buku2 yg baru aku beli baru2 ni...
Penulis : Martin Lings (Abu Bakr Siraj al-Din) 1983
Sinopsis : Buku ini sungguh luar biasa. Dengan keahlian yang seolah tak tertandingi. Martin Lings menghadirkan riwayat hidup Nabi Muhammad saw. Dengan nrasi dan detail mengagumkan. Buku ini dinilai banyak kalangan sebagai salah satu buku biografi Rasul terbaik yang pernah diterbitkan. Buku ini terpilih sebagai biografi Nabi terbaik dalam bahasa Inggris pada konferensi Sirah Nasional di Islamabad tahun 1983.
Penulis: Kristiane Backer
Sinopsis : Pada awal tahun 1990-an, Kristiane Backer antara pengacara terawal MTV Eropah. Selama beberapa tahun, beliau mengabadikan diri dalam arena muzik antarabangsa, mencetuskan kegilaan peminat dan menajdi pujaan media Eropah. Tatkala menghampiri puncak kegemilangannya, beliau menyedari bahawa meskipun telah memiliki segala yang diidamkan, beliau belum pernah berasa puas, seolah-olah ada sesuatu yang masih kurang dalam hidupnya.
Penulis: Komuniti Jejak Tarbiah
Sinopsis : Lalu Aku Hidup Sebagai Apa? Merupakan himpunan tulisan berinspirasi, demi pengajaran hidup anak-anak muda yang terang bermakna. Mengambil semangat pemikir agung Buya Hamka, buku ini menyuluh cahaya bagaimana hidup mesti berakal mencari ilmu untuk mati meninggal budi, lalu antaranya terbentang sebuah perjalanan yakin berani namun harus kekal merendah diri tunduk di bawah langit Ilahi.
Penulis: Ibnu Qayyim Al-Jauziyah
Sinopsis : Al-Manarul Munif Fis Sahih wa Dhoif” adalah antara puluhan buku tulisan Ibnu Qayyim al-Jauziyah (751H) berkaitan cara untuk membezakan hadis sahih dan palsu yang sering diguna pakai.Karya ini ditulis 3 tahun sebelum beliau meninggal dunia. Tanpa melihat kepada rangkaian sanad perawinya, buku ini menjelaskan cara mengenali hadis palsu hanya dengan melihat isi kandungan sahaja.
Penulis : Dr. Ahmad Fikri Hj. Husin
Sinopsis : Al-Quran bukan sekadar kitab sejarah yang menghimpunkan kisah-kisah para anbiya' dan umat-umat terdahulu. Sebaliknya, Al-Quran adalah sebuah kitab ilmu yang mengajar manusia menguruskan kehidupan. Setiap paparan kisahnya mengandungi iktibar. penyampaianatau penulisan manusia. Setiap himpunan watak, dialog, situasi dan intipati ceritanya begitu kuat, jelas dan tegas. Antara surah yang yang paling terkenal ialah surah Al-Kahfi. Empat kisah di dalamnya memberikan satu impak yang amat terkesan dalam kehidupan seharian kita. Kisah Ashabul Kahfi, pertemuan Nabi Musa dan Nabi Khidir, Iskandar Zulkarnain dan kisah seorang pemilik kebun diceritakan dengan begitu terperinci oleh Allah s.w.t. Bahasa Penulis mana yang dapat menandingi wahyu-wahyu Allah di dalam Al-Quran? Siapa yang berani mencabar kebenaran kitab suci ini. Al-Quran bukan sebuah novel atau himpunan cerpen. Sebaliknya ia adalah himpunan kalam suci Allah s.w.t. melalui kekasihNya, Muhammad s.a.w.
Penulis : Ir. Abduddaim Al-Kahil
Sinopsis : Surah Al-Fatihah yang bermaksud pembukaan, merupakan surah yang diturunkan di Makkah. Surah Makkiyah yang mengandungi 7 ayat ini dinamakan Al-Fatihah, iaitu 'pembukaan' kerana ia dijadikan pembuka dan permulaan Al-Quran. Selain itu, surah yang juga dikenali sebagai Ummul Quran ini juga merupakan surah pertama yang diturunkan dengan lengkap. Jarang diketahui umum, surah ini juga dikenali sebagai 'As-Sab Matsani' di mana 'As-Sab' bermaksud angka 7, manakala 'Matsani' pula bermaksud gandaan atau pengulangan. Bertitik tolak dengan angka 7, penulis mengupas dengan lebih mendalam tentang angka tersebut di dalam surah Ummul Quran ini.
bahan ilmiah neh...mmg berbaloi mase dbuang...
ReplyDeletefuh!...bacaan berat semuanya...tabik!
ReplyDeletemacam menarik dari Mtv Ke Makkah tu
ReplyDeletethank you for sharing. Semua nampak sangat best.
ReplyDeleteSenggang aku selalu dengar word ni untuk lauk kuah Pindang gitu.. lauk senggang..
fuhh..
ReplyDeletemenarik
ReplyDeleteberhajat nak beli terjemahan al-manar..
ReplyDeletedan teringin nak baca buku martin lings tu..