Wednesday, September 30, 2015

Hubal dan Kaabah


Hubal (Bahasa Arab: هبل‎) adalah dewa bulan yang disembah di semenanjung Arab, terutamanya di Makkah sebelum ketibaan Islam. Patung dewa ini berbentuk manusia, dan dianggap mempunyai kuasa peramalan. 

Satu pusat yang terkemuka penyembahan Hubal dikatakan telah berada di Kaabah di Mekah, sebelum pembaharuan agama diinstitusikan oleh Muhammad pada 630 AM. 

Di Kaabah berhala Hubal diperbuat dari batu akik merah, dan dibentukkan seperti manusia, tetapi dengan tangan kanan dipatahkan dan digantikan dengna tangan emas. Apabila berhala itu dipindah masuk ke dalam Kaabah, ia mempunyai tujuh anak panah di hadapannya, yang digunakan untuk ramalan.

Hubal ditaruh di dalam Ka'bah dan dijadikan berhala terbesar di dalam dan luar Ka'bah.

Sebagai seorang bayi, Muhammad dibawa di hadapan Hubal oleh datuknya Abdul Muttalib, rakaman at-Tabari dalam Sejarah Nabi-Nabi dan Raja-Raja 1:157. Apabila Nabi Muhammad menaklukkan Makkah pada 630 AM, baginda menamatkan tradisi sembah berhala Quraysh dengan memecah berhala Hubal bersama dengan 360 berhala lain di Kaabah, dan mentahbiskan semula struktur kepada Allah, Tuhan yang Esa.








adakah ini Hubal zaman moden? Hubal of the modern world? modern world of jahiliah?

Monday, September 28, 2015

Menara Kesesatan


Dari lembah terasing
Kita di perhatikan
Satu lakunan pentas
Mainan cendekiawan

Inilah sebahagian cara hidup kita
Mempermain dan dipermainkan
Guna dan diguna
Tanpa disedari dan menyedari

Kita di dorong dorong
Dari isu ke isu
Jerumus dan kecewa
Kemudian diselamatkan

Tiada yang pasti
Dari lembah ini
Haluan menuju keruntuhan
Banyak yang kabur
Tanpa disedari semua mimpi

Menara kesesatan
Sempit fikiran
Menara kesesatan
Dalam kerugian

Lagu/Lirik: Search



















iklan... 'luxury and spirituality' katanya...

Wednesday, September 23, 2015

Violent Revolution


Society failed to tolerate me 
And I have failed to tolerate society 
Still I cant find what you adore 
Inside I hear the echoes of an inner war 
Nothing can take the horror from me 
Your sick world the loss of all morality 
My hate has grown as strong as my confusion 
My only hope my only solution 
is a Violent Revolution 

Violent Revolution, Violent Revolution 
Reason for the people to destroy 

I do not need a cause for my rage 
I just despise the nature of the human race 
When all I see is repulsion and hate 
Violence becomes my only friend, my saving grace 
When love is lost beyond your control 
A pale shadow of lust can not enlight your soul 
So keep your ice cold bitter illusions 
I dont need your empty world my only solution 
is a Violent Revolution 

Violent Revolution, Violent Revolution 
Reason for the people to destroy 

Beauty is no more its all gone 
And utopia will not come 
Trust I can not feel, only pain 
And my burning mind has gone insane!!!!

Sunday, September 20, 2015

Darkeys & The Keys - Puli Puli


Darkey ialah rocker India Malaysia. Berpenampilan seperti Michael Jackson dan mengelarkan genre muzik mereka sebagai 'sambarock'. hahaha layan!

Saturday, September 19, 2015

Lost Memories


Tomorrow will never be the same.

Thursday, September 17, 2015

Monday, September 14, 2015

Tragedi Mekkah 2015


kren yang terletak di Masjidil Haram jatuh selepas dilanda hujan lebat dan ribut pasir pada Jumaat petang 11 September 2015/27 Thul-Qedah 1436.

Monday, September 7, 2015

stok bacaan di masa senggang...


buku2 yg baru aku beli baru2 ni...

Penulis : Martin Lings (Abu Bakr Siraj al-Din) 1983
Sinopsis : Buku ini sungguh luar biasa. Dengan keahlian yang seolah tak tertandingi. Martin Lings menghadirkan riwayat hidup Nabi Muhammad saw. Dengan nrasi dan detail mengagumkan. Buku ini dinilai banyak kalangan sebagai salah satu buku biografi Rasul terbaik yang pernah diterbitkan. Buku ini terpilih sebagai biografi Nabi terbaik dalam bahasa Inggris pada konferensi Sirah Nasional di Islamabad tahun 1983.

