek2 dan berkata dalam hati 'yes this is what I'm looking for'. tebal buku ni 150 lebih je tapi buku ni sangat bagus!

4) Jijik - Raja Azmi - 1999

buku ni aku beli kat Amcorp dgn harga RM5. tak tahulah ini buku katogeri novel ke apa, penulisan-nya mengenai rasa 'jijik'nya beliau, bercerita pengalaman atau pendapat suaminya, rakan2, pelajar2 dll terhadap buku 'Shit' Shahnon Ahmad yang menjadi fenomena pada tahun 1999 dulu. aku memang tak ambil tahu sangat pasal penulis ni dan tak minat novel atau filem melayu yang lemau. aku tahu dulu dia ni memang popular dengan novel 'Black Widow' (1993) dan novel 'Cinta 200 Ela' (1999) yang difilemkan, tapi ni la pertama kali aku miliki dan baca buku beliau. sekali baca terus 'hook', mungkin lepas ni aku kena pulak cari novel 'Black Widow' tu hehehe...

8 comments:

  1. Kat AM blah mana kedai yg beli buku jijik tu bro?mcm menarik je

    ReplyDelete
    Replies
    1. level bawah, ada brader orang lama tu dia jual macam2 tapi buku tak banyak

      Delete
  2. tak penah lagi tgk filem dan baca buku raja azmi tu... nak cari lah!

    ReplyDelete
  3. the 3rd one tu aku rasa aku paling suka kalau comparison2 gini.. nanti please review apa dia cakap agama2 tu.

    ReplyDelete
  4. membaca jambatan ilmu
    rakyat membaca rakyat berjaya

    aku macam berminak ngan jijik tu haha

    ReplyDelete
  5. lama jugak buku Jijik tu, sama tahun dengan SHIT..

    baru aja tulis pasal SHIT memandangkan ada kawan tanya..

    ReplyDelete
  6. buku Jijik tu pun dah kira rare sekarang ni....tahniah kerana memilikinya bro

    buku2 jerry d gray memang best baca...especially buku Rasulullah Is My Doctor

    ReplyDelete
  7. Waoh....thanks for d review...
    *betapa selama ni apelah sangat buku yg ku baca .. Huhuh*

    ReplyDelete