Sinopsis : Pada awal tahun 1990-an, Kristiane Backer antara pengacara terawal MTV Eropah. Selama beberapa tahun, beliau mengabadikan diri dalam arena muzik antarabangsa, mencetuskan kegilaan peminat dan menajdi pujaan media Eropah. Tatkala menghampiri puncak kegemilangannya, beliau menyedari bahawa meskipun telah memiliki segala yang diidamkan, beliau belum pernah berasa puas, seolah-olah ada sesuatu yang masih kurang dalam hidupnya.

Penulis: Komuniti Jejak Tarbiah
Sinopsis : Lalu Aku Hidup Sebagai Apa? Merupakan himpunan tulisan berinspirasi, demi pengajaran hidup anak-anak muda yang terang bermakna. Mengambil semangat pemikir agung Buya Hamka, buku ini menyuluh cahaya bagaimana hidup mesti berakal mencari ilmu untuk mati meninggal budi, lalu antaranya terbentang sebuah perjalanan yakin berani namun harus kekal merendah diri tunduk di bawah langit Ilahi.

Sinopsis : Al-Manarul Munif Fis Sahih wa Dhoif” adalah antara puluhan buku tulisan Ibnu Qayyim al-Jauziyah (751H) berkaitan cara untuk membezakan hadis sahih dan palsu yang sering diguna pakai.Karya ini ditulis 3 tahun sebelum beliau meninggal dunia. Tanpa melihat kepada rangkaian sanad perawinya, buku ini menjelaskan cara mengenali hadis palsu hanya dengan melihat isi kandungan sahaja.

Sinopsis : Al-Quran bukan sekadar kitab sejarah yang menghimpunkan kisah-kisah para anbiya' dan umat-umat terdahulu. Sebaliknya, Al-Quran adalah sebuah kitab ilmu yang mengajar manusia menguruskan kehidupan. Setiap paparan kisahnya mengandungi iktibar. penyampaianatau penulisan manusia. Setiap himpunan watak, dialog, situasi dan intipati ceritanya begitu kuat, jelas dan tegas. Antara surah yang yang paling terkenal ialah surah Al-Kahfi. Empat kisah di dalamnya memberikan satu impak yang amat terkesan dalam kehidupan seharian kita. Kisah Ashabul Kahfi, pertemuan Nabi Musa dan Nabi Khidir, Iskandar Zulkarnain dan kisah seorang pemilik kebun diceritakan dengan begitu terperinci oleh Allah s.w.t. Bahasa Penulis mana yang dapat menandingi wahyu-wahyu Allah di dalam Al-Quran? Siapa yang berani mencabar kebenaran kitab suci ini. Al-Quran bukan sebuah novel atau himpunan cerpen. Sebaliknya ia adalah himpunan kalam suci Allah s.w.t. melalui kekasihNya, Muhammad s.a.w.

Penulis : Ir. Abduddaim Al-Kahil
Sinopsis : Surah Al-Fatihah yang bermaksud pembukaan, merupakan surah yang diturunkan di Makkah. Surah Makkiyah yang mengandungi 7 ayat ini dinamakan Al-Fatihah, iaitu 'pembukaan' kerana ia dijadikan pembuka dan permulaan Al-Quran. Selain itu, surah yang juga dikenali sebagai Ummul Quran ini juga merupakan surah pertama yang diturunkan dengan lengkap. Jarang diketahui umum, surah ini juga dikenali sebagai 'As-Sab Matsani' di mana 'As-Sab' bermaksud angka 7, manakala 'Matsani' pula bermaksud gandaan atau pengulangan. Bertitik tolak dengan angka 7, penulis mengupas dengan lebih mendalam tentang angka tersebut di dalam surah Ummul Quran ini.

Thursday, September 3, 2015

Search 'Di Pintu Sepi' & 'Berpaling' cd 2015



ramai sahabat blogger dah up cd ni, aku pun nak jugak tampal kat blog... selepas aku check guna Adobe Audition, aku yakin audio kualiti 2 cd ni tahap 128kbps mp3 jer..mungkin takde siapa peduli atau dapat detect, janji dengar sound ok.. tapi memang ok. packing simple, cuma takde credit nama ahli kumpulan atau pemuzik atau penyanyi latar... aku ada dengar suara latar M. Nasir, cuba teka lagu apa.. patut kasi tulis sikit pasal album ni, tahun asal pun tak tulis.. kenapa ek? yg penting cd ni best must buy of the year dengan harga serendah RM12.90/USD3.06 termasuk gst. terima kasih.